Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

14 April 2013

Ini Adalah Amaran

Bhai... nih gua nak bagi amaran... dan amaran nih aderlah untuk semua ahli politik.... Ini adalah amaran... amaran yang bukan sajer gua... tapi semua "pengundi yang ader otak" akan turut samer memberikan amaran camnie... kenaper gua kata "pengundi yang ader otak"? ... hahaha... sebab ader gak pengundi yang memang takder "otak" ... sebab pengundi itu ROBOT... hahaha

Okeh.... ini dier amaran tue...

"Semua ahli politik sama ada yang menjadi calon mahupun tidak, adalah wajar meletakkan jawatan jika mereka tahu dan sedar bahawa mereka sendiri ada terpalit dengan pelbagai skandal (termasuklah rasuah). Dan ianya termasuk jugak dengan mana-mana ahli politik yang telah/sedang dicalonkan walaupun mereka ini tidak mahu mengisytiharkan harta mereka"

Kami..... sebagai rakyat Malaysia (yang juga pengundi berdaftar) tidak mahu mereka-mereka ini menjadi pimpinan dan seterusnya menduduki jawatan mahupun kerusi pentadbiran negeri mahupun negara. Jika ini berlaku maka Malaysia tidak akan berjaya sebagai sebuah negara yang berjaya dan maju dimasa akan datang.

Jika lu orang sendiri tak mau nak mengundurkan diri.... tunggu la masanyer akan sampai untuk lu orang dihumbankan..... dan ini tidak mengira sama ader lu aderlah negarawan... jutawan... "ulamawan" ....atau pon setan.....

Ader paham ka....????

4 comments:

  1. BERITA PENTING UNTUK ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM
    Skuad Penyelamat Negara

    1. Pada hari ini, saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.

    2. Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.

    3. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.

    4. Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAP sepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.

    5. Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.

    6. Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

    7. Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.

    #orang johor bersedia untuk berjuang habis habisan.... patahkan sayap roket DAP

    - katak hijau -

    ReplyDelete
  2. sprm baik sebar maklumat rasuah tu lepas penamaan calon... Senang la kempen PR. Kalau ada sangkut pon tarik diri jek... Takpon wat iklan macam indon.. Pilih gue pak, kalo gue raswah lu tembakin aja kepla gue... Kahkahkah!!

    ReplyDelete
  3. harta masa dalam UMNO pun kena declare ke?...

    atau kena declare start from keluar UMNO...

    no plat single atau double no tu boleh kira harta ta?... jual balik mahai tu...

    COBOL

    ReplyDelete
  4. hmm calon bermasalah ada kat mana-amana, masalah orang malaysia ni jenis pemalu malas nak berjuang kalau ada jenis yang berjuang pula hanya demi kepentingan masing-masing..

    Nak carik yang macam Nik Aziz payoh la.. macamana ek?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1