Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

23 April 2016

Kerana Ketaksuban, Maka Ujudlah Ayah Pin

Bhai/DeeDee semua...

Ayah Pin dah meninggal dunia. Urusan dosa pahala dia itu semua bukan urusan kita. Itu urusan Allah Taala. Biarlah Allah Taala mengadili Ayah Pin seadil-adilnya dan selayaknya.

Aper yang gua nak citer nih ialah bagaimana ujudnya senario Ayah Pin ni.... Takder lah rumit mana pun... Ianya berpunca kepada diri manusia itu sendiri yang ada banyak buat dosa... jadi bila ada orang yang boleh menenangkan mereka dalam isu dosa mereka sendiri... maka orang itu akan mereka angkat menjadi ketua...

Bukan sebab tiada ilmu atau amalan yang tak cukup... bukan... ini semua kerana nak cari jalan mudah untuk menyelesaikan masalah (dosa)... menghubungkan dengan pencipta... maka bila ada orang yang boleh jadi pemudahcara... maka akan diikut... ilmu dan logik semua letak ketepi.... ketaksuban menjadi perkara utama..

Semuanya kerana ketaksuban... Taksub melampau....  walaupun diri tu tahu orang yang dipuja dan dianggap pemimpin tu banyak kelaut... ilmu kalau ader pun jugak kelaut... tapi kerana ingin jalan mudah diterima Tuhan... maka ketaksuban inilah yang berlaku....

Dalam sejarah dunia dan zaman... orang bodoh adalah makanan orang bijak... orang bijak adalah makanan orang cerdik... orang cerdik pula adalah makana orang alim..... Hahaha... Itu realiti... dan cycle kesesatan tu akan makin bercambah dan berulang...

Macam contoh perempuan yang dah kawin tak dapat anak... bukannyer nak pegi semak pasai apa problem tu berlaku.. aderkah sebab sperma count tak cukup ker... tapi dek kerana nak anak sesangat... maka dengar cakap kengkawan pi jumpa bomoh urut.... bomoh urut pulak dok ambik kesempatan taram (projek @ rogol) perempuan tu... last-last dapat anak... bukannyer anak dengan suaminya... tapi anak haram dengan bomoh... huhu... dan kerana ketaksuban kepada bomoh... maka cycle ini pun berulang lagi banyak kali kalau bukan dengan perempuan tu.. tapi dengan perempuan lain yang tak ader anak....

Huhuhu.... memang teruk.... semua kerana ketaksuban...

Dan ini lah juga yang sedang, telah dan akan berlaku dalam PAS.... hahaha... ketaksuiban kepada Ayah Pink... Huhu... Ayah Pink tu.... sabor je la..

Ader paham ka???

4 comments:

  1. Tepat sekali ungkapan saudara bahawa kerana ketaksuban lah kemungkaran bermaharaja lela di Malaysia. Mana tak nya, kerana ketaksuban mereka yang ada urusan dengan 1MDB masih boleh berlenggang di anjung kuasa dengan megah dan bongkak sekali.

    Guru yang kepingginkan anak dan takut di ceri sekira si suami termakan hasutan ibu nya terpaksa mengadu hal kepada bomoh Siam. Tak lama selepas itu dia mengandung, itu pun setelah dia kerap berkunjung kerumah bomoh tersebut. Perkara ini berlaku di Kedah.

    Kerana ketaksuban kepada Mokhtar Senik yang telah mencipta "CHAI" di muktamar PAS yang lepas maka para ahli PAS yang sudah termakan dakyah anak Senik ni seolah olah sudah di cucuk hidung merelakan sahaja perbuatan nya yang di anggap suci tu. Mereka yang taksub ini akan memandang serong kepada kawan sepejuangan.Makah seorang ustaz sanggup menuduk mereka yang tak taksub itu dengan pelbagai tuduhan. Pengikut fanatik ustaz itu pula mencadang kan mereka yang engkar di "PANCUNG" aja. Kini apa sudah jadi, PAS kelihatan terus meroyan. Itu lah lain kali siasat siapa yang mencipta "CHAI" tu? Bukan kah dia bekas tahan ISA yang di katakan pengikut setia Al-Maunnah. Mengapa tak di fikir kan mengapa dia terlepas dari ISA. Saya yakin bahawa dia mendapat "PENGAMPUNAN" setelah berjanji akan memporak perada kan PAS. Selain dari jenayah itu, bukan kah dia juga pernah melarikan anak murid nya yang yatim. Mengpa PAS sanggup mengikut telunjuk manusia yang tak bermoral ini. Kini sudah di lantik ketua Dewan Ulamak PAS Pahang. Ulamak apa nya!!!

    ReplyDelete
  2. Ahaks.. wa suke la tengok the pinky ayoh chicky. Kalau dia pakai leotard pink lagi pas tu kita letak dia dekat bukit bintang dalam pukul 11malam keatas. Amacam? Kompem pasik boleh menang kerusi bukit bintang. Silap2 demi lovato pun jemput die untuk next videoclip ahaks.. ahaks!

    ReplyDelete
  3. iyolah...takkan nak taat kat tokong taman manggis pulak...kah kah kah...

    aymy8888

    ReplyDelete
  4. org taksub sbb tak nak belajar.

    nak jadi engineer sanggup belajar bertahun2 dan habis ribuan rm. semata2 inginkan kehidupan yg selesa didunia.

    tp bila bab iman, malas nak belajar. hanya bergantung kpd ulama2 ustaz2 ahli2 agama sbg rujukan. padahal akhirat itu kehidupan abadi.

    sanggup belajar bertahun2 utk keselesaan hidup tak sampai 50 tahun? tp tak sanggup belajar utk keselesaan hidup yg kekal abadi?

    sbb tu ramai umat masuk neraka. sbb bergantung kpd ulama2 ahli2 agama jahat. kalau ilmu setakat fardhu ain, memang mudahlah kena tipu.

    cth paling subtle sekali ialah bila guru mursyid bersalaman dgn anak murid perempuan tanpa lapik tangan. dia juga benarkan perempuan tu cium tangan dia.

    kalau ada ilmu, murid lain pasti tau Nabi saw pernah melarang. MEMEGANG BARA API ITU ADALAH LEBIH BAIK DR MENYENTUH PEREMPUAN.

    kalau nak tau tahap ilmu Islam umat Islam dimalaysia, cuba tonton sesi soal jawab forum perdana, azhar idrus, dll.

    INGAT! APA YG HALAL OLEH RASUL SAW ADALAH HALAL HINGGA HARI KIAMAT. APA YG HARAM OLEH RASUL SAW ADALAH HARAM HINGGA HARI KIAMAT.

    dan celakalah mereka yg mengada2kan bidaah yg tak pernah dibuat oleh Rasulullah saw dan itrah baginda.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1