Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label UPSI. Show all posts
Showing posts with label UPSI. Show all posts

03 January 2012

Mencari Maut?

Hahahaha.... UMNO.. UMNO.. hahaha... BN... BN... memang la korang nih... memang mencari maut? hahaha... nak mampus ker aper... hahaha...

Okeh la... kalu korang UMNO/BN nak mencari maut .... gua tak terkejut pon.. hahaha.. memang la lu orang selalu cari nahas... cari pasai... cari sebab... cari musuh... hahaha... nak mampus ker aper...

Dulu lu orang cari pasai dengan orang IT (dengan adernyer Rang Undang-Undang Juru Komputer Professional 2011) yang mana akan menyekat dan membantutkan perkembangan IT di Malaysia... ramai gak geng-geng pakar IT (terutamanya yang takder kelulusan formal, tapi pengalaman berpuluh tahun) yang naik angin.... so.. lu orang ilang sokongan kat sini..

Sebelum dari tue.. lu orang cari pasai dengan golongan marhaen (dengan adernyer Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011) ... ramai gak yang marah kerana hak untuk berhimpun termaktub dalam perlembagaan..

Lama dari itu... korang cari pasai dengan penduduk Kampung Baru, KL (dengan Rang Undang-Undang Kg Baru) .... pergh.. masak la lu orang nih... orang kampung Kg Baru mesti mengamuk giler punya...

Sekarang nih... lu cari pasai dengan dua puak serentak... betul-betul sengaja mencari maut.... yer la.. lu cari pasai dengan golongan pendidik (Guru) dan jugak dengan golongan pelajar (mahasiswa IPTA/IPTS) .... mmmmm... lu jangan ingat benda nih kecik jer bhai.... benda nih la yang akan membuat UMNO/BN terbongkang kali nih... percaya la...

Kalu pon tak berjaya kali nih untuk membongkangkan UMNO/BN... pastinyer jarum-jarum kebencian dan perjuangan menentang UMNO/BN akan ditaburkan dalam mindset pelajar-pelajar yang belajar dengan guru-guru yang lu orang dajaikan nih...

Sorang guru yang lu dajaikan.. akan menanam benih anti UMNO/BN dalam mindset student dier sekitar 45 orang setahun... lu bayangkan berapa ramai yang akan dimindsetkan.... hahaha... hancuss la lu... tak sekarang... 10 atau 15 tahun akan datang... yang pasti lu UMNO/BN memang bancai.. memang hancuss.. memang masak punya... hahaha

Itu belum kira dajai lain yang lu orang buat... hahahaha.... memang la lu mencari maut....

02 January 2012

Menjawab Soalan Mahaguru58

Bhai... Semalam blogger Mahaguru58 ader tulis tentang tajuk nih kat dalam blog dier...

"UPSI Protest ~ Is UPSI a breeding ground for anarchists?"

Tak lama lepas dier update blog dier dengan tajuk dan artikel tue... gua pon masuk antar komen kat blog dier... dan seperti yang gua saspek... memang dier takkan publishkan komen gua tue.... hahaha.... mungkin sebab gua tulis dalam Bahasa Melayu ranggi.. dan bukan speaking English macam dalam blog dier... hahaha

Okeh... berbalik kepada soklan dier tue.. gua ader kasi tau kat dier yang memang betul... MPSI(SITC)/IPSI/UPSI memang aderlah "breading ground" kepada pejuang.... err.. dier kater anarki... hahaha... err... nak tanya skit kat Mahaguru58 nih.... lu tau ker aper makna anarki... hahaha

Sejarah pasti berulang... MPSI(SITC)/IPSI/UPSI pernah melahirkan ramai pejuang negara... pejuang kemerdekaan.. pembakar semangat.. dan pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM)... tanggal 10 Disember 1949 ader insiden berlaku di sini... yang menjadi pemangkin kepada gerakan nasionalis dan kemerdekaan...

Kerana dengan adernyer MPSI(SITC)/IPSI/UPSI nih la.... ramai anak bangsa dapat belajar dalam konteks membentuk golongan berilmu... kerana pada masa sebelum penubuhannya... pihak Inggeris cuma mahukan pembentukan golongan pekerja yang hanya bekerja menjadi kuli kepada Inggeris...

MPSI(SITC)/IPSI/UPSI juga telah mencetuskan kekuatan dalaman orang Melayu dalam membentuk sahsiah, jati diri dan ilmu dalam proses pembentukan kenegaraan ...

Oh yer... gua nak kasi tau... gua ader tuliskan ayat yang lebih kurang berbunyi macam nih kat dalam ruangan komen blog Mahaguru58 tue...

Gua katakan "MPSI(SITC)/IPSI/UPSI adalah pencetus gerakan kemerdekaan, maka dalam proses gerakan kemerdekaan Malaysia yang tulin yang disedang dibentuk ini, pastinya ianya akan mengambil masa dan tentunya pada masa tersebut Tuan Mahaguru58 telahpon berada enam kaki didalam tanah" ... err... lebih kurang camtue la gua tulis...

Mungkin pasai gua tulis pada enam kaki dibawah tanah tue yang menyebabkan blogger Mahaguru58 kecik hati dan terus takmo nak publish komen gua... hahahaha... benda betul bhai... gua tak expect yang proses kemerdekaan tulin nih akan amik masa yang singkat... hahaha... jadi masa tue... maybe Mahaguru58 dan gua dah masuk dalam alam kubur dah... enam kaki dibawah tanah....

Aper-aper pon.... artikel blogger Mahaguru58 tue la yang paling Penjajah Inggeris suka kalu masa dulu la... jenis yang akan selamanyer taat kepada Penjajah Inggeris dan seterusnya tidak akan berjuang untuk kemerdekaan.... hahahaha...

Dan gua pasti... Mahaguru58 bukanlah seorang pejuang... hahaha

01 January 2012

Ibu Kandung Suluh Budiman

Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI @ SITC) yang kemudiannya dinaiktarafkan menjadi Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI) yang mana akhirnya membuahkan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) aderlah salah satu daripada institusi pendidikan yang telah mengeluarkan dan menghasilkan beberapa pejuang kemerdekaan dan negara...

"Selain mata pelajaran biasa seperti Ilmu Alam, Sejarah, Ilmu Hisab dan lain-lain, pelajar-pelajar di MPSI juga diajar tentang anyaman, bertani, bertukang dan seumpamanya. Manakala pelajar-pelajar yang dapat memasuki MPSI terdiri daripada mereka yang telah lulus darjah 6 Sekolah Melayu. Ini juga merupakan syarat asas untuk memasuki MPSI. Tujuan asal Kerajaan Inggeris adalah supaya pelajar-pelajar ini lebih pandai sedikit daripada ibu bapa mereka dahulu. Kerajaan Inggeris juga berharap untuk menjadikan para pelajar ini sebagai tenaga pekerja mereka, tetapi apa yang berlaku adalah di luar dugaan.

MPSI yang menjadi tempat menimba ilmu itu telah menyedarkan lagi para pelajar tentang nasib bangsanya. Pendedahan pada apa yang berlaku di luar negeri melalui pembacaan telah membuahkan bibit-bibit semangat kebangsaan di kalangan pelajar-pelajar. Penubuhan Pejabat Karang- Mengarang 1925 mendedahkan lagi para pelajar pada sumber-sumber bacaan dari luar.

Pada masa Perang Dunia Kedua, MPSI telah ditutup kerana bangunan itu dijadikan Hospital Tentera oleh Inggeris dan para pelajar berpindah ke Kuala Kangsar. Di atas ihsan Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa, para pelajar MPSI ditempatkan di tiga buah istana di Kuala Kangsar iaitu Istana Hulu, Istana Kuning dan Istana Hilir. Walau bagaimanapun ketika perang merebak ke Tanah Melayu para pelajar diarahkan pulang ke kampung masing-masing.

Pada tahun 1946, apabila pengajian dibuka setelah tamatnya perang, MPSI menuju ke era yang lebih bersemangat lagi di kalangan para pelajarnya. Semangat kebangsaan mula bercambah subur di MPSI dan para pelajar semakin berani menuntut hak-hak pelajar sehingga berlaku tunjuk perasaan pada 10 Disember 1949 dan ekoran daripada itu MPSI ditutup selama 3 bulan.

Menjelang kemerdekaan 1957 peranan yang dimainkan oleh MPSI tidak kurang pentingnya. Institusi ini telah dapat menyediakan segolongan intelek Melayu yang berjiwa kebangsaan dan ini penting untuk mengisi ruang kemerdekaan yang akan diberikan. Tenaga pemimpin yang disediakan oleh MPSI ini amat diperlukan dan mereka telah dapat menunjukkan daya kepimpinan yang baik yang bukan sahaja membanggakan MPSI tetapi juga masyarakat Melayu seluruhnya. Antara tokoh-tokoh pemimpin yang dilahirkan oleh MPSI termasuklah Senu Abdul Rahman, Embong Yahya, Syed Nasir Ismail, Ibrahim Yaakob, Abdul Rahman Talib dan Abdul Ghafar Baba. Dalam bidang bahasa, sastera dan kebudayaan pula MPSI telah melahirkan ramai tokoh-tokoh berkaliber dalam bidang ini seperti Haji Buyung Adil, Harun Aminurrashid, Abdullah Sidek, Shahrom Hussein, Awang Had Salleh dan ramai lagi.
" - Arkib Negara

Jadi.... kesimpulannya..... MPSI (SITC), IPSI dan UPSI aderlah sebahagian daripada sejarah bangsa... dan tidak terkejut jika berlakunya reformasi dalam sistem pendidikan dan universiti akan bermula dari sini...

Sejarah pasti berulang... Sejarah Ibu Kandung Suluh Budiman....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1