Bhai..... ader banyak benda yang gua nampak mengarut tentang Pakatan Rakyat... Antara banyak-banyak benda yang mengarut.... yang paling ketara aderlah ketidaksepakatan dalam isu-isu yang berbangkit.... sorang kata A... sorang kata B... dan sorang lagi kejap A.. kejap B.... malah... ader kes yang sorang lagi kata C ....
Masing-masing nak tunjuk dominan... masing-masing perasan yang diorang mendapat sokongan rakyat..... Hampeh aaaa... srupa tabley pakai....
Sebelum gua sambung cerita... nih gua nak bagitau pecahan pengundi didalam Malaysia.... 30% pengundi adalah totok BN.... 30% lagi pengundi aderlah totok PAS, DAP, PKR ..... manakalah 40% lagi pengundi aderlah pengundi atas pagar.... yup.. memang atas pagar.... tak sided mana-mana...
Okeh... kiter sambung balik..... sebab masing-masing parti PAS, PKR dan DAP nak tunjuk dominan... diorang perasan yang diorang telah mendapat sokongan dari 40% pengundi atas pagar... atas dasar mahukan perubahan didalam sistem berpolitik di Malaysia.... Same goes to BN... diorang assume yang diorang jugak dapat sokongan 40% dari pengundi atas pagar...
Walhalnyer... pengundi atas pagar nih... sekadar tengok... aderkah Pakatan Rakyat (PAS, DAP, PKR) nih betul-betul sebuah pakatan... dan betul-betul mesra rakyat... 40% pengundi nih bukanlah semuanya ABU (Asalkan Bukan UMNO) atau ABCD (Asal Bukan Cap Dacing) tapi majoriti aderlah kearah itu...
Sebab itulah pada PRU13 dulu.... yang menjadikan Pakatan Rakyat menang undi popular aderlah kerana 40% pengundi ini berasa yang Pakatan Rakyat boleh menjadi teraju.... boleh membuat perubahan.... tapi rupanya 40% pengundi nih yang telah mengundi Pakatan Rakyat melalui undi popular telah tertipu...
Tertipu dengan mainan PAS ... tertipu dengan mainan DAP .... tertipu dengan mainan PKR......
(kena tipu dengan banyak perkara... kalu nak tuliskan kat sini... tak larat nak tulis... panjang betul senarainya)... BN memanglah kaki penipu rakyat.... tapi PR pon samer gak dah belajar menipu rakyat.... pening aaa...
Yang pasti... bukan sajer gua.... tapi ramai lagi yang duduk dalam 40% (mungkin akan bertambah bilangannya biler menghampiri PRU14 nanti) pastinya akan berasa tidak lagi mahu ditipu oleh Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.... sori... kena tipu cuma sekali jer....
Maaf kata.... selagi Pakatan Rakyat berterusan menipu para pengundi yang telah mengundi dan memberikan undi popular kepada mereka.... selagi itulah gua tidak nampak relevannya Pakatan Rakyat diberikan sokongan pada PRU14.... buang masa jer.... perangai celaka BN pon dah merasuk PR..... So... selamat tinggal Pakatan Rakyat...
Kalu lu orang rajin baca blog gua.... gua akan terbitkan satu demi satu penipuan Pakatan Rakyat terhadap para pengundi yang telah memberikan undi popular kepada PR..... tunggu jer la... 5 tahun bhai... ader banyak masa.... nanti gua akan storykan pengkhianatan PR terhadap sokongan pengundi...