Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label PRK Kuala Besut. Show all posts
Showing posts with label PRK Kuala Besut. Show all posts

25 July 2013

Timbalan Pengerusi SPR Tidak Tahu Prosedur

Bhai/DeeDee sekalian...

Episod penahanan kenderaan yang dinaiki oleh Timbalan Pengerusi SPR pada PRK N1 Kuala Besut menggambarkan bahawa SPR sendiri pun tidak tahu prosedur. Sebagai orang yang sudah lama berkhidmat dalam Suruhanjaya Pilihanraya, sewajarnya beliau tahu segala selok belok prosedur dalam urusan Pilihanraya.

Tapi nampaknya kali ini, Timbalan Pengerusi SPR sendiri juga cuai. Disebabkan itulah maka gua tak terkejut bila mendengar berita kenderaan yang dinaiki oleh Timbalan Pengerusi SPR (Wan Ahmad Wan Omar) dikepung oleh orang ramai di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di Kuala Besut.

Sungguh gua tak terkejut. Sepatutnya mana-mana pegawai atau kakitangan SPR yang bertugas pada hari tersebut menggunakan kenderaan SPR sendiri ataupun menggunakan kenderaan lain yang mempunyai pelekat berdaftar dari SPR. Ini adalah prosedur asas dalam Pilihanraya.

Seperti mana wartawan, pihak media malah anggota kakitangan katering pun biasanya dibekalkan dengan kad nama serta pelekat khas jika mahu menggunakan kenderaan mereka keluar masuk dalam mana-mana pusat mengundi dan penjumlahan undi.

Sikap tidak prihatin terhadap prosedur asas inilah yang menyebabkan SPR sendiri dipandang sebagai satu agensi yang tidak telus, korup malah cacamarba. Janganlah marah kepada rakyat jika persepsi mereka agak teruk terhadap SPR. Ini semua berpunca dari tindakan SPR sendiri yang banyak kali tidak mengikut prosedur.

Ini bukan SPR ... hahaha
Pada PRU13, banyak kenderaan yang digunapakai oleh kakitangan SPR yang membawa dan memindahkan peti-peti undi tidak ditandakan (tidak mempunyai pelekat) yang menunjukkan ianya adalah kenderaan yang berkaitan dengan SPR. Gua faham memang banyak kes kakitangan SPR terpaksa menggunakan kenderaan peribadi, namun sewajarnya mereka mengikut prosedur dengan memasang pelekat atau insignia SPR pada badan kenderaan tersebut.

Jadi Wan Ahmad Wan Omar selaku Timbalan Pengerusi SPR patut dikenakan satu tindakan tatatertib kerana melanggar prosedur piawai SPR. Siapakah yang akan ambil tindakan ini? Adakah ianya Najib Razak? Hahaha... Maaflah...  tindakan tatatertib hanya layak untuk kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat sahaja...


P/S : Pergh... gua tak sangka yang gua menulis dengan skemanyer... hahahaha

24 July 2013

Analisis Keputusan PRK N1 Kuala Besut

Bhai/DeeDee sekalian....

Sori... kali nih gua tak sempat nak buat analisis keputusan PRK N1 Kuala Besut... banyak sibuk aaa.... tambah lagi malas nak kontek bebudak Agensi yang lepak berkampung disana dah lebih dua minggu.... Kesian kat diorang....


Aper pon... dari aper yang gua dimaklumkan.... ader beberapa perkara yang jelas kelihatan pada PRK N1 Kuala Besut yang mungkin akan menjadi penanda aras bagi mana-mana kempen Pilihanraya Kecil (PRK) selepas ini....
  1. Tawaran pembangunan dan infrastruktur bagi penduduk dan pengundi di Kuala Besut adalah hampir RM500 juta
  2. Beberapa projek "mee segera" berjaya dilaksanakan termasuklah pembinaan rumah baru bagi mangsa kebakaran yang mana ianya disiapkan dibawah kelolaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
  3. Sumbangan wang ringgit dan harta benda mencurah macam air jatuh ke tanah
  4. PAS yang selama ini diwarwarkan menolak rasuah telah dilihat melakukan satu bentuk rasuah (isi minyak petrol) kepada bakal para pengundi di Kuala Besut
  5. Penggunaan sepenuhnya agensi kerajaan oleh parti yang memerintah adalah pada skala yang amat menakutkan.
  6. SPR seperti biasa berat sebelah dalam urusan pentadbiran pilihanraya dan pengundian
  7. Calon BN yang melakukan satu kesalahan serius dibawah Akta Pilihanraya sekadar dipandang sebelah mata oleh SPR
  8. Pegawai dan kakitangan SPR (mungkin ada yang menyamar) dilihat menggunakan kenderaan biasa (bukannya berlogo SPR) dan bercermin gelap keluar masuk didalam pusat pengundian
  9. Duit dibayar kepada pengundi dibuat secara terang-terangan tanpa SPR mengambil tindakan menyiasat.
  10. Penggunaan anggota polis yang terlalu ramai dalam PRK yang agak ketara.
Aper pon.... seperti mana yang semua sedia maklum.... Inilah penanda aras bagi PRK lain yang akan datang... dan pastinya pada masa akan datang... kesalahan dan salahlaku terhadap Akta Pilihanraya akan menjadi lebih kronik...

SPR perlu berubah dan SPRM perlu jugak berubah.... jika kita mahu Pilihanraya yang telus, bebas dan adil.

Tahniah diucapkan kepada calon BN yang telah memenangi kerusi N1 Kuala Besut dalam Pilihanraya kecil yang baru sahaja selesai. Cuma satu sahaja yang pelik pada pandangan gua.... Dimana dier calon PAS ... kenapa dier tak hadir ke meja pengurusan SPR semasa dipanggil oleh Pengurus Pilihanraya Kecil.... Ader sesiapa boleh bagitau???


Bye Bye PAS, Bye Bye Kuala Besut

Bhai/DeeDee sekalian....

Ader beberapa rakan tanya gua... pasai aper gua tak berkempen dan turun padang pada PRK N1 Kuala Besut.... Mmmm.... macam mana gua nak citer aaa..... Hahaha.... okehlah... gua pon amik napas panjang... dan akhirnya gua citer dari A sampai Z kenaper gua tak kempen kepada calon PAS/PR di PRK N1 Kuala Besut....

Citernyer camnie....  gua ringkaskan dalam bentuk poin jer la yer.... hahaha
  • Sikap jentera parti PAS yang berkhidmat di sana yang banyak dipengaruhi oleh geng-geng Rusila yang mana menyebabkan beberapa kucar kacir berlaku dalam strategi yang diatur oleh pengarah pilihanraya kecil.
  • Sikap tidak mahu mendengar nasihat malah memandang beberapa blogger pro-PR sebagai musuh.
  • Sikap hanya percaya kepada kata-kata manis blogger/facebooker yang satu group dengan TranungKita dan tidak yang lain
  • Sikap jentera yang berkempen masih lagi dalam kerangka "mengutuk dan melondehkan" calon lawan tanpa mahu menunjukkan kredibiliti calon sendiri dari segi politik dan pentadbiran
  • Sikap masih mengekalkan kempen secara ceramah tapi kurang sentuhan peribadi dari rumah ke rumah.
  • Sikap Hadi Awang sendiri yang masih lagi terlalu ego tidak mahu memohon maaf atas ketelanjurannya mengeluarkan statement fitnah pada PRU13
  • Pengaruh UG yang terlalu kuat sehingga memandang kumpulan lain sebagai Syiah.
  • dan yang terbaru.... aderlah sikap yang sama sebijik macam UMNO bila mana PAS memberikan rasuah minyak petrol kepada pengundi di Kuala Besut

Err.... sebenarnya banyak lagi... cuma maleh aaa nak citer.... hahaha... aper-aper pon.... gua percaya.... aper sajer yang berlaku di PRK N1 Kuala Besut yang dibuat oleh PAS sampai bila-bila orang akan ingat.....  tambah lagi... PAS bukannyer berminat sangat dengan agenda Pakatan Rakyat.... dier nak tumpang sekadar nak menang kerusi jer.... hahaha

Aper pon... kalu memang pon semacam tak bermaruah... kalu kalah lagi la sebab tak bermaruah.... sebab bagi rasuah...... "Kalu UMNO buat aderlah salah, tapi kalu PAS buat takder masalah" ....... rasuah tetap rasuah la bhai.... tak kisah la yang buat tue hafal 30 juzuk Al Quran ker... atau yang hafal 101 teknik Kamasutra.... hahahaha

Kesimpulannyer... aderkah PAS akan menang di PRK N1 Kuala Besut..... hahaha... tunggu la SPR umumkan nanti..... hahahaha

23 July 2013

Rasuah Di Bulan Ramadhan

Bhai/DeeDee sekalian....

Nak menang punya pasai.... sanggup berbuat macam-macam cara.... Agaknyer inilah ajaran ASWJ yang kuat dipegang oleh Geng Rusila kot..... mungkin lah kot... Walau aper pon alasannya.... pada gua ini adalah satu bentuk rasuah... dan SPRM patut amik tindakan.....

Tak kira la yang beri rasuah di bulan Ramadhan tue berkopiah berserban ka.... ASWJ ka.....  tapi pasai beri rasuah... maka sewajarnya tindakan diambil.... Sungguh... tindakan rasuah dalam bulan Ramdhan nih cukup menghina orang Islam yang Mukmin....

Kalu UMNO yang dok buat camnie... gua tak berapa heran sangat.... pasai UMNO dan RASUAH mana boleh berpisah.... Ini tidak.... kumpulan yang mengaku menjunjung tinggi Al Quran dan Sunnah pon buat benda yang macam nih.... payah... payah.....

Memalukan sungguh lar.... aper nak jadi la....  dunia dah nak kiamat la.... Ostad boleh kuarkan statement fitnah dan buat derk jer.... ahli Parti Islam boleh plak bagi rasuah pada bulan Ramadhan... siap tersengih jer..... macam takder berdosa jer....

Aper la nak jadi.... mmmmm

Berkaitan : PAS Kuala Besut Sumbangkan Minyak Tangki Penuh






22 July 2013

Jika Calon BN Kalah Di Kuala Besut

Bhai/DeeDee sekalian...

Agak-agaknyer la.... aper tindakan yang akan UMNO/BN buat jika calon BN kalah di PRK N1 Kuala Besut nih....  Aper plak strategi yang akan UMNO buat... Aper plak tindakan yang akan dibuat oleh Idris Jusoh... Aderkah akan ader kempen serangan bertali arus kepada Ahmad Said? Aderkah Ahmad Said akan diminta turun dari jawatan MB Terengganu.

Bagaimana pula dengan nasib Idris Jusoh? Adakah ianya akan menyebabkan pengaruh Ahmad Said akan lebih kuat di Kuala Besut dan Hulu Terengganu?  Bagaimana pula dengan sidang DUN Terengganu lepas nih??

Kalu ikut pemahaman gua lar.... Sultan Terengganu tetap akan menerima BN sebagai kuasa pemerintahan di Terengganu.... dan kemungkinan Ahmad Said akan dikekalkan agak tinggi.... Tentang pengaruh 16:16.... Itu tidak jadi masalah pada percaturan politik di Terengganu... Kemungkinan untuk Sultan Terengganu melantik Hadi Awang sebagai MB Terengganu setakat yang gua tahu agak tipis... melainkan kalu PAS mendapat kerusi 17:15

Aper pon.... dengan kempen yang masuk sesi akhir nih.... dari aper yang gua dimaklumkan.... potensi untuk menjadi 16:16 agak tipis... Ini kerana para pengundi di Kuala Besut khabarnya lebih terpengaruh dengan kempen BN yang mengingatkan mereka tentang apa yang pernah PAS buat di Terengganu semasa PAS memerintah negeri ini pada 1999 hingga 2004

Aper pon jangkaan yang ada.... pada pandangan gua...  BN masih mempunyai sengat yang agak kuat dalam kempen PRK N1 Kuala Besut kali ini walaupun calon BN agak goyah dari segi kredibilitinyer... Aper pon... semuanya terletak ditangan para pengundi.... Aderkah mereka boleh dijual beli dengan nilaian RM yang mencurah-curah semasa kempen PRK nih yang hanya sementara.... atau mereka mahu mendapat laba yang berpanjangan sehingga PRU14.... kiter lihat sajer la....

Hahahaha

Taktik Kempen Yang Stereotype

Bhai/DeeDee ..... Gua bersetuju dengan pandangan blogger Azmi APA dan TheFlyingKick dalam isu taktik kempen yang stereotype nih.... Sungguh... penyakit macam nih... bukan sahaja hinggap dekat jentera kempen UMNO/BN... tetapi ianya jugak melekat kuat samer pada jenteran kempen PAS/PR....


Sorry to say la kalu aper yang gua citerkan nih semacam memburukkan PAS dan PR.... stendet la...  kiter bagi la chan kat Blogger UMNO/BN untuk tibai UMNO/BN dan kiter pulak tibai PAS/PR dalam isu kempen PRK N1 Kuala Besut... Baru la betul... jangan la kiter asik tibai musuh jer... skali skala kena gak tibai team sendiri.... buat muhasabah... buat peringatan... Tak tau la pulak kalu ader mazhab bengong yang kata tabley nak bantai team sendiri... Hahaha.... kalu tabley nak kritik team sendiri.... sebab alasan kena wala' .... hahaha.... alamat tak lama la team tue... cepat jer terbongkang.... hahahaha

Teknik berkempen memburuk-burukkan pihak lawan pada gua sudah tak relevan pasca PRU13 .... sebab sekarang nih... para pengundi dah matang.... diorang nak tengok aper dasar dan hala tuju yang parti-parti politik nih nak bawak... Diorang nak tengok masa depan...

Pengundi taknak tengok perangai asik kondem aper sajer yang musuh buat waima yang betul sekali pon.... Macam contoh... sudah berapa kali aaa gua citer ... tolong aaa jangan bawak isu kononnya pembinaan mini zoo di Kemaman tue membazir... Ini taktik bodoh orang yang tak belajar ilmu pendidikan... Taktik kondem mini zoo nih sudah ketinggalan.... Mini zoo atau aper sajer jenis zoo atau taman burung semuanya tue aderlah untuk pendidikan dan konservasi.... jangan jadi jumud dan bodoh.... Di negeri-negeri Pantai Timur... hanya di Kemaman jer la ader Mini Zoo yang boleh dianggap lengkap... sesuai untuk pendidikan... pendidikan tentang alam haiwan .... pendidikan bagi kanak-kanak...

Lagipon kalu nak pergi ke Zoo Negara atau Wetland.... berapa plak kosnya... dari segi logistik dan accomodation.... itu belum masuk kos tol dan minyak petrol...... Jangan la bodoh sangat bawak isu nih.... Samer gak macam isu "kononnya" ader ahli UMNO/BN yang keluar beramai-ramai masuk PAS/PR.... Hahaha... ini taktik lapuk aaaa....  Benda bodoh yang UMNO/BN buat macam nih pon PAS/PR nak ikut ... aper daaa....

Cuba la tunjukkan satu pelan perancangan 5 tahun aper yang nak dibuat setelah menang di PRK N1 Kuala Besut... macam mana nak perbaiki kualiti hidup para pengundi di sana... macam mana pula dengan kemudahan infrastruktur.... Buat la satu sesi taklimat pelan perancangan 5 tahun atau 10 tahun nih... bagi peluang pengundi di Kuala Besut terbuka minda dan membuat pilihan yang tepat...

Jangan la buat ceramah asik nak hentam jer... nak tunjuk bahawa calon lawan tue ader masalah la... calon lawan tue bukan orang tempatan la... calon lawan tue tak buat kerja la sebelum nih.... calon lawan tue keluarga dier orang PAS la..... wei... ini bukan kempen... ini bengong namanyer...

Pasca PRU13.... orang nak tengok aper yang PAS/PR rancangkan untuk 5 tahun kalu menang di PRK N1 Kuala Besut.... Orang nak tengok aper yang Pakatan Rakyat pelankan untuk keseluruhan negeri Terengganu.... Macam mana nak mempertingkatkan ekonominya... macam mana nak memperbaiki taraf hidup penduduk Terengganu... Macam mana nak memperbanyakkan industri dan peluang pekerjaan di Terengganu... Macam mana nak bawak pelabur masuk ke Terengganu... Macam mana nak jadikan tatakelola dan pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu bertaraf AAA+++ (Moody @ Standard & Poor's)...

Cuba la pamerkan pelan strategik 5 tahun ker... 10 tahun ker.... untuk Kuala Besut....

Cukup-cukup la tue buat kempen macam bangang yang menggunakan taktik kempen yang stereotype nih.... dah lama dah... dan dah tak releven lagi cara nih pasca PRU13..... aper daaa...

Ader paham ka??? .... hahahaa

17 July 2013

Terbaek Dari Najib Razak

Bhai/DeeDee sekalian.... Lu orang tau dak... kalu Najib Razak mahu mengekalkan pengaruh dan kuasa serta jawatannya dalam UMNO dan BN.... sebaiknyer Najib Razak kena selalu buat benda camnie.... Najib Razak kena rajin keluarkan modal sikit.... bukan modal dari duit poket dier sendiri.... aper ader hal...

Itu jer cara untuk Najib Razak nak sekat Muhyiddin Yassin... skarang nih... percaturan terbesar aderlah di Kuala Besut.... ader dua percaturan.... ... satu antara Ahmad Said melawan Idris Jusoh.... sungguh hebat perlawanan diorang... masing-masing menunjukkan pengaruh... dan masing-masing perlukan kemenangan disana...

Samer jugak ngan satu lagi percaturan di Kuala Besut... iaitu antara Najib Razak dengan Muhyiddin Yassin.... Menang atau kalah BN di Kuala Besut akan menyebabkan Ahmad Said, Idris Jusoh, Muhyiddin Yassin dan Najib Razak bermasalah.... hahaha... tengok kat saper yang terkena lebih dulu aaa... hahaha...

Jadi... kalu Najib Razak nak terkedepan... umumkan jer bonus raya setengah bulan gaji (paling minimum RM1000) bagi semua kakitangan kerajaan..... Dan terbaek kalu Najib Razak boleh bagi arahan supaya syarikat swasta pon berbuat samer... bagi token hari raya.... at least RM200 ka... RM500 ka.... hahaha

Aper macam.... Najib Razak ader brani ka mau sambut ini cabaran...... hahaha


SUNGKAI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM32,313,300 kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

Replika cek duit raya itu diserahkan kepada setiap ketua peneroka Wilayah Felda pada program Ihya Rahmat warga Felda peringkat kebangsaan di sini malam ini.

Najib berkata peneroka yang bersama Felda akan menerima RM300 manakala yang tidak bersama Felda menerima RM150.

"Sebelum ini peneroka hanya bergantung kepada hasil ladang mereka sahaja, tapi hari ini setiap peneroka dapat dari punca-punca lain.

"Dalam perjalanan ke sini tadi, saya kira-kira punca lain yang setiap peneroka dapat termasuk bonus tahunan, duit raya dan durian runtuh sebanyak tiga kali," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 7,000 peneroka pada program itu di Felda Gunung Besout 2 di sini.

Najib turut mengumumkan pembinaan 420 unit Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) bagi gugusan Besout dengan keluasan 19.14 hektar di samping pembinaan sebuah dewan serbaguna bernilai RM900,000 di Felda Besout 2.

Beliau berkata nikmat dan perubahan yang dikecapi warga Felda hari ini adalah hasil perjuangan yang dibawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Katanya semasa dailog pintar di Tanzania baru-baru ini, kebanyakan negara yang mendapat kemerdekaan hampir sama dengan Malaysia masih membicarakan mengenai pembangunan pertanian di luar bandar yang tidak maju serta bekalan asas.

"Sedangkan perkara ini di negara kita telah tinggal dalam lipatan sejarah. Kita telah berjaya menyelesaikan agenda pembangunan luar bandar. Ini bukan perkara yang disebut secara khayalan tapi dilihat dengan mata kita sendiri," katanya.

Beliau turut menolak dakwaan pembangkang dua tahun lepas bahawa Felda akan bankrap dengan menjelaskan kedudukan agensi itu semakin kukuh dan mantap.

"Felda tidak bankrap. Nilai saham yang terkumpul Kumpulan Felda termasuk dalam syarikat tersenarai kalau kita jual lebih RM8 bilion yang boleh diperoleh," katanya.

Kejayaan Felda juga dibuktikan dengan memiliki kilang di Kanada, restoran di Mekah, hotel di Kota Kinabalu dan pemilikan tanah di Kalimantan, Indonesia, katanya.

"Kita ada perancangan untuk jangka masa lebih jauh ke hadapan. Kita harap satu hari nanti Felda jadi lebih besar dan kukuh di pasaran antarabangsa," katanya.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. - Bernama

12 July 2013

Tawaran Hebat Kuala Besut

Bhai/DeeDee.... Kalu nak ikutkan hati... Gua takmo nak campur tangan PRK Kuala Besut... Bukan sebab aper... Cuma sebab bulan posa... Letih aaaa nak kontek kengkawan operatif yang dah dua minggu berkampung di sana...

Aper pon... Seperti mana tajuk artikel gua nih... Gua cuma sekadar nak tahu aper tawaran hebat Barisan Nasional nak taburkan buat seronok pengundi di Kuala Besut...

Takkan nak umumkan bukak Kolej Komuniti kot... takkan nak umumkan pembinaan jeti khas bagi industri perikanan laut dalam kot.... takkan nak umumkan buat Stadium Lumba Basikal kot... takkan nak umumkan jaringan baru Lebuhraya Pantai Timur 3 yang menghubungkan Kuala Besut dengan Kuala Terengganu....

Takkan la kot...

Abis tue aper plak tawaran mega hebat yang akan Najib Razak dan Muhyiddin Yassin nak umumkan sebagai gula-gula untuk pengundi di Kuala Besut...

Takkan la kot diorang nak umumkan pembinaan pasar raya besar Mydin kot.... hahaha.... Kalo diorang umumkan pembinaan pasar raya besar Sabasun okeh la gak... Sebab milik Melayu... Tapi Mydin tue bukan milik Melayu... Bumiputera pon bukan.... Sekadar label Islam yang belum tentu Mukmin.. Hahaha

Jadi.... Tawaran hebat apa lagi yang BN boleh bagi dan buat nih... Hahaha.... Mari kiter tengok aper Ahmad Maslan nak buat... Tawaran aper yang Idris Jusoh, Ahmad Said dan semua pimpinan BN nak buat nih???

Aper kata buat tawaran bagi duit sebanyak RM50 ribu sebagai hadiah bagi setiap keluarga nelayan kat Kuala Besut... Errr... SPRM takkan berani nak kata itu rasuah.... Hahaha... Jangan riso lar...

Hahaha.... PAS memang kiter tak harap dier boleh bagi tawaran aper pon.... Sebab kalo nak bagi tawaran nih kena la ader modal... Hahaha... Itu hari masa PRU13 bagi tawaran nak kurangkan hara petrol dan kereta pon rakyat takmo... Hahaha... Rakyat Malaysia rela harga petrol dan kereta mahal... Nak buat camana....

Hahahaha....

01 July 2013

Sub Woofer Pun Dikira Sekali

Bhai/DeeDee .... aper kelas kira Speaker jer.... baik la sub woofer pun dikira sekali.... baru la ngam.... setakat speaker jer.... sound tak mantap..... kena ader sub woofer dan "speaker kecik tue tue nama dier tweeter kan" ... hahahaha....

Nih Idris Jusuh nih mana dier skolah..... hahaha.... mesti masa skolah dulu dier nih bodoh dan bangang... pasai tue la jadi Menteri... hahaha..... Speaker Dewan patutnyer berkecuali aaa.... Speaker kira macam Hakim lar.... kalu Hakim tak berkecuali..... hakim sided....  maka hancuss la persidangan.... Hahaha

Aper daaa..... kalu gitue... tak payah la kira Speaker jer... baik masuk dengan Sultan skali.... err.... mana ader Sultan dalam Malaysia nih yang menyokong kuat Pakatan Rakyat.... semuanyer berbondong-bondong sokong UMNO/BN jer..... semua sokong pasai pikir kepentingan peribadi jer....  ini bukan satu penghinaan ker mender... ini realiti....  realiti di Malaysia nih... dimana yang bangang akan dilantik jadi Menteri....  Hahaha

Hahaha.... Kalu campur Speaker dah jadi 18.... kalu campur Sultan dah jadi 19.... belum masuk campur Permaisuri @ Sultanah ... maka kalu itu macam... dah cukup la 20.... memang maner ader problem punya.... semua mesti menang kat BN..... hahahaha

Oh lupa... gua lupa masukkan kakitangan Dewan Undangan Negeri la... mesti semua sokong BN punya.... hahahaha.... macam itu ... sampai kiamat la takkan menang punya.... hahaha.... serupa macam masa Final Piala FA la...... kalu TRW ader 11 player... dan JDT ader 11 player..... pengadil dan penjaga garisan pon akan masuk sama la belah JDT ker atau TRW????

Hahahahaha.... bangang betul lar Idris Jusoh nih..... hahaha .... Kesian rakyat Malaysia dapat Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II yang bangang tahap "dewa jalan duta" nih..... hahahaha


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1