Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

17 July 2013

Terbaek Dari Najib Razak

Bhai/DeeDee sekalian.... Lu orang tau dak... kalu Najib Razak mahu mengekalkan pengaruh dan kuasa serta jawatannya dalam UMNO dan BN.... sebaiknyer Najib Razak kena selalu buat benda camnie.... Najib Razak kena rajin keluarkan modal sikit.... bukan modal dari duit poket dier sendiri.... aper ader hal...

Itu jer cara untuk Najib Razak nak sekat Muhyiddin Yassin... skarang nih... percaturan terbesar aderlah di Kuala Besut.... ader dua percaturan.... ... satu antara Ahmad Said melawan Idris Jusoh.... sungguh hebat perlawanan diorang... masing-masing menunjukkan pengaruh... dan masing-masing perlukan kemenangan disana...

Samer jugak ngan satu lagi percaturan di Kuala Besut... iaitu antara Najib Razak dengan Muhyiddin Yassin.... Menang atau kalah BN di Kuala Besut akan menyebabkan Ahmad Said, Idris Jusoh, Muhyiddin Yassin dan Najib Razak bermasalah.... hahaha... tengok kat saper yang terkena lebih dulu aaa... hahaha...

Jadi... kalu Najib Razak nak terkedepan... umumkan jer bonus raya setengah bulan gaji (paling minimum RM1000) bagi semua kakitangan kerajaan..... Dan terbaek kalu Najib Razak boleh bagi arahan supaya syarikat swasta pon berbuat samer... bagi token hari raya.... at least RM200 ka... RM500 ka.... hahaha

Aper macam.... Najib Razak ader brani ka mau sambut ini cabaran...... hahaha


SUNGKAI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemberian duit raya berjumlah RM32,313,300 kepada 112,635 peneroka Felda di seluruh negara.

Replika cek duit raya itu diserahkan kepada setiap ketua peneroka Wilayah Felda pada program Ihya Rahmat warga Felda peringkat kebangsaan di sini malam ini.

Najib berkata peneroka yang bersama Felda akan menerima RM300 manakala yang tidak bersama Felda menerima RM150.

"Sebelum ini peneroka hanya bergantung kepada hasil ladang mereka sahaja, tapi hari ini setiap peneroka dapat dari punca-punca lain.

"Dalam perjalanan ke sini tadi, saya kira-kira punca lain yang setiap peneroka dapat termasuk bonus tahunan, duit raya dan durian runtuh sebanyak tiga kali," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 7,000 peneroka pada program itu di Felda Gunung Besout 2 di sini.

Najib turut mengumumkan pembinaan 420 unit Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) bagi gugusan Besout dengan keluasan 19.14 hektar di samping pembinaan sebuah dewan serbaguna bernilai RM900,000 di Felda Besout 2.

Beliau berkata nikmat dan perubahan yang dikecapi warga Felda hari ini adalah hasil perjuangan yang dibawa kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN).

Katanya semasa dailog pintar di Tanzania baru-baru ini, kebanyakan negara yang mendapat kemerdekaan hampir sama dengan Malaysia masih membicarakan mengenai pembangunan pertanian di luar bandar yang tidak maju serta bekalan asas.

"Sedangkan perkara ini di negara kita telah tinggal dalam lipatan sejarah. Kita telah berjaya menyelesaikan agenda pembangunan luar bandar. Ini bukan perkara yang disebut secara khayalan tapi dilihat dengan mata kita sendiri," katanya.

Beliau turut menolak dakwaan pembangkang dua tahun lepas bahawa Felda akan bankrap dengan menjelaskan kedudukan agensi itu semakin kukuh dan mantap.

"Felda tidak bankrap. Nilai saham yang terkumpul Kumpulan Felda termasuk dalam syarikat tersenarai kalau kita jual lebih RM8 bilion yang boleh diperoleh," katanya.

Kejayaan Felda juga dibuktikan dengan memiliki kilang di Kanada, restoran di Mekah, hotel di Kota Kinabalu dan pemilikan tanah di Kalimantan, Indonesia, katanya.

"Kita ada perancangan untuk jangka masa lebih jauh ke hadapan. Kita harap satu hari nanti Felda jadi lebih besar dan kukuh di pasaran antarabangsa," katanya.

Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. - Bernama

3 comments:

  1. ni la standard majoriti rakyat malaysia dibawah UBN. 'rakyat untuk dijual!'. semua berpaksi wang semata2.

    sad but true.

    ReplyDelete
  2. seme dana telah dihantar ke besut..cian org2 ganu lain tak dapat merasa duit raya..dana wang ihsan telah dibekukan..huhuhu

    ReplyDelete
  3. Dari dana wang ehsan ke.. :) patut la banyak je duit.. huhu pusing sana pusing sini..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja