Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

16 July 2013

Presiden FAM Juga Patut Isytihar Harta

Bhai/DeeDee sekalian... patutnyer bukan sajer pemain dan pegawai Liga Malaysia (Liga M) sahaja yang kena isytihar harta.. tapi dengan semua AJK dan Presiden FAM pon kena jugak isytihar harta... mana la tau ader yang makan rasuah ker... untuk mengatur perlawanan atau mengatur hukuman... hahaha

Aper kata Presiden FAM juga patut isytihar harta.... baru la kepimpinan melalui teladan....

Nih semua perisytiharan harta nih takkan la kena hantar kat Jawatankuasa Integriti FAM jer kot..... antar la skali kat SPRM ker... tapikan... SPRM pon samer hamlau gak.... baik lagi masa rasuah nih duduk dibawah Biro Siasatan Negara (BSN) ker... atau Badan Pencegahan Rasuah (BPR).... lebih efisien la gua rasa...

Tak pon... antar jer kat Hong Kong ICAC ... yang itu lagi hebat dan telus urusan siasatan berkaitan rasuah dan sebagainyer.... SPRM Malaysia kalu nak dibandingkan dengan HongKong ICAC serupa jauh langit dengan bumi.... Hahaha

Suruhanjaya yang mencegah rasuah sendiri pon ader banyak kes rasuah terpalit dengan diorang... aper la nak diharapkan.... Hahahaha...


DEMI memastikan gejala rasuah menular dalam liga tempatan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam memutuskan untuk mewajibkan semua pemain dan pegawai pasukan Liga Malaysia (Liga-M) mengisi borang pengisytiharan harta mulai musim depan.

Setiuasaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, borang pengisytiharan harta itu akan dikemas kini menerusi sistem dalam talian pendaftaran pemain Liga-M musim 2014.

"Kita rasakan perlu untuk wajibkan pelaksanaan pengisytiharan harta ini selepas mendapat cadangan dan sokongan daripada Jawatankuasa Integriti FAM.

“Sama ada pemain atau pegawai itu ikhlas ketika mengisi borang mereka, itu kita akan pantau dan buat susulan dari semasa ke semasa," jelas Hamidin.

Beliau juga berkata, ia sejajar dengan usaha FAM yang mahu memperkasakan nilai-nilai integriti di kalangan mereka yang terlibat dalam liga tempatan.

"FAM juga merasakan perlu dilaksanakan sekarang setelah Jawatankuasa Integriti FAM sendiri mengesyorkan borang pengisytiharan harta pemain, pegawai pasukan dan pemain import dalam liga tempatan.

"Kita juga akan bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan pengisytiharan harta itu benar-benar tulen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat di sini, semalam. Hamidin berkata, borang pengisytiharan harta itu dijamin sesuai dengan keperluan seorang pemain, pegawai pasukan dan pemain import yang terlibat.

"Jawatankuasa Integriti FAM telah memperhalusi dan mempermudah borang itu agar ia tidak dilihat membebankan mereka yang berkenaan," katanya.

Sementara itu, Aseh berkata, lima persatuan bola sepak (FA) negeri yang telah mewujudkan Jawatankuasa Integriti masing-masing adalah Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang dan Sabah. Beliau menambah, FA negeri yang lain masih lagi membisu sehingga kini berhubung saranan FAM dalam memartabatkan industri bola sepak negara itu.

"Lima negeri yang sudah menubuhkannya ialah Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Sabah. Kita pandang serius terhadap FA negeri lain yang belum menubuhkannya.

"Sehubungan itu, kita akan hantar surat dalam minggu ini dan tengok dahulu maklum balas serta komitmen FA negeri dan selepas itu mungkin kita akan tetapkan tarikh," katanya.

2 comments:

  1. semua pegawai FAM tu istihar harta dulu.

    ReplyDelete
  2. semua kena istihar harta jabatan integeriti pon huhu..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1