Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts
Showing posts with label Bolasepak. Show all posts

29 January 2023

TMJ Tawar Khairy Sebagai CEO JDT - Mampukah KJ Mengetuai JTDFC?

Bhai/DeeDee semua...

Kita semua tahu yang Khairy Jamaluddin (KhairyKJ) pernah bertelagah (tak ngam) dengan Tunku Ismail (Tengku Mahkota Johor @ TMJ) ... jadi bila TMJ tawarkan Khairy menjadi CEO JDT ... timbul satu pertanyaan...

Mampukah KJ mengetuai JDTFC? Ini persoalan utama... takut asbab pertelagahan... maka JDTFC akan jadi lebih kecamuk... Apa pun... kita tunggu dan lihat.... sediakan pop-corn dan air kola... Hahaha

TMJ tawar Khairy sebagai CEO JDT
#KhairyJamaluddin #TMJ #JDTFC #JDT #Sukan #PenasihatOrangMuda #CEO #TunkuIsmail #Bolasepak #Relevan #Politik #MasaDepan #Cabar #Usul #reactionvideo #reaksi #react

03 March 2022

Chelsea untuk dijual, Mungkin dibeli oleh Salman Khan

Bhai/DeeDee semua...

Nampaknya Roman Abramovich berdepan tekanan politik dan kewangan antarabangsa dimana berkemungkinan dibekukan atau dirampas asetnya oleh pihak berkuasa. Semua ini berlaku akibat dari tercetusnya perang antara Russia dan Ukraine.

Oleh itu, nampaknya pilihan yang ada hanyalah berusaha untuk menjual pegangan sahamnya dalam kelab bolasepak Chelsea yang berada dalam Liga Inggeris (English Premier League @ EPL).

Dan nampaknya Salman Khan sedang meninjau-ninjau untuk membeli 100% saham kelab bolasepak Chelsea itu. Kita nantikan perkembangan selanjutnya. Err... banyak aaa duit Salman Khan???

Hehehhe

Roman Abramovich berdepan tekanan menjual Chelsea.

#Chelsea #RomanAbramovich #SalmanKhan #Bhai #RussaUkraine #Krisis #Saham #LigaInggeris #EPL #UEFA #Football #Soccer #CipanTapirTenuk #SocialCritics

01 December 2021

Kemenangan KL City - Zaman Kegemilangan Chow Kwai Lam

Bhai/DeeDee semua...

Gua bukan peminat totok sukan bolesepak (football @ soccer) tapi gua tetap amik cakna tentang apa yang berlaku dalam dunia sukan bolasepak nih...

Seingat gua... satu masa dulu ... Team bolasepak Kuala Lumpur memang hebat... masa tue coach dier adalah Chow Kwai Lam...  tiap tahun menang... tapi itu la... dah lama sangat aaa... dah 32 tahun lebih... huhu...

Semalam KL City telah berjaya menundukkan pasukan Harimau Selatan iaitu JDT ... 2 gol tanpa berbalas.

Dan nampaknya cakap-cakap dari Harimau Selatan yang gah selama ini hancur lebur menjadi sekadar miau dari seekor Kucing Selatan ja... hahaha.. JDT kena baham 2 - 0 tue...

Aper pon... bola itu bulat... sebulan bulan dalam bendera PAS... boleh bergolek kesana kesini... boleh berpusing 360 darjah...  huhuhuhu...

Syabas KL City



14 May 2021

Mana Diorang Beli Flare?

Bhai/DeeDee semua...

Gua cukup pelik.. Kejadian nih berlaku di Johor... dan puak JDT cukup terkenal bawak flare dalam Stadium semasa pertandingan bolasepak... Persoalan yang gua nak tanya sejak dari dulu aaa...

Mana diorang nih dapat stok flare? Beli kat mana? Siapa suppliernya??

Rajin benar depa gunakan flare nih... adoilah... stok mudah kot nak dapat disana... Hahaha

Macam pelik ja kan... Hahaha

#KerajaanGagal



03 February 2014

Malaysia Darul Samseng

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha.... gua dinasihatkan supaya berhenti menulis blog....  macam-macam ugutan dan kekacauan yang gua dapat.... tapi ntahla... stakat nih gua blum berminat nak berhenti menulis.... Hahahaha....  terutama skali biler dapat tau macam-macam jenis kesamsengan yang berlaku di Malaysia nih... sampaikan gua gelarkan Malaysia nih sebagai Malaysia Darul Samseng...

Hahaha...... pertama skali gua nak cuit dan usik kali nih aderlah sikap kesamsengan Melayu Hutan yang kononnya peminat tegar bolasepak Malaysia.... Hahaha.... daripada peminat, pemain, pegawai sukan sampailah kepada kapla pasukan bolasepak... samer jer samseng jenis hutan punya.... Hahahaha.... kalu dah kapla besar pasukan bolasepak pon boleh tunjal kapla FAM... aper nak jadi.... Dewa Bola pon takut kecut nak tegur.... Hahahaha .......... Boleh plak bergaduh sampai perlawanan bola boleh kensel... Aper daaa.....

Itu satue la....

Nih satu lagi samseng kampung dusun ..... jenis gempak tak hinggat konon anti Cina berbagai.... siap kalu boleh nak parang dan bunuh semua orang Cina yang ader kat Malaysia..... tapi... dalam kes PRK Kajang... nampaknyer melutut samseng-samseng taik kucing nih nak bekap calon yang akan dikemukakan oleh MCA....

Dah tentunya MCA akan carik calon dari kalangan orang Cina..... takkan la MCA nak lantik Fadhilah Kamsah sebagai calon PRK Kajang.... tak logik aaaa..... masalahnyer.... ramai dikalangan pemimpin MCA terlibat dalam pelbagai "masalah" .... dari kongsi gelap, pelacuran, dadah, rasuah malah ader yang terlibat dengan kes "menyenyapkan" orang... Bukan D7 dan Cawangan Khas takder bukti dan fakta... tapi tindakan tabley nak amik pasai ader bekap yang kuat.....

Hahaha... lu bayangkan la.... pada hari penamaan calon PRK Kajang nanti... dimana calon MCA akan diiringi dan disokong macam nak giler dari PERKASA, JATI, PEKIDA, ISMA dan UMNO..... hahahaha.... lawak siot.... Bayangkan la Arman Azha siap akan dokong dan julang calon Cina dari MCA..... hahaha... memang lawak ,,,,,

Tapi itu sumer tak best aaa..... yang lagi best biler Geng Sorban dok buat ugutan ala samseng.... Pergh... terbaek la tarbiah diorang nih..... sungguh terbaek.... langsung tak semak fakta terus tembak rambang.... hahahaha.... Siap nak boikot tue... malah bekas ketua Geng Sorban yang tak perform dulu pon dok kepoh citer sana sini... konon dier la terbaek... Hahaha...

Itu takper lagi... belum cukup samseng aaa.... yang lagi samseng biler ader anak hantu Geng Sorban dok nak ajar orang lain yang dah memang perform macam mana nak buat kerja..... walhal anak hantu nih yang men"spoil"kan benyak benda yang orang lain dah buat susah-susah dulu....  sebab aper gua kata ini lagi samseng.... sebab semua tindakan anak hantu walaupon bangang macam mana pon tetap akan dibekap oleh machai geng Sorban yang wala' tak hinggat tue....  Hahaha.... malah kalo diarahkan belasah orang pon takder hal pada diorang nih..... pasai "maqam" diorang nih tinggi.... dan kompom ahli syurga... Hahahaha....

Sebijik sebuntat macam UMNO..... hahahaha

16 July 2013

Presiden FAM Juga Patut Isytihar Harta

Bhai/DeeDee sekalian... patutnyer bukan sajer pemain dan pegawai Liga Malaysia (Liga M) sahaja yang kena isytihar harta.. tapi dengan semua AJK dan Presiden FAM pon kena jugak isytihar harta... mana la tau ader yang makan rasuah ker... untuk mengatur perlawanan atau mengatur hukuman... hahaha

Aper kata Presiden FAM juga patut isytihar harta.... baru la kepimpinan melalui teladan....

Nih semua perisytiharan harta nih takkan la kena hantar kat Jawatankuasa Integriti FAM jer kot..... antar la skali kat SPRM ker... tapikan... SPRM pon samer hamlau gak.... baik lagi masa rasuah nih duduk dibawah Biro Siasatan Negara (BSN) ker... atau Badan Pencegahan Rasuah (BPR).... lebih efisien la gua rasa...

Tak pon... antar jer kat Hong Kong ICAC ... yang itu lagi hebat dan telus urusan siasatan berkaitan rasuah dan sebagainyer.... SPRM Malaysia kalu nak dibandingkan dengan HongKong ICAC serupa jauh langit dengan bumi.... Hahaha

Suruhanjaya yang mencegah rasuah sendiri pon ader banyak kes rasuah terpalit dengan diorang... aper la nak diharapkan.... Hahahaha...


DEMI memastikan gejala rasuah menular dalam liga tempatan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam memutuskan untuk mewajibkan semua pemain dan pegawai pasukan Liga Malaysia (Liga-M) mengisi borang pengisytiharan harta mulai musim depan.

Setiuasaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, borang pengisytiharan harta itu akan dikemas kini menerusi sistem dalam talian pendaftaran pemain Liga-M musim 2014.

"Kita rasakan perlu untuk wajibkan pelaksanaan pengisytiharan harta ini selepas mendapat cadangan dan sokongan daripada Jawatankuasa Integriti FAM.

“Sama ada pemain atau pegawai itu ikhlas ketika mengisi borang mereka, itu kita akan pantau dan buat susulan dari semasa ke semasa," jelas Hamidin.

Beliau juga berkata, ia sejajar dengan usaha FAM yang mahu memperkasakan nilai-nilai integriti di kalangan mereka yang terlibat dalam liga tempatan.

"FAM juga merasakan perlu dilaksanakan sekarang setelah Jawatankuasa Integriti FAM sendiri mengesyorkan borang pengisytiharan harta pemain, pegawai pasukan dan pemain import dalam liga tempatan.

"Kita juga akan bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan pengisytiharan harta itu benar-benar tulen," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Integriti FAM yang dipengerusikan oleh Pengerusinya, Tan Sri Aseh Che Mat di sini, semalam. Hamidin berkata, borang pengisytiharan harta itu dijamin sesuai dengan keperluan seorang pemain, pegawai pasukan dan pemain import yang terlibat.

"Jawatankuasa Integriti FAM telah memperhalusi dan mempermudah borang itu agar ia tidak dilihat membebankan mereka yang berkenaan," katanya.

Sementara itu, Aseh berkata, lima persatuan bola sepak (FA) negeri yang telah mewujudkan Jawatankuasa Integriti masing-masing adalah Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pahang dan Sabah. Beliau menambah, FA negeri yang lain masih lagi membisu sehingga kini berhubung saranan FAM dalam memartabatkan industri bola sepak negara itu.

"Lima negeri yang sudah menubuhkannya ialah Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Kedah dan Sabah. Kita pandang serius terhadap FA negeri lain yang belum menubuhkannya.

"Sehubungan itu, kita akan hantar surat dalam minggu ini dan tengok dahulu maklum balas serta komitmen FA negeri dan selepas itu mungkin kita akan tetapkan tarikh," katanya.

02 June 2013

Kereta Kebal Masuk Stadium

Bhai .... Itu hari masa team bolasepak Johor Darul Takzim (JDT) bawak masuk Komando lengkap dengan bersenjata Colt AR15 ... kecoh satu Malaya pasai benda nih... sampaikan gua ader antar emel kat Sepp Blater pasai isu nih... gua kasi kecoh kat FIFA.... hahaha......


Nih nampaknyer... kiter ader peluang tengok team bolasepak JDT lawan TRW (The Red Warrior) kat Final..... hahahaha.... mampuih.... nesti boleh runtuh Stadium kalu FAM buat bangang kuarkan tiket lebih dari kapasiti Stadium... hahaha ....

Nampaknyer... ader chan la kiter tengok kereta kebal plak masuk Stadium.... hahaha... baru la hebat dan bermutu tinggi sukan bolasepak Malaysia.... mana ader dalam dunia nih pasukan bersenjata masuk Stadium... hahaha...

Amacam.... ini kali... kalu ader kucing berak kat tengah padang dalam Stadium masa final... boleh la kereta kebal yang masuk stadium tue tembak atau lenyekkan kucing tue.... hahahaha ....



Susah sangat lar pasai sebijik bola pon boleh gaduh bawak senjata api ... nak bawak kereta kebal.... pasai tue la kucing tue bagi warning dengan membuang air besar di tengah padang..... terbaek lar metafora kucing nih.... Hahaha.... memang terbaek... kena sebijik kat SPRM, FAM, dewata bola dan dewa bola.... hahahahaha.... Terbaek...

Patut kucing nih dinobatkan sebagai pejuang... dan dibagi pingat yang membawa gelaran Ching Sri ... (sebab dier bukan manusia... jadi dier tak dapat la Tan Sri ker mender ker) ... hahaha

28 March 2013

Dikira Menderhaka Kalau Kritik

Bhai.... Kiter semua tahu yang pengurusan FAM memang macam bangang.... cacamarba... Sejak pengurusan FAM dilepaskan oleh Hamzah Abu Samah..... pengurusan dan pembangunan bolasepak di Malaysia jatuh merudum... Kalu menang pon tak berapa konsisten.... lagi banyak kalah dari menang.... kalu menang pon dengan nasib baik jer.... kalah pulak biasa kalah dengan pasukan lemah dan cikai.....

Sekarang nih.... kalu kiter memberikan komen dan mengkritik FAM.... maka ianya akan dianggap menderhaka.... sebab FAM dikendalikan oleh DEWA.... jadi DEWA adalah maksum.... dan tidak boleh dipertikai tindakan dier.... walaupun dewa kalu sambut harijadi bukan potong kek bola... tapi kek kapla kuda.... hahahaha

So..... tolong aaa.... tolong jangan kritik FAM.... tolong jangan komen FAM.... sebab mereka maksum..... hahahaha.... budus betul lar.... pening betul lar....

Tak caya ka... lu baca sini bawah.... hahaha


PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka mengeluarkan surat pertuduhan ke atas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang didakwa melanggar Artikel 88 Statut FAM, minggu depan.

Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan media mengenai FAM.

Pengerusi Jawatankuasa Tata Tertib FAM, Datuk Taufik Abdul Razak berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh untuk mengeluarkan surat pertuduhan kepada jurulatih berusia 56 tahun itu kerana didakwa mengkritik polisi badan induk bola sepak negara itu.

"Kita mempunyai merit untuk menghantar surat pertuduhan kepada beliau (Rajagobal) kerana melanggar Artikel 88 selain turut meneliti laporan beberapa akhbar tempatan mengenai kenyataan beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hampir empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

Taufik berkata, prosedur sama akan turut digunakan dalam kes Rajagobal bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"Surat pertuduhan akan dihantar kepada Rajagobal dan beliau perlu menjawabnya dalam tempoh yang akan ditetapkan Jawatankuasa Tata Tertib.

"Beliau perlu menjawab surat berkenaan bersama Borang A (pengakuan bersalah) dan Borang B (pengakuan tidak bersalah)," katanya.

Rajagobal sebelum ini dilaporkan berkata kekalahan 1-4 skuad Harimau Malaya di tangan Arab Saudi pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, 17 Mac lepas disebabkan kekurangan sifat-sifat penyerang semula jadi dalam pasukan kendaliannya.

Beliau dikatakan turut mengaitkan kekalahan skuad bimbingannya itu dengan lambakan pemain import dalam kancah saingan Liga Malaysia musim ini.

27 March 2013

TERKINI : FAM Buat Keputusan Drastik

Kuala Lumpur 27 March 2013:

Presiden FAM hari ini telah mengarahkan Ketua Jurulatih skuad bolasepak Harimau Malaya iaitu K. Rajagobal untuk menyediakan satu senarai pemain yang akan dihantar berlatih secara intensif selama setahun di Israel bermula pada 22 April 2013.

Presiden dan Ahli Jawatankuasa FAM sedang menyampaikan cek hadiah RM50 ribu kepada K. Rajagobal

Tindakan ini bertujuan untuk memperkuatkan skuad bolasepak kebangsaan dalam usaha untuk meraih kejayaan yang lebih cemerlang dimasa akan datang. Tindakan ini diambil setelah Presiden FAM menganalisa hasil dari pertembungan perlawanan persahabatan skuad bolasepak Harimau Malaya dengan skuad bolasepak Palestin malam tadi yang berakhir dengan kemenangan skuad bolasepak Palestin sebanyak 2 gol tidak berbalas.

Pihak Israel telah bersetuju untuk menyediakan satu padang khas bolasepak yang penuh jerangkap samar (personel mines) dan dipasang IED demi untuk memastikan para pemain skuad bolasepak Harimau Malaya boleh mengelecek bola dicelah-celah jerangkap samar.

Ini adalah cara latihan terbaik yang telah diterima oleh skuad bolasepak Palestin selama ini dan pada pandangan Presiden FAM, latihan intensif ini amat sesuai juga diberikan kepada skuad Harimau Malaya. Latihan intensif ini tidak hanya akan diambil oleh para pemain dalam skuad bolasepak Harimau Malaya tetapi ianya juga akan diambil oleh kesemua anggota AJK FAM termasuk Presiden FAM itu sendiri.

Kos untuk latihan ini akan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah dana SL1M (Skim Latihan 1Malaysia) Kementerian Belia dan Sukan yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri Malaysia Puan Seri Rosmah Mansor.

(c) 2013 Nonama News Network (NNN)

25 January 2013

Gua Dah Mengadu Kat FIFA

Bhai... Setelah berbincang dengan kengkawan... Tadi... Petang tadi gua dah antar satu aduan kepada Sepp Blatter, Presiden FIFA...

Gua buat aduan pasai belum pernah dalam sejarah bolasepak dunia yang ditadbir dibawah FIFA, ada anggota FIFA yang membiarkan pasukan bolasepak membawa anggota keselamatan bersenjata api kedalam stadium bola...

Gua berharap FIFA akan menyiasat perkara ini dan kalu perlu mengambil tindakan drastik untuk menghentikan tindakan provokatif macam nih... Bolasepak adalah sukan dan bukan medan perang.

Aper-aper pon... Gua akan tetap desak FIFA siasat dan kalu perlu amik tindakan drastik sebab perkara ini agak kritikal. Gua akab cuba update nanti aper komen Sepp Blatter.

Bagi peminat bolasepak. Harap dapat bagi sokongan dengan sama-sama beramai-ramai hantar aduan kat FIFA pasai nih... Okeh...


23 January 2013

SPRM Pun Nak Main Bola?

Bhai... Hahaha... Lawak la... Cuma dalam beza sehari jer SPRM dah cakap berbelit... Hahaha... SPRM nak main bola jugak ker? Hahaha... Lawak betul lar....

Semalam kecoh dalam media yang katanya Ibupejabat SPRM mengesahkan tak ader hantar pegawai diorang untuk siasat pengadil perlawanan bolasepak antara Kelantan dan Johor Darul Takzim baru-baru nih... SPRM kata diorang tak tahu...

La nih.. Kuar plak berita yang katanya SPRM memang tahu ader pegawai penyiasat SPRM yang telah menyiasat para pengadil perlawanan bolasepak tue.. .... Hahaha... Biar betul nih...

Takkan pasai nak cover perangai bangan golongan VVIP kot sampaikan SPRM pon dah mula cakap berbelit.. Ini macam kalu memang sahlah SPRM langsung tabley dipercayai...

Lu tengok dua snapshot dibawah nih... Okeh...



22 January 2013

Bila Bola Dah Jadi Macam Politik Malaysia

Bhai... Nih aper punya citer nih... Camana boleh ader 4 orang yang menyamar jadi pegawaj SPRM pi kacau ganggu pengadil perlawanan bolasepak nih... Macam haram jer kan... Hahaha

Takkan la TMJ nak ugut pengadil perlawanan kot... Nampak macam tak logik jer... Takkan la dengan ader enam laras karbin Colt M4 tue tak cukup lagi nak kasi orang takut... Takkan perlu sampai nak menyamar jadi pegawai SPRM...

Aper-aper pon... Kredibiliti FAM sudah tercalar... Semenjak dua menjak nih... FAM dah jadi tak ketahuan... Sebab itu la gua dari dulu lagi memang tak suka dua jenis manusia nih terlibat dalam sukan bolasepak... Satu aderlah golongan Istana dan satu lagi aderlah ahli politik... Hancuss jadinyer...

Sebab itu la sukan bolasepak kat Malaysia nih jatuh merudumt tak kebah-kebah macam ayam berak kapur... Hahaha... Pasai dua jenis manusia tue.... Shooosh... Pi main jauh-jauh boleh tak... Jangan campurtangan bab sukan bolasepak...

Lagi lama lu orang duduk dalam sukan bolasepak... Lagi teruk mutu permainan... Dan lagi menyampah para peminat sukan kat Malaysia nih... Tolong blah la... Dan bawak sekali lu punya enam laras karbin Colt M4 tue ....

18 January 2013

TMJ : Salahguna Instrumen Awam

Bhai... Semua Sultan dan Raja-Raja Melayu nih ader bodyguard dier sendiri... Selain bodyguard, ader gak outrider dari pihak PDRM. Tue belum masuk lagi anggota Cawangan Khas dan MKN.... Dan tak masuk gak pemantauan sekeliling oleh MIO dan agensi lain....

Punya la ramai... Sekali Ketua Agama nih jalan... Berpuluh anggota keselamatan mengiringinya... Yang lu orang biasa nampak cuma sekitar sepuluh dua puluh orang... Tapi sebenarnya lebih dari tue... Hahaha...

Jadi... Aper perlunya GGK (Grup Gerak Khas) "katanya" lah perlu diturunkan untuk keselamatan Sultan Johor di Stadium bolasepak... Macam la tak cukup lagi anggota keselamatan yang ader mengiringi tue... Hahaha... Takder saper rakyat Malaysia nak tembak atau bunuh Sultan atau Raja-Raja Melayu... Buat rugi peluru jer... Walaupun sebijik peluru .38 cuma berharga sekitar 65 sen jer... Hahaha

So... Kalu stakat nak gunakan GGK untuk handle keselamatan pemain dan penyokong bolasepak Johor... Itu sudah kira salahguna instrumen awam... Salahguna tahap tertinggi... Memalukan GGK yang professional tapi kena jaga pemain dan penyokong bolasepak Johor... Hahaha

Hebat betul lar penyokong bolasepak Johor... Punya la hebat sampaikan GGK yang digunakan untuk jaga keselamatan diorang... Ini sungguh memalukan PDRM macam la diorang nih tak pandai buat kerja... Hahaha...

TMJ kena cari alasan lagi bagoosh la... Hahahaha

Gua ulang balik aaa... Kat Malaysia nih takder saper nak tembak Sultan dan Raja-Raja... Buat rugi peluru jer... Malaysia nih aman la... Belum pernah lagi dalam sejarah sebelum Kemerdekaan atau selepas Kemerdekaan... Ader Sultan atau Raja-Raja Melayu dibunuh oleh orang awam..

Kes Sultan Mahmud dibunuh oleh Megat Seri Rama tue citer lain... Tue pasai Sultan bodoh dok pi belah perut perempuan bini Megat Seri Rama pasai nak tengok betul ker anak dalam kandungan nak sangat nangka masak tue... Hahahaha... Tak tau la kalu ader lagi Sultan dan Raja-Raja Melayu yang sebengong dan sebangang nih.... Hahaha

29 December 2012

Undur Presiden Undur

Bhai... Kalu lu nak tau... Gesaan Under Presiden Undur nih skrang nih dah makin kerap disuarakan oleh pemimpin UMNO yang telah berbaiah dengan Muhyiddin Yassin... Memang makin galak seruan nih... Aper pon... Itu menunjukkan bahawa Najib Razak dah semakin tidak mendapat sokongan.... Stendet la kan... Tak gitue... Hahaha

Begitu juga dengan Persekutuan Bolasepak Kebangsaan (FAM) yang mana telah semakin lantang dari hari ke hari gesaan supaya Presiden FAM berundur dari kerusi nya dan meletakkan jawatan secepat mungkin...

Ini kerana setelah 28 tahun teraju FAM dikepalai oleh Sultan Bola.. Selama itulah juga prestasi pasukan bolasepak Malaysia kita makin merudum... Takder peningkatan ... Asik tergolek dog jer.... Hahaha.... Dah jadi macam jaguh kampung... Sampaikan pasukan bola sudah kehilangan taring dan tidak digeruni lawan.. Pastue boleh plak kena gelak dek pasukan lawan... Pasai boleh kalah dengan pasukan level cap ayam jer pon.. Bukan kalah dengan pasukan kuat pon... Hahaha....

Memang patut la Sultan Bola didesak untuk berundur... Hahaha... Takder gaya nak lead FAM kearah lebih berjaya... Aper daaa.... Maybe pasai banyak sangat makan kek kapla kuda lagi... Hahaha... Nak buat camana.... Babai dan sayonara buat Sultan Bola... Bagi la peluang otang lain yang berkaliber lead FAM...

28 November 2012

Cabaranmu Kuterima

Hahaha.... Cabaranmu kuterima wahai facebooker... Sila sahkan biler tarikh lu mau buat... Gua dan kengkawan jurugambar lain serta blogger akan buat satu siaran langsung... Hahaha.... Ekslusif...



21 October 2012

Kad Kuning Kad Merah

Bhai.... gua jarang tengok game sukan... ntah camana hari nih... gua boleh tengok game final Piala Malaysia 2012 antara ATM lawan Kelantan.... permainan dari satu segi agak bagoosh... semua rajin try... cuma di minit-minit terakhir....

Sekitar 20 minit terakhir... mula la kedua-dua team player main macam celaka... melambat-lambatkan... berlakon sakit...  main kasar.... dan macam-macam lagi... Memang la gua tau ader kejadian yang tak elok yang kedua-dua team buat... tapi... aper-aper pon... jangan la tunjuk sangat...

Macam player NorShahrul yang kena siku tue... gua tau la sakit... tapi belakon pon berpada la..... ini siap sampai diusung keluar padang oleh Medic.... tapi sesampai ditepi padang.. terus bangun daripada pengusung tanpa bantuan sesapa... dan berlari balik masuk dalam padang....  agak-agak la skit nak berlakon tue.... at least ... amik la masa seminit dua kat luar padang... baru la bangun dan masuk balik kedalam padang....

Aper daaa.....  itu satu ker... kes lain yang tunjuk samseng macam nak bergaduh pon ader... gua tau la tengah tensen... tapi wei,,, 1Malaysia tengok lar.... tunjuk la skit perangai bertamadun...  Aper-aper gua respek samer pengadil.... cool... bertenang... dan layangkan kad kuning .... cuma kalu ikutkan ... ader satu kes tue boleh kena kad merah... tapi pengadil tak nampak jelas... jadi kena kad kuning jer la yang belasah pakai siku tue.... hahaha

Anyway.... pada gua... patutnya lebih banyak kad kuning dilayangkan... pasai banyak sangat player yang berlakon dan melengah-lengahkan perlawanan...  ini tak bagoosh untuk sukan... ini cadangan gua... kalu ader player yang banyak kali berlakon sakit dan melengah-lengahkan game... patut kena kad kuning sekali... dan kalu buat lagi... terus kena kad merah....  sebagai peringatan keras supaya main dengan bagoosh... jangan main macam siot....

Aper pon tahniah kepada team Kelantan yang menang... dan juga tahniah kepada team ATM yang berjaya masuk final.... tahniah sekali lagi....

19 May 2012

Berbaju BERSIH Ke Stadium?

Pergh... dengor khabornyer ader peminat bolasepak sengaja nak menganjing FAM malam nih... hahahaha... katanyer diorang akan pakai baju BERSIH warna kuning tue dalam Stadium...

Ader yang dijangkakan akan bawak banner BERSIH FAM 1.0  .... heheheh

Kiter tengok aper akan jadi masa final Piala FA antara Kelantan ngan Sime Darby nih.... hahaha

Kononnyer.. diorang takkan pakai baju Harimau Malaya sebagai protes kepada FAM.. sebaliknyer diorang akan pakai baju kuning BERSIH  ... hahaha

Mampuih... ramai la lepas nih tido dalam lokap.....

05 April 2012

FAM Cari Nahas...

Hahaha... walaupun gua bukan penyokong Kelantan (gua orang Perak)... walaupun gua bukan penyokong Annuar Musa .... walaupun gua kureng minat bola dan apa-apa sukan melainkan Wrestling... tapi... cara dan sikap FAM yang dipimpin oleh sekumpulan manusia yang hebat memang gua tak stuju..

FAM cari nahas... FAM tabley nak dikritik... hahaha... macam bagoosh sangat FAM nih... hahaha... kalu bagoosh sangat FAM nih... dah lama dah kiter dapat masuk Piala Dunia... paling cikai pon kiter dapat anjurkan Piala Dunia (World Cup) kat Malaysia nih.... hahaha... baru la ader can kiter dapat free entry..

Tapi... masalahnyer... FAM memang mangkuk ayun.... dari kepimpinan atas sampailah kepimpinan bawah... semua lemau... bengap..

Biler orang kritik takmo terima... biler penyokong kritik marah... biler peminat bolasepak Malaysia komen... mengamuk.... bodoh betul la..

Patutlah FAM nih jadi bahan lawak jer kat luar negara.... Kepada pimpinan yang dah tua (panggilan kubur rasanyer dah dekat dah tue)... sila la kasi orang lain yang lebih berwibawa... hahaha... cukup la... takkan nak sampai menongkat langit...

Cukup la.... cukup la....

15 November 2010

Kecoh Bila Pengadilan Sukan Jadi Berat Sebelah

FAM... dan ramai lagi penyokong sukan bolasepak kat Malaysia nih (termasuklah orang UMNO/BN) yang kecoh bila pengadilan sukan jadi berat sebelah... ala... biasa la tue....

Ala... Ben Williams tue punya mutu pengadilan sukan bolasepak memang macam tue... tambah lagi biler berkait rapat dengan Malaysia....

Samer gak ngan SPR yang pengadilan perjalanan pilihanraya yang dikendalikannya berat sebelah... samer jer... tak ader beza... ader orang UMNO/BN kecoh... takder la.. so... aper der hal lu orang (UMNO/BN) nak komplen lebih-lebih biler Ben Williams buat macam tue dalam perlawanan bolasepak Sukan Asia... hahaha

Kalu SPR boleh bias kepada sesuatu pihak... macam tue la pulak dengan Ben Williams.... samer jer... takder beza... hahaha..

So... tak payah la FAM (yang rata-ratanya dikuasai oleh orang UMNO/BN) termasuk pimpinan utamanya yang memang sah karat biru UMNO tue untuk melatah dan komplen kat FIFA dan AFC... tak perlu... sebab kalu SPR (kat Malaysia) nih boleh buat macam itue... aper tah lagie dengan Ben Williams...

Ben Williams buat camtue pon.... sebab dier tak suka Malaysia.... hahaha.... sebab dier tahu.. mutu pengadilan kat Malaysia pon macam cilabet... hakim pon boleh kena beli... inikan pulak SPR dan Pengerusinyer... hahaha....

Aper der hal....

Baca Sini : Ben Williams diisytiharkan sebagai Pengerusi SPR yang baru

27 April 2010

Mara Dan Terus Mara

Kekalahan tue kira macam perkara biasa la... dalam lawan bola pon.. bukan semedang Brazil menang... bukan gak semedang Argentina atau England menang... tapi... biasa la... ada time kita menang... ader time kita kalah... tapi kita kena mara dan terus mara...

Kalu kita main bola.. tapi kita menang pasai kita rasuah pengadil... kita ubah tiang gol... kita sogok pemain simpanan supaya belot... kita umpan penjaga air dengan duit supaya dier taruh serbuk buah "Malakian" dalam teh para pemain... hehehe... sure kita menang tue tak best punya.. sebab penuh dengan penipuan... betul dak... tak kira la kita ader pemain seperti Christiano Ronaldo, Ronaldinho, Ballack atau Beckham ker.... hahaha.... tapi kalu kita perdajai pemain lawan dan kita menang... memang tak best la...

Tapi... kalu kita menang pasai kita main takder curi ayam.. tak tipu... tak sogok.. main berhati mulia... tapi kita main secara profesional.. terhormat dan penuh dengan skil main bola dengan bagus.. tentu kita puas hati atas kemenangan kita...

Tentu jugak FIFA dan seluruh peminat bolasepak seluruh dunia akan respek kepada pasukan kita.. walaupun pasukan kita berkaki ayam ketika bermain bola di World Cup 2014 ... yer la ... nak beli kasut Adidas atau Nike pon tak mampu... abis kuat pon boleh pakai kasut ASADI atau BATA jer... hahaha

So... kesimpulannya... mana best .... main tipu ker... main professional... lu tanya diri lu sendiri la...

Gua sokong pasukan dari Cote d'Ivore ... hahaha .....

Oh yer.... nanti gua nak tanya Sepp Blater (Pengerusi FIFA)... kenapa aaa.. ASIA nih terlalu besar.. kenapa tak bagi pecahkan lagi ASIA nih kepada 3 kumpulan.. supaya ader ramai lagi pasukan ASIA dapat bertanding di World Cup. Tak aci la camnie...

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1