Katanya sebab kualiti cetakan pada cukai jalan adalah tak elok, jadi sebab itu LKM dimasukkan dalam aplikasi JPJ yang baharu.
Sekejap… Kualiti cetakan tak elok tu sebab apa yer? Adakah sebab pembekal LKM tue bagi spesifikasi rendah level cap ayam? Siapa pembekal tu? Nak jugak tahu siapa namanya supaya boleh diambil tindakan senarai hitam dari jadi penbekal kepada Kerajaan.
Kalu sebab dakwat printing cepat pudar … Itu mesti sebab guna dakwat printer cetak rompak yang pastinya berkualiti rendah. Bukan dakwat yang original. So siapa pembekal dakwat (toner) mesin cetak tue? Dedahkan la supaya boleh diambil tindakan senarai hitam.
Kalu pembekalnya bermasalah. Batalkan semua kontrak dan senarai hitamkan lah pembekal itu. Tak kira la mereka tu kroni atau kartel. Takkan la Kerajaan sekarang takut kat kroni dan kartel??
Kita tak mahu pembekal celaka macam ni ada kekal dalam sistem E-Perolehan.
Paling celaka ialah… kita bayar mahal-mahal untuk dapatkan cukai jalan, tapi akhirnya kita kena print sendiri kalu nak memudahkan semakan tanpa perlu guna telefon pintar…
Adoilah…. naya dua kali la kita….

