Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Wee Choo Keong. Show all posts
Showing posts with label Wee Choo Keong. Show all posts

17 February 2013

Anwar Ibrahim Patut Minta Maaf

Bhai... Gun tuntut Anwar Ibrahim minta maaf kat sekalian pengundi di Parlimen Kulim Bandar Baru pasai dulu dier lantik Zulkifli Nordin sebagai calon PRU12. Zulkifli Nordin nih sepatutnya tidak layah duduk diangkat menjadi calon PRU12 bagi Parlimen Kulim Bandar Baru pasai jasanya dan kerja buatnya dalam Parti masa tue amat kurang...

Kalu dier berceramah tue... banyak yang karut keluar dari mulut dier... Ramai yang dah nasihatkan Anwar Ibrahim supaya jangan calonkan Zulkifli Nordin di Parlimen Kulim Bandar Baru... Tapi Anwar tak dengar cakap... Anwar Ibrahim tak mau nak dengar nasihat...

Sekarang nih.... Anwar Ibrahim patut turun ke Parlimen Kulim Bandar Baru dan minta maaf kat sekalian pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat. Anwar Ibrahim kena cepat turun ke Parliemn Kulim Bandar Baru kalu nak kerusi Parlimen nih kekal milik Pakatan Rakyat.... Lagi lambat Anwar Ibrahim turun ke Parlimen Kulim Bandar Baru... lagi payah....

Nih gua nasihatkan... Anwar Ibrahim patut minta maaf....

Berkaitan :

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi di Wangsa Maju memberi sokongan penuh kepada Penyelaras PKR kawasan itu, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sambil menyifatkan Kee Kwong adalah calon yang tepat bertanding di Wangsa Maju, Anwar berkata, tindakannya dulu meletakkan Wee Choo Keong bertanding di Wangsa Maju pada PRU12 adalah satu kesilapan.

“Saya memohon maaf kepada penduduk di Wangsa Maju kerana telah meletakkan Choo Keong bertanding di Wangsa Maju lalu menang menjadi Ahli Parlimen di sini tetapi akhirnya beliau melompat parti.

“Tetapi pada kali ini, saya berharap pengundi Wangsa Maju akan memberi sokongan penuh kepada Kee Kwong pada PRU13 kerana beliau adalah seorang pemimpin yang baik. Malah kita kenal latar belakang keluarganya,” katanya semasa berucap ketika menghadiri Majlis Sambutan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Prima Setapak, semalam.

Kira-kira 5,000 orang hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Idris Ahmad.

Pada majlis tersebut, Kee Kwong dibayangkan merupakan calon yang dijangka bertanding di kerusi panas Wangsa Maju setelah Ketua Umum PKR itu meminta pengundi Wangsa Maju memberi sokongan kepadanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Wangsa Maju, Mazlan Abdul Jalil berkata, Kee Kwong adalah calon yang tepat untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) pada PRU13 nanti.

“Beliau adalah calon tunggal yang akan meneruskan penguasaan PR di Wangsa Maju malah setakat ini parti komponen dalam PR juga tidak menuntut kerusi di Wangsa Maju,” katanya,

Kee Kwong ketika ditemui berkata, beliau menerima dengan hati terbuka untuk bertanding di Wangsa Maju di atas kepercayaan penuh parti.

“Jentera parti telah melakukan persiapan pada PRU13 dan saya berjanji akan bekerja untuk parti, rakyat dan negara bagi memastikan negara ini ditadbir dengan bermaruah.

"Malah saya sangat optimis PR akan menang di Wangsa Maju pada PRU13,” katanya.

07 June 2010

Konsensus Bebas

Kesian... raja segala katak.... Ibrahim Ali tidak dijemput sama sekali untuk join Konsensus Bebas yang ditubuhkan oleh lima ekor katak yang melompat dari PR itu hari... Lima ekor katak yang buat Konsensus Bebas (nama lamanya Persekutuan Katak-Katak Se Malaysia) nampaknyer telah meminggirkan Ibrahim Ali...

Kesian kat Tok Him... sedih dier korang perlakukan begini... sedangkan dier la segala raja kepada dunia katak... tapi korang buat tak derk jer ngan Ibrahim Ali...

Konsensus Bebas.... hahaha... bebas aper ke jadahnyer kalu poket telah diisi dengan wang ringgit sebagai umpan oleh Barisan Nasional..

so.. lepas nih.. kita nak tengok plak sampai mana boleh bertahannnyer Konsensus Besar...

Ibrahin Ali patut saman diorang nih.. pasai hijack projek Konsensus Besar nih dari dier... kesian dier... udah penat buat macam-macam untuk jadi juara katak... tapi dah tak dihiraukan... kesian sungguh...

Persekutuan Katak-Katak Se Malaysia

Pergh... gua dengar khabar.. geng-geng katak yang melompat hari tue dari Pakatan Rakyat bercadang nak tubuhkan satu gabungan (persekutuan??) ... hahaha... diorang nak tubuhkan Persekutuan Katak-Katak Se Malaysia (PKKSM) atau Gabungan Katak-Katak Se Malaysia (GBBSM) ... hahaha...

Walau apa pun...pertubuhan/gabungan/persekutuan yang katak-katak nih buat.. gua nak tengok la.. sapa yang akan jadi Raja Katak... hahaha... sure takkan Zulkifli Nordin kot... hahaha... Takkan Zahrain kot... takkan Mohsin kot... takkan Wee Choo Keong kot... tapi mungkin Ibrahim Ali... hahaha..

Tapi kan.. kita tengok la... agak-agaknyer katak-katak ini semua nak buat deklarasi apa... sapa ketua diorang... katak-katak nih mana ader kesepakatan... sure bergaduh punya la...

Persekutuan Katak-Katak Se Malaysia nih tak nak ker amik Senatak Ezam Sesumpah tue untuk jadi ahli diorang... kesian la kat Senatak Ezam tue... hahaha... sedih dier kalu kena tinggal...

Oh yer... Persekutuan Katak-Katak Se Malaysia nih mana dapat dana nak beroperasi... takkan dapat dana sebanyak RM525 juta kot... hahaha... banyak tue... makan tak abis tue... hahaha... Atau mungkin dana yang diorang akan dapat nanti untuk operasi Persekutuan Katak-Katak Se Malaysia adalah sebanyak RM52.5 juta... 10% tue... hehehe... banyak gak tue...

Modal kena ader banyak... sebab nak melobi dan membeli katak-katak fresh yang akan melompat... kalu setakat RM52.5 juta tak la banyak sangat... maybe kena prepared tiga empat kali ganda dari itu... modal kena ader banyak la bhai... hahaha...

Lepas nih.. gua rasa kita semua akan dapat tengok katak pisang (warna hijau) plak yang akan melompat... lompat jangan tak lompat... katak pisang banyak jugak yang terliur dengan duit nih... bukan boleh kira.... tambah plak katak pisang nih banyak yang kurus kering... jadi... hulur skit pon boleh terbuntang gelap mata katak pisang nih.. hahaha... tue yang gua nak tunggu tue... berapa ekor katak pisang yang akan melompat lepas nih... hahahah

17 May 2010

Satu Kerusi Parlimen Bernilai Berapa?

Bhai.... gua nak tanya lu la.... lu agak-agak la... berapa harga satu kerusi parlimen aaa... satu kerusi parlimen bernilai berapa? ... RM1 juta.... RM10 juta... RM20 juta... atau ... errr.... bergantung di mana lokasinyer... hahaha..

Okeh.. ini gua nak kasitau lu skit...

Kerusi Parlimen di Kedah dan Perak paling tinggi pon bernilai RM20 juta... paling cikai plak.. bernilai RM1 juta... (yang ini kena tanya Mohsin la.... hahaha)... Cuma kat Kulim jer ader lebih skit... dengar info cecah RM25 juta.... mode of payment... lu jangan tanya gua la... maybe ader yang lumpsum.. tapi dengar cerita... semuanya dibayar secara partial payment... berdikit-dikit... hahaha....

Tapi yang pasti... tiga kerusi DUN di Perak itu hari bernilai RM20 juta setiap satu...

Bagi kerusi Parlimen Wangsa Maju plak... hahaha... info gua dapat nilai kerusi tue cuma RM18.5 juta jer... itupon dibayar tiga kali... partial payment... biler dah dapat full baru la kerusi tue ditukar milik... hahahaha...

Tapi... itu untuk harga kerusi lompat... tapi kalu kerusi undi plak... hahahaha... satu kerusi bernilai tak kurang RM60 juta bhai.. di Hulu Selangor... kerusi Parlimen tue bernilai RM65.8 juta..... tunai... hehehehe...

Bagi kerusi Parlimen Sibu plak... harganyer jauh meningkat... cecah RM85.2 juta la bhai.... banyak tue... tunai gak...

Yang tak bestnyer... kalu kerusi tue jatuh dimiliki pelabur dier... takper la... kira untung gak.. tapi kalu kes Parlimen Sibu nih... hehehehe... rugi besor tue... terpaksa la umpan harga mahal skit untuk dapat kerusi lompat lagi nih... sasaran dah lari... macam mana nak cukupkan kuota 2/3 Parlimen nih...

PAS dan DAP ader banyak lagi kerusi Parlimen... PKR pon ader banyak gak... so.. gua cadangkan kepada UMNO/BN supaya sediakan tawaran bernilai paling cikai RM50 juta untuk satu kerusi Parlimen... sure ader orang PAS, PKR dan DAP yang akan gelap mata punya... hahahaha... dan sure gak boleh dapat kerusi lompat tue....

Biler dah menang 2/3 ... buat la pindaan undang-undang baru yang mengatakan bahawa semua yang melompat keluar parti ... tak kira dari parti apa.. secara otomatiknya menjadi ahli komponen Barisan Nasional.. baru la ngam...

oh yer... berbalik kepada cerita satu kerusi parlimen bernilai berapa? ... apa kata UMNO/BN buat secara open tender... boleh la semua orang tau berapa harga kerusi tue... hahaha... buat lelongan awam la.... hahahaha

16 May 2010

Kan Dah Kata

Wee Choo Keong dah jadi katak... kan ker gua dah kata .... kan dah kata... lu orang tak percaya... Wee Choo Keong memang dah lama jadi katak... duit masyuk la... kalu duit tak masyuk... lu ingat Wee Choo Keong ader berani ka... nak jadi katak kalu takder sen...

Hahahaha...

Lagi seekor kata... Elok lah tue... PKR dah makin bersih dah...

Yang gua tak sabar nak tengok nih... cuma geng-geng berudu dan katak kat dalam PAS nih... biler plak diorang nak melompat nih... rasanyer ramai dah yang bercadang nak melompat nih...

Kat Selangor, Kedah dan Kelantan dah makin banyak berudu yang berupaya menjadi katak kat dalam PAS... tapi tak berani lagi nak melompat... agaknyer duit belum cukup lagi kot... hahaha... takkan la tak cukup lagie... awat tamak sangat nih.. cukup la... hahaha..

Tak sangka la makin bersih PKR la nih... PAS jer yang belum nak membersihkan dirinyer... hahaha... gua nak tengok la... takkan lama sangat kot nak buat keputusan.... hahaha... Cepat la.. kesian la sama Zulkifli Nordin tue... sebab dier dah lama dah mintak lu orang jadi katak sama macam dier...

09 May 2010

Lagi Seekor Berudu Di Selangor

Pergh... Selangor nih sekarang dah jadi "breeding ground" bagi berudu-berudu... hehehe... Nih ader lagi seekor berudu di Selangor... masuk nih dah ader beberapa berudu yang bersedia untuk jadi katak.. cuma harganya sahaja yang belum kena... hahaha...

Hahaha... ayat-ayat berudu dah mola kelihatan... dulu ayat yang sama gak digunakan oleh Zahrain dan geng-geng dier... termasuklah si pengecut (dulu macam berani jadi hero agama) Zulkifli Nordin tuh... hahahaha... senang jer nak detect berudu nih...

Pertama sekali... dier akan mulakan dengan ayat-ayat menyanggah kepimpinan negeri... pastue.. dier sanggah kepimpinan parti... pasti.. asik kuar masuk TV dan akhbar MSM demi untuk cari populariti... yang best tue.. semua tue mesti buat pada masa dekat nak pilihanraya kecil atau semasa pilihanraya kecil... hahaha...

Semua tue sebab nak masuk duit la... hahaha... tak gitue Mohsin Si Haji Tempirai.... hahaha....

Ala.. semua tue sebab duit jer la... yer la.. jadi ADUN atau Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mana ader duit masyuk banyak... setakat nak isi minyak moto besar Zulkifli Nordin pon tak lepas... hahaha...

Yang lawak tue pulak.. ader yang rasa pengaruh Hindraf memang paling kuat menentukan arus politik negera... wei.. lu silap la... Hindraf is nothing la.... Hindraf tak lebih dari picisan jer...

Hahaha... Lepas nih... ader chan la kita dapat tengok MP Kapar plak jadi hero tamil... dier akan join BEBAS... hahaha... Wee Choo Keong plak biler nak bersaing ngan MP Kapar nih.... elok la.. join Zulkifli Nordin dan Mohsin si Hj Tempirai tue...

Barisan Nasional cuma perlu lagi 11 orang jer Ahli Parlimen untuk kuasai majoriti dalam dewan... so ader chan la kita tengok banyak lagi berudu yang akan jadi katak tak lama lagi... hahahaha...

Nak tanya nih... berapa juta aaa.... harga diri korang yang korang nak jualkan kat syaitan tue aaa... kalu setakat RM20 juta tue... murah jer tue....

19 April 2010

Dah Melompat Dah !!!

Sekor lagi mamat dah melompat... hahaha... Tahniah la Halili Rahmat ooi... hang memang hebat... hahaha.... nasib baik PR tak calonkan lu jadi calon P094 Hulu Selangor baru-baru nih... hahaha... kalu tidak... buat rugi bayar deposit jer... hahaha..

Lepas nih boleh la lu naik pentas UMNO/BN promote kan calon MIC tue... hahaha... bagus.. bagus.... lebih baik kalu lu pandai cakap Tamil... baru la kena....

Err... nak tanya nih... berapa RM dapat cekau kali nih... hehehe.. harap boleh la lu belanja semua orang makan Pau Yik Mun kat Tg Malim tue.... hahahaha...

Lagi ramai yang kuar lagi bagus.. lagi bersih PR dan PKR.... hehehe.... yang dalam PAS tue... biler plak nak melompat... lompat la masa PRK nih... sure masyuk punya... hahaha... Wee Choo Keong tue biler nak melompat .... Nasha Aziz Mat Isa tue biler nak melompat.... hahaha... gua tak sabar la nak tengok... hahaha...

Lagi satu... gua nak nasihatkan... nak lompat tue jangan tunggu lepas pilihanraya... tapi kena buat cepat... dalam tempoh kempen nih... baru la duit masyuk lebat... kalu tidak... hehehe... jangan harap la.... hahaha... kan Mohsin kan.... hahaha...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1