Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Ascot Sport. Show all posts
Showing posts with label Ascot Sport. Show all posts

08 June 2010

Bodoh Apa

- Bodoh apa Vincent Tan nak buat press conference pasai Ascot Sport dan Judi Sukan nih kalu lesen belum muktamad...
- Bodoh apa Vincent Tan nak merayu kat semua negeri Pakatan Rakyat pasai pertaruhan judi sukan nih kalu lesen belum muktamad...
- Bodoh apa Vincent Tan nak derma RM525 juta kalu lesen belum muktamad...
- Bodoh apa Vincent Tan dok arahkan semua pejabat Sport Toto bersedia untuk terima pertaruhan kalu lesen belum muktamad...
- Bodoh apa Ketua Polis Negara dan Pengarah D7 sebok-sebok arahkan pegawai siasat semua premis perjudian ... kalu lesen belum muktamad..
- Bodoh apa Sport Toto submit kat PBT borang tambah cabang bisnes kalu lesen belum muktamad...

Bodoh apa la kita disuruh percaya bahawa Najib Razak belum kasi muktamad lesen tue..... giler aper... duit bhai.. duit.. sehari boleh bikin RM1.7 bilion untung... aper kejadahnyer belum muktamad....

Tak payah nak tipu orang la... orang UMNO/BN boleh la kena tipu... orang lain... susah skit la... hehehe

Oh yer... gua "betting" Ivory Coast akan masuk semi final la... itupon kalu Drogba yang injured tue sudah ok skit... hehehe .. satu lagi team akan masuk semi final... adalah Korea Selatan...

07 June 2010

Judi Sukan

Bhai... susah sangat la nak kasi Vincent Tan (Vinsetan) nak paham pasai apa rakyat Malaysia bantah judi sukan nih... pelik aa... pasai susah sangat... benak sangat hati tue.. banyak makan semut.. hahaha..

Camnie la Vincent Tan oooi.... sepatutnya lesen untuk judi sukan tue bukan bagai kat lu sorang jer... mana boleh ader monopoli... nasib baik bukan kat US... kalu kat US.. sure lu kena dakwa kat Mahkamah dibawah undang-undang Anti Monopoli...

Sepatutnya... lesen judi sukan diberikan kepada lebih ramai lagi operator... baru la Kerajaan Malaysia boleh dapat duit banyak... hahaha... Yer la.. orang Singapura pon boleh gak join main judi sukan nih.. hahaha.. sebab kat Singapura takder...

Wei.. lu tau dak.. kalu kat Malaysia nih ader 14 operator judi sukan... berapa agaknyer la keuntungan yang akan didapati oleh Kerajaan... senang la pengaliran wang asing masuk kenegara nih... untung oooo... dan bolehlah 1Malaysia mendapat tempat didalam Guiness World Record sebagai negara Asia yang pertama memberikan lesen judi sukan kepada 14 operator... boleh berbanga la kalu camtue...

MACAU pon sure jeles punya... hahaha...

28 May 2010

Selangor Sudah Buat, Kedah Dan Pulau Pinang Bila Lagi

Selangor dah mulakan untuk menyekat pertaruhan judi sukan daripada beroperasi didalam negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakya... dengan menggunakan peruntukan sediaada dalam Undang-Undang Kerajaan Tempatan.

Selangor sudah buat, Kedah dan Pulau Pinang bila lagi nak bermula nih... gua tak sabar nak tengok semua negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat bertegas dalam bab pertaruhan judi sukan nih... yer la... di negeri-negeri nih.. kedai Sport Toto masih ader lagie... jadi option terbaik... cuma dengan tidak membenarkan sebarang pertaruhan judi sukan dibuat dinegeri yang terbabit..

Kalu Ascot Sport milik Vincent Tan nak buagt jugak.. dier kena guna medium lain...

Setahu gua la... semua kad kredit di Malaysia tidak membenarkan penggunaan kad kredit tempatan untuk pembelian pertaruhan judi sukan.. tapi tak tau la kalu kali nih.. Vincent Tan berjaya deal dengan penyedia kad kredit nih...

So... kalu dier nak terima pertaruhan secara online... ada dua option jer.. satu... menggunakan kad kredit.. satu lagi menggunakan direct deposit/bank transfer... so....kalu option kad kredit digunakan... kita boleh boikot kad kredit yang bekerjasama dengan Vincent Tan tue....

Contoh... katakanlah Maybank punya kad kredit membenarkan pertaruhan dibuat... jadi.. gua harap semua yang prihatin... akan tamatkan kad kredit Maybank diorang sebagai membantah Maybank dijadikan platform pertaruhan..

So.. kalu Ascot Sport terima pertaruhan guna direct deposit/bank transfer... yang ini payah skit kita nak boikot... sebab yer la... dier dikira macam kita masukkan duit dalam akaun milik sesapa la... susah skit.. tapi.. kalu nak boikot jugak... memang boleh... kita antar bantahan kepada MEPS dan FPX serta Bank Negara Malaysia.... itu jer...

So.. apa lagi... mari kita teruskan usaha...

24 May 2010

Al Ustaz Zambry Kadeer

Pergh.... Zambry Kadeer dah mula bercakap pasai agama.... payah.. payah.. tau pulak dier yang mana halal dan yang mana haram... abis tue yang dier buat selama nih... mengambil yang bukan hak tue sebagai Menteri Besar Perak tak kira haram jugak ker... hahaha...

Memang la kalu dah jenis lidah bercabang... hahahaha..

Woi... sebelum lu nak jadi Al Ustaz Zambry Kadeer... lu kena ingat skit... lu nak kutuk geng-geng yang bantah judi... siap lu smash konon tak boleh orang Islam sebut perkataan Judi Halal... hahaha... lu kena ingat... Bos lu la yang kasi halalkan judi sukan tue.... takkan la lu tak tau bos lu Najib Razak yang kasi lesen kat Ascot Sport tue..

Poodah la Zambry Kadeer... tengok muka skit la kalu nak cakap pasai halal haram.... lu mana ader kira halal haram... semua lu sudah redah... lu sendiri tarak guna pendekatan Islam... lagi mau cakap pasai Islam.... Poodah Chit....

Lu cakap ini macam kalu... sudah kasi malu sama itu Mufti sama Sultan kalu....

19 May 2010

Pemuda PAS Memang Kayu

Bhai... ini yang gua nak marah sangat nih... biler gua dapat tau Pemuda PAS memang kayu.. Kalu Pemuda UMNO kayu tue.. memang gua tak heran.. tapi biler Pemuda PAS sendiri memang kayu... tue yang naik meruap marah gua nih.... Bodoh.. lembab... tak proaktif ... dan .... errr.. tak tau la nak tulis aper lagie...

Woi Pemuda PAS ... World Cup 2010 akan mula pada 11 Jun dan abis pada 11 Julai ....

Jadi... kalu nak buat bantahan besae-besaran ker... antar memo ker... aper kena tunggu sampai dah pertengahan musim World Cup 2010... bodoh ker aper... masa tue judi sukan nih dah pon jalan.... Aperla pasal bengap sangat nih... banyak makan semut nih... pasai tue la... lebih kayu dari Pemuda UMNO....

Atau ... Pemuda PAS dah diresapi oleh geng UG.. jadi terpaksalah menari ikut rentak UG (Kerajaan Perpaduang).... pundek la kalu camnie...

Kalu macam nih.. baik tak payah nak bantah... baik relakan sajer... atau geng-geng Pemuda PAS dah dapat syer dari Ascot Sport kot.... mana la tau.... (gua bukan nak fitnah aaa.... jangan jadi bodoh... baca out of context)...

Nih aper yang gua amik kat Harakahdaily.. lu baca dan pahamkan...

"1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat .

Pertama : Himpunan 3 Julai 2010

Himpunan Besaran - besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja - Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut .

Kedua : Himpunan 21 Mei 2010 [ jumaat ]

Himpunan besar - besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini .

Ketiga : Memorandum kepada Mufti - Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 June ]

Satu rally Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri akan menganjurkan satu siri penyerahan Memorandum Bantah Lesen Judi tersebut kepada mufti - mufti di setiap negeri sepanjang tempoh sebulan ini dari 21 Mei hingga 21 June 2010 . Mendesak agar mufti - mufti negeri membawa isu ini ke Majlis Mufti Kebangsaan lalu mendesak kerajaan agar menarik balik kelulusan Lesen Judi Bola yang telah dianugerahkan kepada Berjaya Group .

Keempat : Roadshow Mendidik rakyat [ sepanjang tempoih 21 Mei hingga 30 June ]

Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan mengadakan Roadshow ke seluruh negara dalam tempoh sebulan ini bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keburukan dan kesan negatif judi bola yang akan dilaksanakan ini sekaligus mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam perangkap judi yang diharamkan oleh semua agama .

Kelima : Edaran Risalah Hindari Judi

Risalah Hindari Judi [ Ya untuk Bola , Tidak untuk Judi ] akan diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri - negeri kepada semua khasnya peminat sukan bolasepak terutamanya di sepanjang musim FIFA WORLD CUP dan EPL pada musim depan .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan memanafaatkan segala ruang dan peluang yang wujud sepanjang tempoh itu untuk menganjurkan apa jua tindakan berkesan ke arah mendesak Kerajaan menarik balik lesen judi yang telas diluluskan itu . Dalam masa yang sama peranan besar Dewan Pemuda PAS Pusat ialah mendidik rakyat agar menyedari keburukan judi lantas menjauhkan diri daripadanya .

3. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan penyertaan semua warga prihatin termasuklah badan - badan bukan kerajaan dan juga golongan non muslim agar turut menjayakan hasrat rakyat yang insaf dan sedar tentang implikasi buruk dari angkara judi tersebut .

Keterangan lanjut boleh hubungi sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di talian : 03 269 25000

Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat."

13 May 2010

Ascot Sport Mendapat Persijilan Halal Jakim

Tahniah la gua nak ucapkan.... Pertama sekali kepada Vincent Tan... sebab syarikat dier.. Ascot Sport telah mendapat persijilan halal Jakim. Ini memberi peluang kepada Ascot Sport menyediakan khidmat judi bolasepak Piala Dunia 2010 Afrika Selatan....

Kedua... gua nak ucapkan tahniah jugak kepada Vincent Tan... sebab syarikat dier.. Ascot Sport adalah satu-satunya syarikat judi yang mendapat persijilan halal dari Jakim mengikut keperluan ISO 9001/2010 dan 14000/2010 .... tahniah....

Ketiga ... gua nak ucapkan tahniah kepada Vincent Tan ... sebab berjaya melobi lesen dan persijilan halal ini untuk syarikat judi beliau... tahniah...

Keempat... gua nak ucapkan tahniah kepada semua pengguna/pelanggan/agen/pemegang saham Cosway, ECosway, UMobile, Kenny Roggers Roaster dan lain-lain syarikat yang bernaung dibawah Berjaya Group atas sokongan anda semua (Islam atau tidak) untuk memastikan keberjayaan persijilan halal untuk judi sukan bolasepak yang dilobi oleh Vincent Tan... pemilik Berjaya Group.

Kelima.... Gua nak ucapkan tahniah kepada Najib Razak kerana sudi untuk memberikan lesen judi sukan kepada Berjaya Group milik Vincent Tan....

Keenam.... Gua nak ucapkan berjuta-juta terima kasih dan tahniah kepada Mufti Perak Harussani Zakaria kerana telah memimpin bacaan doa selamat untuk Ascot Sport menjalankan judi sukan bolasepak ini....

Ketujuh... Gua nak ucapkan jugak tahniah kepada sotan yang memberikan pengat pisang kepada Vincent Tan... kalu tak ader pengat pisang... macam mana nak laju bisnes...

Kelapan... Gua nak ucapkan tahniah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan kerana bersetuju (hangpa diam kira bersetuju la) atas pengurniaan dan pemberian sijil halal kepada Ascot Sport untuk jalankan judi sukan bolasepak....

Kesembilan... Gua nak ucapkan tahniah kepada Jakim dan Halal Hub kerana kerjasama yang mereka berikan...

Kesepuluh.... Gua nak ucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada semua para pengundi yang mengundi Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO termasuklah orang-orang Melayu Felda (Hulu Selangor) yang telah menolak taubat Zaid Ibrahim tetapi menerima dan membenarkan serta terlibat secara tidak langsung dengan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sport.

.... hehehe... Dosa hangpa semua.. hangpa tanggung sendiri... gua dah lama mufaraqah dengan hangpa.... dan gua tak pernah terlibat dengan hangpa...

P/S .... Jangan Lupa aaa... nanti tolong kasi sama lesen pelacuran plak... kira suruh Jakim bagi sijil halal kat industri pelacuran la pulak..... hahaha... baguih.. baguih.. semua nih saham neraka....

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Menyaksikan, saksikanlah bahawa gua selamanya menolak UMNO/BN bukan atas sebab yang lain melainkan sebab UMNO/BN adalah sesat lagi menyesatkan... Amin"

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1