Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

14 July 2013

Kaunter Kutipan Zakat Bersepah Sana Sini

Bhai/DeeDee sekalian..... lu orang tau kan.... biler masuk bulan Ramadhan jer... sana-sini kiter boleh jumpa kaunter untuk membayar zakat fitrah.... kat pasar raya... kat pasar tani... kat pasar minggu... kat dalam bank komersial... kat pejabat Tabung Haji... malah ader amil yang siap bukak meja kaunter di kilang-kilang dan kawasan pejabat....


Itu kiter toksah la nak kira kaunter kutipan zakat fitrah yang dekat masjid atau surau tue ...... pergh..... yang tue bersepah bhai kaunter kutipan zakat nih sana sini.....

Senang benar kan nak bukak kaunter kutipan zakat.... amik meja... amik kerusi... amik resit.... dah siap.... bawak beg besar skit... senang nak isi duit.... lepas tue bukak plak tabung sedekah duit belen lebih zakat tue... biasanyer ramai yang bersedekah duit belen lebih tue.... takder masalah...

Tapi.... kenaper selama nih gua tak pernah nampak pon bercambah dan bersepah sana sini kaunter pendaftaran untuk bantuan zakat......  patutnyer kena bukak la kaunter pendaftaran untuk bantuan zakat bersepah sana sini samer macam bersepahnyer kaunter kutipan zakat...

Baru la mudah orang nak mohon zakat.... orang nak tanya tentang bantuan zakat... tak payah la orang ramai nak susah-susah pergi ke Pejabat Zakat dan Baitulmal.... dok tunggu tercongok macam beruk kat bangku ... pasai pegawai yang menguruskan zakat takder... bercuti atau berkursus....

Bukan setakat kena queue... tapi.... dalam banyak kes yang gua tau... pegawai siap marah-marah kat pemohon yang nak mohon bantuan zakat tue pasai tak reti dan tak pandai isi borang.... malah ader yang bantuannya tersekat kerana kerenah birokrasi akibat daripada kena mendapat tandatangan orang itu orang ini... JKKK la... YB la.... ADUN la..... hampeh...

Udah la sesetengah pemohon tue uzur... mata dah tak nampak... pon lagi kena marah pasai silap isi borang..... aper daaa....  bagi kes muallaf plak... dah sahih muallaf dan ader cert dari PERKIM pon susah gak nak dapat bantuan zakat.... aper nak jadi lar.... teruk betul

Dalam bulan puasa yang mulia nih... gua terpaksa marah kerana pasai benda nih....  tadi baru gua sound satu amil tue.... gua sound dier lain kali bukak la kaunter pendaftaran permohonan zakat samer macam kaunter kutipan zakat yang dibuat kat depan bank tue...

21 comments:

  1. Baru perasan ke? Kat Msia ni bab kutip duit memang efficient bukan setakat zakat aja. Aku nak tanya, berapa ramai rakyat Msia beragama Islam yg tahu setiap pelajar yg beragama Islam yg peluang belajar diIPTA dapat bantuan Baitulmal sebanyak RM1500 dan IPTS RM1000 tanpa mengira samada keluarga berada atau tidak kerana ia diperuntukkan keatas asnaf pelajar. Banyak ibubapa dan pelajar itu sendiri tidak tahu yg mereka layak mendapatkannya. Ini kerana tiada pemberitahuan pekeliling secara meluas. Jabatan agama sepatutnya memberitahu akan bantuan yg diperuntukkan. Semua jabatan kerajaan walaupun jabatan agama tidak akan memberitahu hal pemberian wang tetapi jika rakyat terpaksa membayar kpd sebuah jabatan, rakyat akan dikejar dan tidak akan dilepaskan begitu sahaja walau jumlah hanya kurang RM10. Jika hal2 saman atau kutipan cukai diperingatkan melalui TV mengapa wang yg sepatutnya menjadi hak rakyat tidak diperingatkan diTV untuk mereka dtg kepejabat membuat kutipan. Mereka sedaya upaya menyembunyikan dari pengetahuan rakyat bantuan2 yg sepatutnya mereka salurkan keran ia akan mengurangkan wang dari dituntut.

    ReplyDelete
  2. Biasalah..bab kutip duit masuk duit, bukan main ligat. Nak huluq susah.Lebih teruk dari mintak sedekah.Rasa marah pulak mcm duit kita bagi tu tak disalurkan & diamanahkan kpd golongan yg patut terima.Makan duit haram buat tanggung anak bini tulah perangai mcm setan!

    ReplyDelete
  3. Bhai/DeeDee Anonymous 11.26pm...
    Bukan baru perasan... dah lama pon perasan.. cuma hari nih jer nak luahkan rasa hati kat dalam blog... Err.... tentang duit untuk pelajar tue... sungguh gua tatau... patut la senyap sunyi diorang aaa.... hampeh..

    Bhai/DeeDee Anonymous 11.32pm...
    Tue la pasai... biler yang patutnyer amanah bab nih sudah jadi tak amanah... payah...

    ReplyDelete
  4. haku agak la...
    duit2 kutipan zakat tu depa pi bayaq duit minyak kenderaan kerajaan la !!

    ReplyDelete
  5. Ini sambungan dari Anon 11.26 - Minta tlg Admin beritahu sesiapa yg mempunyai anak yg dapat tawaran melanjut pelajaran keIPTA dan IPTS agar pergi kepejabat agama berdekatan utk menuntut hak mereka sebagai asnaf pelajar. Syarat2 utk membuat tuntutan, bawa surat tawaran dan IC pelajar. Tidak diperlukan document2 lain mengenai keluarga. Process pengeluaran cek dlm masa kurang seminggu. Sy telah memberitahu ramai mereka yg kebetulan dapat tahu yg anak mereka akan melanjutkan pelajaran keU. Kebanyakkan mereka tidak tahu menahu dan apabila mereka dapat cek mereka kembali kpd saya dan menyatakan mereka telah dapat cek dan berterimakasih kerana diberitahu. Dari situ nampakkan buruknya tabiat jabatan ugama itu sendiri kerana tidak langsung membuat announcement tentang hak2 rakyat.

    ReplyDelete
  6. Ye ke ada bantuan pelajar? Anak gua baru masuk IPTA 2 3 bulan lepas. Boleh claim lagi ke?

    Gua pasti akan ke baitulmal nanti... hohoho

    ReplyDelete
  7. bro c++.
    Post terbaek dar ladang

    ReplyDelete
  8. gua masih ingat time gua pegi kursus haji, ada sorang tu wakil dri pusat zakat bagi amaran, jika x bayar zakat lebeh2 lagi kepada pusat zakat maka haji dorang x sah....hahaha...errr anak gua yg no dua dok dlm sem tiga skang, bole apply lgi ke...hahaha...

    ReplyDelete
  9. Yea.. patut bersepah kaunter bantuan juga.. Macam kaunter BR1M kan Bhai.. :) kena war-warkan dalam media.. tentang pengagihan zakat ni .

    Ni asik kutip aje.. Aku pun kesian juga kepada saudara yang dhaif tu.. cuma dapat bantu semampu kita la..

    Alhamdullilah mudah untuk kita keluarkan dan tunaikan kewajipan berzakat.

    Semoga niat suci kita dapat menyelamatkan kita dan zakat kita keluarkan dapat membersihkan hati-hati pengumpul zakat supaya mereka dapat mengagihkan zakat2 kita ketempat sepatutnya.. Kita serahkan kepada Allah S.W.T. yang maha mengetahui dan maha adil..

    Tangungjawab Amil (dari atas ketua, pengurusan sampai bawah) ni besar bukan sekadar kutip aje.. mereka memang ada tangungjawab mengurus dan mengagihkan zakat ni sebaiknya.. Semoga Allah membantu memudahkan tugas mereka.. Semoga hati mereka dibersihkan dari sifat buruk manusia.. bukan hanya mengharap duit dan harta dunia..

    wallahualam.

    ReplyDelete
  10. gua nk tau pasal amil ni betul ke diaorang ada komisen dari hasil kutipan zakat....ada sape2 bole tolong jelaskan...

    ReplyDelete
  11. gua nak tau pasal amil yang kutip zakat ni....betul ke diaorang ada komisen...bole sape2 jelaskan

    ReplyDelete
  12. gua nak tau pasal amil yang kutip zakat ni....betul ke diaorang ada komisen...bole sape2 jelaskan

    ReplyDelete
  13. gua nak tau pasal amil yang kutip zakat ni....betul ke diaorang ada komisen...bole sape2 jelaskan

    ReplyDelete
  14. aku setuju dgn post c++ ni coz aku keje di syarikat baitulmal kat negeri asal bro c++. Aku sebut syarikat coz pegawai kat baitulmal ni buat baitulmal macam syarikat mak bapak diorang punya. tentang bantuan pelajar yg nak masuk ipta dan ipts memang ada. Bantuan untuk pelajar sek. rendah dan menengah pun ade..

    ReplyDelete
  15. mitak patwa tok muttee harus sana dari peghak?

    zam

    ReplyDelete
  16. yg buat PENCERAHAN isu zakat pon dr kalangan org2 BIASA..mcm cipan!

    Soalnya dimana Lebai2/ostad2 yg dok BESEMBOR2 liur brkhutbah/tazkirah & brCERAMAH yg konon2nya 'ulamak' yg balik dr Jordan @ AlAzhar?

    Layakkah mrk jd pemimpin & IMAM solat dll klu TAK nampak "KEMUNGKARAN" ini & seolah2 senyap bersekongkol sprt TOYOL?

    PAS memerintah Kelantan & pernah mmerintah Tngganu & Kedah, adakah PAS mmpromosi/meWAR2 kan pusat AGIHAN..bnar2 PROMOSI "MEMUDAHKAN" AGIHAN zakat utk kmudahan rkyt??

    Atau pon SAMA gak, cuma pandai PROMOSI isu kominis dan pil kuda jer? Nak harap mcm maner???

    ReplyDelete
  17. Bhai...

    Tahun nie, insya'allah aku akan tambahkan pada 'akad' zakat aku tu...

    ... sekiranya terdapat wang zakatsaya nie tidak diagihkan dengan sempurna, walaupun sesen, saya tidak akan halalkan sama sekali, malah saya akan menuntut di akhirat nanti bermula dengan Tuan Amil...

    kalau Tuan Amil tu selamba je terima akad aku tu, mungkin...

    #1. Tuan Amil tu yakin dan percaya tiada masalah dalam pengagihan wang zakat

    #2. Tuan Amil tu tahu akhirat lambat lagi... confirm bukan tahun nie... boleh bertaubat lagi

    atau akad aku tu tak mampu buatkan si Tuan Amil tu goncang... minta tolong suggest akad yang boleh melelehkan air mata si Tuan Amil tu

    COBOL

    ReplyDelete
  18. bang zamri husin,

    marah betul ko bang ye smpai 4x ko up isi sama! hehehe

    ini memang tajuk + pencerahan yang bagoooosh, tak gitu?

    erkk, apa lagi bantuan kewangan yang gua boleh tuntut kat jabatan agama + kerajaan ni? pakat2 la kongsi untuk kebaikan semua. terima kasih pada abg anon 11:26 &12:32.

    selamat hari raya. ewahhh!

    ReplyDelete
  19. Gua sokong tajuk ni buat sekian kalinya, bhai C+++.

    Gua ingat takat duit zakat yang dikutip bulan Ramadhan saja, kita leh lihat make-over, tranformasi, reform beribu orang yg tegolong dlm 8 asnaf who in need, not to say juta orang la. Duit zakat pandai kutip, siap kempen habis berjuta RM suruh kita berzakat itu ini..TAPI ke mana natijah duit zakat bila depan mata kita hari-hari ada lagi orang yang dipinggir pemohonan bantuan zakat, yang miskin masih ramai tak ditolong pun, gelandangan.

    Hebahan bantuan zakat hampir takda..macam disorokkan drp pengetahuan umum. Patutnya sama naik kempen suruh berzakat vs kempen nak salurkan bantuan zakat tu. Baru la ramai asnaf akan terbela, Islam nampak berkebajikan.

    Gua saspek duit tu semua depa bagi kat asnaf baru-a iaitu pemimpin negara seperti Naji* & co.. sebab depa saja layak duit zakat selain Jamil Khir dalam usaha murni depa untuk bangunkan negara?

    ReplyDelete
  20. ha ha ha, pi mai pi mai dok tang tu... tahun ni serah terus kat yang layak... dirikanlah solat dan tunaikan zakat... tak payah guna amil yang ada... serah direct terus... kalau tak tau p belajaq... bab hukum... dahla tak mau belajaq lepas tu nak salahkan amil yang mangkuk ayun tabley la...kalau dah tau sistem dah corrupt so jangan ikut...ikut je sistem islam... islam ni mudah jangan dok bagi jadi payah...

    ReplyDelete
  21. aku pernah apply zakat mase belajar kat IPTA dulu..tu pon lecturer aku yg bgtau..sbb aku ngadu kat lecturer aku yg aku tak mampu nk beli buku...sbb buku semua harga ratus2...

    bkn senang nk apply..proses die sgt menyusahkan..nk kena amek tndatangan sana sini..diorg siap suruh listoutkn brg ape nk beli dgn duit zakat tu...aku apply 600 sbb nak beli buku dgn peralatan komputer (aku budak sains komP) ..tp yg diorg bg 400 je..tu pon amek mase hampir sbln utk dpt..hahahahaha..pastu kalo next sem nak lagi..kena ulang proses yg same..bkn senang..tp kalo gigih..bole la mintak utk setiap sem..kikikikikikiki

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja