Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

24 April 2013

Kuasa Penentu Undi

Bhai.... la nih gua nak citer pasai kuasa penentu undi... hidup mati dan menang kalah sesebuah kumpulan dalam mana-mana Pilihanraya... Sebelum 1990 ... kebanyakan undi solid dapat kepada parti yang memerintah (BN)... sebab penguasaan pada media yang agak menyeluruh... tambah lagi saluran TV cuma ada maksima 3 sahaja.... dan akhbar pro-pembangkang  seperti Harakah, Siasah, Roket dan lain-lain disekat pengedarannya akibat dari Akta Mesin Cetak...

Walaupun begitu.... atas kerja kuat unit-unit penerangan dan kempen Parti PAS selepas isu Memali sekitar tahun 1985.... maka pada 1990... Parti PAS berjaya menguasai pentadbiran Negeri Kelantan.... dan dengan kekuatan dan sentimen yang ada (dibantukan dengan pengaruh serta kuliah tetap MB Kelantan - Nik Aziz Nik Mat)... Parti PAS kekal menguasai Kelantan selama lebih kurang 23 tahun.... Sehingga ke hari ini......


Selepas ujudnya kemudahan Internet secara dial-up di bandar-bandar utama (Point Of Presence - POP) dengan kerjasama Telekom Malaysia dan JARING (asalnya RANGKOM) sekitar tahun 1996... siaraya politik melalui medium Internet mula menampakkan penguasaan.. Kemudahan emel di manfaatkan sepenuhnya...  Kemunculan kafe siber (pusat internet) di bandar dan luar bandar (yang dimulakan oleh usahawan Melayu) telah berjaya menambahkan literasi komputer dan Internet kepada para belia.... Ini juga menyebabkan akses kepada maklumat alternatif berjaya disalurkan dengan baik.....

Sekitar pemecatan Anwar Ibrahim dari Kabinet Malaysia.... yang telah mencetuskan gelombang dan fenomena reformasi.... gerakan propaganda dan siaraya menggunakan medium Internet menjadi pilihan utama... Pihak berwajib menjadi mati akal untuk menyekat dan menghalang penyebaran maklumat alternatif ini.... Tambah lagi Mahathir Mohamed telah menandatangani satu perjanjian Multimedia Super Corridor (MSC) yang memberikan akses tanpa sekatan kepada Internet....

Dengan bantuan GEOCITIES, XOOM dan beberapa penyedia laman web yang lain... kuasa penentu undi telah berjaya dipengaruhi secara atas talian...  Gua juga mula menulis di Internet sejak dari tahun 1996 lagi.... dengan menggunakan identiti lain.... dan satu daripada laman web gua berjaya menduduki senarai 10 laman web utama bagi pengisian wacana alternatif .... sebaris dengan Laman Marhaen, Minda Rakyat, Polong Cyber, Ketua Perusuh dan lain-lainnya....

Kuasa penentu undi masa ini terletak pada kekuatan medium Internet sehala.... gua tulis dan orang baca.... kemudahan komen hanyalah dengan penggunaan sistem forum yang kurang stabil dan mudah dipecahmasuk dan diranapkan... Kuasa penentu undi iaitu pengundi atas pagar memang dahagakan maklumat alternatif... Mereka jarang malah segan untuk hadir dalam mana-mana ceramah politik atas beberapa alasan... terutamanya mereka-mereka yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan....

Mereka mengharapkan medium alternatif seperti Internet untuk mendapatkan maklumat dan seterusnya membentuk pola pengundian yang akan mereka lakukan... Kini dengan adernyer media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube dan sebagainya.... penyaluran maklumat alternatif berjaya menguasai hampir 80% pengguna Internet di Malaysia.... dan ini adalah sesuatu yang membanggakan...

Oleh yang demikian... dalam masa yang tinggal berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum hari pengundian 5 Mei 2013.... gua cukup berharap pihak-pihak pimpinan Pakatan Rakyat supaya menjaga mulut dan tindakan agar tidak menjadi peluru untuk menjatuhkan mereka seterusnya menggagalkan usaha untuk mengubah kuasa penentu undi bagi memilih Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional....

Tolong jangan buat kerja menyusahkan kami para pejuang siber dalam usaha kami mendapatkan sebanyak mungkin momentum yang terbaik untuk PRU13 bagi Pakatan Rakyat... Rakyat mahukan ABCD (Asal Bukan Cap Dacing) tetapi jangan pulak ada pimpinan PR yang kerjanya asyik dok bagi life line (talian hayat) kepada UMNO/BN sentiasa macam aper yang berlaku sekitar dua tiga hari yang lepas..... hasil dari kebangangan puak-puak yang pandai berperang... tapi finishing tak tau nak buat.... yang lilitan kapla terlalu kuat sampaikan tabley nak berfikir rasional/matang akibat dari oksigen tak sampai ke otak...

5 tahun berkempen secara konsisten... tapi habis dimusnahkan dalam sehari dua oleh tindakan bangang yang memang disengajakan oleh orang yang samer dok giler nak berpadu dengan UMNO/BN.... seperti mana orang itu sengaja menandatangani watikah untuk calon parti dier untuk berlaga angin di Kota Damansara.... yang mana watikah ini tidak melalui SU Agung Parti.... ini satu jenis salahlaku yang wajib disiasat oleh JK Disiplin Parti... itupon kalu JK Disiplin Parti ader telor....

6 comments:

  1. Salam C++

    Pemimpin mulut jeghabei, mulut tempayan, mulut rosak sistem filternyer, mulut lidah bercabang, mulut lidah panjang, mulut lucah, mulut finah, mulut haramjadah, mulut lebih laju dari otak dan lain-lain jenis kerosakan mulut - semuanya kita taknak.

    ReplyDelete
  2. DeeDee Yong...

    Yer betul... semua spesis camtue memang kiter takmo... buat menyusahkan jer...

    ReplyDelete
  3. Macamana nak cantas pemimpin sebegini yea? kerana memereka telah dipilih ahli menjadi pemimpin parti...

    Mungkinkah ada agen dalam ahli parti ni yang sengaja menaikan pemimpin sebegini?

    ReplyDelete
  4. Bro C++

    mana Ada pemimpim yang sempurna , suci kecuali zaman nabi Muhammad S.A.W her yg sempurna,bersih Dan adil .

    Percaya La , anwar ker, najib ker Jd pemimpin dorang tetap akn rembat & bg kroni,byk Dan sikit jer.

    Gua ramalkan BN akn menang dgn seteret set dgn gaya menarik. So,gua Dan rakyat marhean akn terlopong lg..

    Nk harap kan secret service agenciSs mmg xla,sb dorang don't give a damn to any political party.

    P/s:bro,andaikata PKR menang,BN xnk BG dengan Cara aman.agak2 agency lu tolong x?gua agk muskil dgn jibby.

    -penjejak-
    Yakini bro C++ ,sayangi jibby.

    ReplyDelete
  5. Bro C++

    mana Ada pemimpim yang sempurna , suci kecuali zaman nabi Muhammad S.A.W her yg sempurna,bersih Dan adil .

    Percaya La , anwar ker, najib ker Jd pemimpin dorang tetap akn rembat & bg kroni,byk Dan sikit jer.

    Gua ramalkan BN akn menang dgn seteret set dgn gaya menarik. So,gua Dan rakyat marhean akn terlopong lg..

    Nk harap kan secret service agenciSs mmg xla,sb dorang don't give a damn to any political party.

    P/s:bro,andaikata PKR menang,BN xnk BG dengan Cara aman.agak2 agency lu tolong x?gua agk muskil dgn jibby.

    -penjejak-
    Yakini bro C++ ,sayangi jibby.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1