Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

20 July 2013

Sori... Bab Ini Gua Sentap

Bhai/DeeDee sekalian...  Sori... bab ini memang gua sentap..... dan sebagai memenuhi piawaian Bahasa Malaysia... ini gua tulis artikel ikut pola penulisan standard. Sila abaikan penggunakan kata ganti nama kedua (iaitu perkataan "gua" yang digunapakai) didalam artikel ini..... hahaha....  Jangan mare...

Seperti yang kita semua sedia maklum, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia disemua sekolah diterapkan adalah kerana kepentingannya dari segi memartabatkan  Bahasa Kebangsaan sebagai Lingua Franca di Malaysia... Ianya dibuat demi memastikan bahawa sebagai rakyat Malaysia, wajib dan patutlah mereka boleh berbahasa Malaysia dengan sebaiknya.

Bahasa Malaysia sepatutnya menjadi satu bahasa perantaraan yang baik sama ada dari segi akademik, pentadbiran mahupun perniagaan. Ianya juga sepatutnya menjadi satu medium komunikasi utama di Malaysia.

Oleh yang demikian, gua tidak bersetuju sama sekali tindakan Kumpulan Pendidik Cina yang cuba menggesa Kementerian Pendidikan agar mengkaji semula peraturan baru waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Ini kerana tindakan seperti ini menunjukkan sikap tidak prihatin dan patriotik terhadap sistem kenegaraan.


Sewajarnya tindakan sebegini ditentang dan dihalang kerana ianya secara tidak langsung akan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa alternatif dan terpinggir di Malaysia. Jika mana-mana sekolah vernakular ingin dan bertegas mahukan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dikurangkan dan melebihkan bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, maka sewajarnya pihak Kementerian Pendidikan mengekalkan dan mewajibkan kembali sistem "kelas reform" @ "kelas peralihan" bagi mana-mana pelajar dari sekolah vernakular yang ingin masuk ke sekolah Menengah.

Malah selain daripada "kelas reform @ kelas peralihan", adalah terbaik jika Kementerian Pendidikan dapat melaksanakan kembali Ujian Lisan Bahasa Malaysia pada peringkat SPM sebagai satu daripada ujian wajib yang perlu mendapat kepujian didalam peperiksaan SPM. Jika mana-mana pelajar gagal dalam Ujian Lisan Bahasa Malaysia, maka mereka wajib mendudukinya kembali (mengulang) peperiksaan yang sama pada tahun berikutnya.

Jika gagal Ujian Lisan Bahasa Melayu, maka pelajar tersebut patut digagalkan dalam SPM.

Bersangkutan daripada itu, gua berpandangan bahawa selain ujian MUET Bahasa Inggeris yang diwajibkan diambil oleh semua pelajar pusat pengajian tinggi di Malaysia (IPTA dan IPTS), maka sepatutnya satu lagi ujian wajib yang ditetapkan kepada semua pelajar IPTA dan IPTS adalah ujian khas lisan Bahasa Malaysia (UKLBM).



Itu pun kalau Kementerian Pendidikan ada keberanian dan bertanggung jawab dalam menentukan dasar dan kepentingan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Yang ini gua tidak berani nak jamin sebab Kementerian Pendidikan dari dulu lagi adalah sebuah Kementerian yang selalu tidak bersungguh dalam penentuan sesuatu dasar yang termaktub dalam perlembagaan.

Berkaitan : Guru Cina gesa kaji masa mengajar, belajar BM, BI

Dan sebagai tambahan, semua permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam (termasuk guru di sekolah vernakular) dan sebagainya perlulah para calon lulus dengan cemerlang ujian lisan Bahasa Malaysia yang gua cadangkan dikendalikan secara professional oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

7 comments:

  1. bhai,

    tak reti2 nak cakap melayu, balik negara asal la?? ngeeee........even bangla yang baru dok Malaysia setawun dua pun cakap melayu ngalahkan warga, apa cer kan? gua sokong lu kali ni. sokong ikut tajuk. :)

    tapi kadang2 ada juga gua terpikir, adakah kita ni juga memainkan peranan dalam menyumbang gejala tak sihat ni? sebab kebanyakkan masa, bila kita bercakap dengan bangsa lain, kita pulak terikut2 pelat dorang, kan? "aiya, lama tatak nampak? lu mana mari? gua ingat lu sudah mampus?!!" ha, macam tu la contoh... kan? hehehehe

    eh, gua berbahasa pasar sebab gua tokeng komen je, bukan admin blog yang kena berbahasa standard. bak kata allahyarham P. Ramlee "Bahasa menunjukkan bangsa."

    ReplyDelete
  2. ini gua pun sentap bro huhuhu...

    ReplyDelete
  3. hey dah jadi warganegara msia, duduk msia, tak kira la bangsa apa sekalipun, wajiblah fasih bercakap dan menulis dlm bahasa melayu... the same thing applies if you are somewhere else maa, rule of the land... kamon la, common sense maa... sher ma? ni pu sher tao?

    ReplyDelete
  4. Kita tengok sape yg kena...1 Malaysia atau Melayu dulu...hahaha...apa pun gua setuju dgn saranan lu, ketatkan syarat2 lulus periksa di seme peringkat dgn keutamaan pada subjek BM. Ada berani ke Melayu dulu..? hahaha..kata nak ajar bangsa cina sbb x undi BN..skang, isu ni yg betul2 'ada akai' nak tunjuk jantan. Anwar pe cite...takan setuju kot dgn desakan mcm ni...

    ReplyDelete
  5. Bangsa Cina nak kurangkan bahasa Melayu kita pulak seksa pelajar dengan bahsa tambahan.. ingeris la math dan sains dalam ingeris la..

    patut awal2 dulu masa kemerdekaan cut off sekolah jenis kebangsaan ni.. bagi bahasa cina dan india di ajar dalam sekolah kebangsaan.. So rakyat Malaysia boleh berbahasa cina india dan Melayu tanpa masalah.. :) Kalau nak sangat kekalkan bahasa ibunda..

    baru la boleh pupuk semangat 1Malaysia..

    Sebab ada sekolah jenis kebangsaan mereka guna bahasa mereka la ajar BM jadi sunject elektif saja tu cikgu2 sekolah cina rasa macam takda paedah belajar bm ni dah la susah.. Sekolah kebangsaan pon orang melayu susah nak nak dapat A bhai..

    Aku pun pelik kenapa bahasa melayu ni susah sangat.. padahal bahasa ibunda kita sendiri hahaha.. itu ini.. aku pun tak boleh dapat A hahahaha..


    ReplyDelete
  6. Bhai/DeeDee sekalian...

    Lu orang punya komen bagoosh... cuma yer la... benda macam nih mana sampai kat pucuk pimpinan Kementerian dan Kerajaan... payah....

    Aper-aper pon.... thanks sebab paham kenapa gua citer bab nih....

    ReplyDelete
  7. dunia sedang maju, awak semua aje masih katak bawah tempurung masih nak hidup dalam fantasi silat legenda hang tuah taming sari hidup kuasa melayu ni.
    dahlah bdk melayu sendiri pun bahasa fail takya sembang lebat rasis mcm2 lah awak awak semua ni
    ni semua permainan macai2 umngok aje nak alihkan perhatian drpd skandal2 dorang

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja