Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

25 July 2013

Timbalan Pengerusi SPR Tidak Tahu Prosedur

Bhai/DeeDee sekalian...

Episod penahanan kenderaan yang dinaiki oleh Timbalan Pengerusi SPR pada PRK N1 Kuala Besut menggambarkan bahawa SPR sendiri pun tidak tahu prosedur. Sebagai orang yang sudah lama berkhidmat dalam Suruhanjaya Pilihanraya, sewajarnya beliau tahu segala selok belok prosedur dalam urusan Pilihanraya.

Tapi nampaknya kali ini, Timbalan Pengerusi SPR sendiri juga cuai. Disebabkan itulah maka gua tak terkejut bila mendengar berita kenderaan yang dinaiki oleh Timbalan Pengerusi SPR (Wan Ahmad Wan Omar) dikepung oleh orang ramai di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu di Kuala Besut.

Sungguh gua tak terkejut. Sepatutnya mana-mana pegawai atau kakitangan SPR yang bertugas pada hari tersebut menggunakan kenderaan SPR sendiri ataupun menggunakan kenderaan lain yang mempunyai pelekat berdaftar dari SPR. Ini adalah prosedur asas dalam Pilihanraya.

Seperti mana wartawan, pihak media malah anggota kakitangan katering pun biasanya dibekalkan dengan kad nama serta pelekat khas jika mahu menggunakan kenderaan mereka keluar masuk dalam mana-mana pusat mengundi dan penjumlahan undi.

Sikap tidak prihatin terhadap prosedur asas inilah yang menyebabkan SPR sendiri dipandang sebagai satu agensi yang tidak telus, korup malah cacamarba. Janganlah marah kepada rakyat jika persepsi mereka agak teruk terhadap SPR. Ini semua berpunca dari tindakan SPR sendiri yang banyak kali tidak mengikut prosedur.

Ini bukan SPR ... hahaha
Pada PRU13, banyak kenderaan yang digunapakai oleh kakitangan SPR yang membawa dan memindahkan peti-peti undi tidak ditandakan (tidak mempunyai pelekat) yang menunjukkan ianya adalah kenderaan yang berkaitan dengan SPR. Gua faham memang banyak kes kakitangan SPR terpaksa menggunakan kenderaan peribadi, namun sewajarnya mereka mengikut prosedur dengan memasang pelekat atau insignia SPR pada badan kenderaan tersebut.

Jadi Wan Ahmad Wan Omar selaku Timbalan Pengerusi SPR patut dikenakan satu tindakan tatatertib kerana melanggar prosedur piawai SPR. Siapakah yang akan ambil tindakan ini? Adakah ianya Najib Razak? Hahaha... Maaflah...  tindakan tatatertib hanya layak untuk kakitangan awam yang menyokong Pakatan Rakyat sahaja...


P/S : Pergh... gua tak sangka yang gua menulis dengan skemanyer... hahahaha

3 comments:

  1. Siapakah yang akan ambil tindakan ini?...

    Mestilah yang melantik depa tu je yang boleh ambil tindakan... bukan saje tindakan, memecat depa pun boleh...

    COBOL

    ReplyDelete
  2. Bhai,

    Nanti dia akan bagi alasan buat macam tu untuk keselamatan dari disabotaj pihak-pihak tertentu..

    ReplyDelete
  3. haku nak tanya la...

    wan ahmad tu tahu bekerja/tahu undang2.. tahu peraturan ke tidak...
    atau hanya berlagak serba tahu?

    org mcm ni.. xpayah la bagi bonus/bayaran sagu hari raya..
    apa pun xreti !!

    "Wan Ahmad tidak sepatutnya dan amat tidak beretika bertindak menggunakan kereta tanpa logo SPR. Sedangkan berjuta peruntukan diberikan kepada SPR, nak bawa kereta SPR ke Kuala Besut pun tak boleh?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja