Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Sijil Halal. Show all posts
Showing posts with label Sijil Halal. Show all posts

16 September 2024

Yerlah Tu...

Bhai/DeeDee semua...

Ini satu lagi mangkuk.... dier kata ini semua sebab salah terjemahan... apa dier ingat orang Malaysia bodoh sangat ka?? 

Yang bodoh tue WalaNON dan Bangsa Slurpp ja.... orang lain semua dah bijak....  WalaUN yang dulu bodo pon dah bagoosh sikit .. dah atas sikit dari WalaNON dan Bangsa Slurpp...

Kah Kah Kah

Ingat semua orang bodoh macam WalaNON ka???


08 September 2024

Damage Control Ka? Hahaha

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... benda ni biasa... Mana-mana PM pun akan buat damage control... betul la tue... Kita takmo ader pihak-pihak yang bercakap tak guna otak...  berfikir di luar otak...

Hahahaha

Teresa Kok - jangan berfikir di luar otak


06 September 2024

Benda Mudah Pun DAP Buat Jadi Payah Ke?

Bhai/DeeDee semua...

Benda nih simple jer sebenarnya... Kalu mana-mana kedai makan atau restoran nak terima pelanggan dari Orang Islam... maka perlu ader Sijil Halal.....

Kalau taknak terima pelanggan dari Orang Islam... jangan la amik...

Simple ... mudah jer perkiraannya.... tapi la nih kan... orang yang mengaku Islam la pulak yang akan bekap puak-puak Kapir nih..  jadi barua.... Hahaha .. Walhal kan elok ader sistem Sijil Halal...



17 May 2023

Mulanya Memang Halal

Bhai/DeeDee semua...

Gua tak nafikan usaha mengimpot daging lembu halal dari Korea nih... yeah... jika ianya penuhi standard piawaian yang ketat, selamat dan halal .. apa salahnya...

Cumanya .... dalam dunia perniagaan... bila ada sesuatu yang menguntungkan... pastinya akan ada pihak yang akan mengejast bagi lagi untung... maka akan masuklah segala tipu daya makneka yang akan memberikan untung lebih berganda....

Macam kes Kartel Daging la... yang katanya bawak masuk (import) daging Kanggaru.... hahahaha

Naya wei....  Benda camnie gua dah tak terkejut kalu terjadi di Malaysia... sebab rasuah dan salahlaku cukup kronik dalam banyak cabang perkhidmatan di Malaysia.... ingat lagi tak dalam kes Kartel Daging itu hari... siap timbul isu rasuah seks kepada pegawai persijilan halal lagi....

Korang ader dengar ker hukuman syariah diambil kat pegawai persijilan halal yang dapat rasuah seks nih?? Takder kan?? semuanya senyap jer... Hahaha... kalu pegawai yang handle persijilan halal pon boleh amik ringan bab zina .... gua tatau la nak cakap apa...

Huhuhuhu

=================
Buat konten video YouTube anda dengan mudah dalam masa 5 minit : https://bit.ly/3KEuTHL
Bisnes Online Guna Whatsapp? Mudahkan proses dengan : https://bit.ly/3Kp3RTD
Dapatkan Bitcoin Percuma Setiap Saat Anda Melayari Internet Browser : https://bit.ly/44xF74S
Dapatkan MoneroCoin FREE sekarang : https://bit.ly/3MaSQaJ

Daging Lembu Hanwoo


25 December 2020

Kerja Kosong Untuk Walaun

Bhai/DeeDee semua...

Hahaha... Isu Halal yang kecoh baru nih bukanlah sebab tak cukup kakitangan.... Tapi sebab kakitangan yang ader... terutama yang berpangkat besar... melakukan rasuah... rasuah duit, rasuah seks, rasuah harta benda....

Itulah isu sebenarnya...

Bukan sebab tak cukup kakitangan.... Kita selama ini memang tahu kakitangan penguatkuasaan halal memang tak cukup... memang tak ramai.... sebab itu proses pemantauan susah nak dilakukan... terpaksa harap kat maklumat awam jer...

Ini memang kita faham...

Tapi... kalu la ader ramai kakitangan penguatkuasaan halal sekalipun... kalu yang paling berkuasa... yang kat atas-atas... yang pangkat besar buat rasuah... tak guna lah jugak... serupa tak guna... Tambah lagi yang buat rasuah tue semuanya Melayu yang mengaku Islam.... Hahaha... Lagilah macam haramjadah...

Huhuhu...

Nampak sangat la cadangan nih saja nak bagi peluang kerja kosong buat walaun.... hahahaha



26 January 2014

Peanut Butter Diragui Tidak Halal

Perhatian: 

Adakah anda penggemar "Mentega Kacang" @ "Peanut Butter"?

Jika iya, adakah anda tahu bahawa tidak ada satu pun produk mentega kacang yang ada di pasaran hari ini mempunyai logo halal JAKIM dan juga persijilan halal JAKIM. Ianya tidak termaktub sama ada dari jenama ternama tempatan mahu pun jenama asing.


Setakat ini hasil pemerhatian saya, semua produk mentega kacang yang ada di pasaran mempunyai "product of origin" yang sama iaitu dari Negara China. Dan setiap pengekspot dan pengedar menggunakan bermacam-macam persijilan halal yang agak meragukan.

Oleh itu, saya (CipanTapirTenuk.Blogspot.Com @ C++) mengalakkan anda semua membuat semakan dan pemerhatian yang rapi serta dapat memberhentikan sementara pengambilan mentega kacang sebagai diet harian anda bagi mengelakkan sesuatu yang diragui status kehalalannya.


Halalan Thoyyiban (halal lagi bersih) adalah satu keperluan dan kemestian. Malah mencari yang halal lagi bersih itu adalah satu kewajiban yang dituntut. Malah terdapat arahan yang jelas sama ada didalam Al Quran mahupun didalam Hadith Rasulullah s.a.w berkenaan perkara halal dan haram ini termasuklah perkara yang diragukan mahupun yang syubahah.

Artikel ini sekadar memberi peringatan kepada anda semua dan ianya bukannya bertujuan untuk menjatuhkan atau mensabotaj mana-mana pihak mahu pun produk yang berkaitan dengan mentega kacang.

Fikir-fikirkanlah.. (Sekiranya anda tahu mana-mana produk mentega kacang yang mempunyai logo halal JAKIM, sila beritahun saya, terima kasih).


Gua dah jumpa peanut butter yang ader logo Halal JAKIM ... Yang diberi nama SunBear (Lepa Kacang)... Produk hasilan dari FELDA







27 August 2012

Hai Peng Kopitiam Tidak Halal

Bhai.... benda nih dah lama dah gua nak tulis... tapi biasa la... asik jer termiss.... hahaha... Nih ader satu kopitiam milik Cina di Kemaman yang paling dikatakan paling glamer... pergh... hebat bhai.... ramai orang datang kat sini... dari yang tua sampailah yang muda....nama dier Hai Peng Kopitiam ...


Yang lagi best tue.... lebih ramai pengunjung dikalangan warga Melayu (maybe Muslim kot) yang singgah makan minum kat sini.... cukup hebat kopitiam nih... pagi-pagi lagi dah dibukak kopitiam nih.... penuh memanjang sampai ke petang...

Gua tak pernah makan dan minum kat sini ... pasai dari mula lagi gua bab halalan toyibban nih memang concern... geli tekak gua.. hahaha... tak lalu nak makan kot.... sebab setahu gua mana ader kedai kopitiam yang dapat persijilan Halal... errr... sebab gua tau.. cukup susah nak dapat persijilan halal nih... sebab banyak prosidur...

Gua dah dengar macam-macam orang citer pasai kopitiam nih... pasai kopi yang dier buat... cara mana dier buat kopi... gua ader sorang pakcik yang kerja sebagai pemasak kopi di Kilang Kopi Che Nah di Teluk Intan, Perak.... dier pernah citer tentang proses memasak dan menggoreng kopi... dulu pakcik gua nih kerja kat satu kilang kopi milik Cina kat Taiping... kat Pokok Assam.... kat sana la dier diajar camana nak proses kopi nih... Dan dier pernah kata yang ader satu ingredient tue dier tak tau amender nyer (dalam bentuk serbuk) yang dicampur masa nak goreng dan masak kopi (membuat kopi) sebelum proses menghancurkan biji kopi dibuat..

Jadi... that's why lar gua cukup cuak ngan isu kopi nih....  Hari nih... biler gua baca tentang isu Kopitiam di Terengganu tiada sijil halal... hahaha... lagi membuak lar gua nak citer....

Kepada sesapa yang pernah makan.. dan suka makan kat kopitiam nih... hahaha.... err.... macam la takder kedai makan dan restoran milik orang Melayu (err maybe Islam la kot) yang bercambah kat sekeliling lu... paling cikai pon.. pi la restoran milik Rufaqa ker... at least... ader konpiden halal..... hahaha... tapi tak tau la ... isu halal nih susah nak cakap.. walaupun restoran tue tak halal (dah tau pon tak halal)... masih ramai lagi orang Melayu (err.. Islam ker diorang nih) yang dok pegi mentekedarah kat restoran tue... hahaha...

Yang best tue... lu ingat orang PAS tak pergi ker makan kat kedai Hai Peng Kopitiam nih... hahaha... ramai ooooo yang pegi.... hahahahahahahahaha

13 May 2010

Ascot Sport Mendapat Persijilan Halal Jakim

Tahniah la gua nak ucapkan.... Pertama sekali kepada Vincent Tan... sebab syarikat dier.. Ascot Sport telah mendapat persijilan halal Jakim. Ini memberi peluang kepada Ascot Sport menyediakan khidmat judi bolasepak Piala Dunia 2010 Afrika Selatan....

Kedua... gua nak ucapkan tahniah jugak kepada Vincent Tan... sebab syarikat dier.. Ascot Sport adalah satu-satunya syarikat judi yang mendapat persijilan halal dari Jakim mengikut keperluan ISO 9001/2010 dan 14000/2010 .... tahniah....

Ketiga ... gua nak ucapkan tahniah kepada Vincent Tan ... sebab berjaya melobi lesen dan persijilan halal ini untuk syarikat judi beliau... tahniah...

Keempat... gua nak ucapkan tahniah kepada semua pengguna/pelanggan/agen/pemegang saham Cosway, ECosway, UMobile, Kenny Roggers Roaster dan lain-lain syarikat yang bernaung dibawah Berjaya Group atas sokongan anda semua (Islam atau tidak) untuk memastikan keberjayaan persijilan halal untuk judi sukan bolasepak yang dilobi oleh Vincent Tan... pemilik Berjaya Group.

Kelima.... Gua nak ucapkan tahniah kepada Najib Razak kerana sudi untuk memberikan lesen judi sukan kepada Berjaya Group milik Vincent Tan....

Keenam.... Gua nak ucapkan berjuta-juta terima kasih dan tahniah kepada Mufti Perak Harussani Zakaria kerana telah memimpin bacaan doa selamat untuk Ascot Sport menjalankan judi sukan bolasepak ini....

Ketujuh... Gua nak ucapkan jugak tahniah kepada sotan yang memberikan pengat pisang kepada Vincent Tan... kalu tak ader pengat pisang... macam mana nak laju bisnes...

Kelapan... Gua nak ucapkan tahniah kepada Majlis Fatwa Kebangsaan kerana bersetuju (hangpa diam kira bersetuju la) atas pengurniaan dan pemberian sijil halal kepada Ascot Sport untuk jalankan judi sukan bolasepak....

Kesembilan... Gua nak ucapkan tahniah kepada Jakim dan Halal Hub kerana kerjasama yang mereka berikan...

Kesepuluh.... Gua nak ucapkan berbanyak terima kasih dan tahniah kepada semua para pengundi yang mengundi Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO termasuklah orang-orang Melayu Felda (Hulu Selangor) yang telah menolak taubat Zaid Ibrahim tetapi menerima dan membenarkan serta terlibat secara tidak langsung dengan pemberian lesen judi sukan kepada Ascot Sport.

.... hehehe... Dosa hangpa semua.. hangpa tanggung sendiri... gua dah lama mufaraqah dengan hangpa.... dan gua tak pernah terlibat dengan hangpa...

P/S .... Jangan Lupa aaa... nanti tolong kasi sama lesen pelacuran plak... kira suruh Jakim bagi sijil halal kat industri pelacuran la pulak..... hahaha... baguih.. baguih.. semua nih saham neraka....

"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Menyaksikan, saksikanlah bahawa gua selamanya menolak UMNO/BN bukan atas sebab yang lain melainkan sebab UMNO/BN adalah sesat lagi menyesatkan... Amin"

23 August 2009

Senarai 27 Hotel Halal Jakim

La nie kita semua tertanya-tanya... mana dier senarai 27 hotel halal yang diiktiraf oleh JAKIM ... takkan tak boleh publishkan senarai tue..

Khabarnyer ader sekitar 2000 hotel di seluruh Malaysia... tapi cuma 27 hotel jer yang tersenarai dalam senarai hotel yang halal. Susah sangat ker hotel-hotel nie nak dapatkan pengesahan sijil halal....

Promo bufet berbuka puasa macam nak rak... siap berlawan sana sini.. mana yang hebat... mana yang menunyer pelbagai.. mana yang chef dier International dan ader nama... sesetengah tue siap ader 1001 jenis lauk dan kuih... giler ker apa.

JAKIM pun satu... susah ker nak publishkan senarai 27 hotel halal mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh Jakim sendiri... takkan takut kena saman kot... Patutnya hotel-hotel nie tak boleh nak saman Jakim.. pasai diorang sendiri yang tak nak dapat pengiktirafan sijil halal...

Puasa kena bersih... suci... termasuklah amalan, perbuatan, makanan dan minuman... semua kena halal lagi suci.... halalan tayyiban.... baru ler diterima amalan puasa itu sendiri...

Ini dah la amalan pon kurang... makanan pulak tak halal.... huh.. apa guna puasa kalu cam tue...

20 June 2009

Larangan Menunaikan Haji

Pernah satu ketika Rasulullah s.a.w disekat daripada menunaikan haji pada tahun itu.... Apa yang pasti walaupun ada bantahan dipelbagai peringkat... namun Rasulullah s.a.w menerima sekatan itu atas sebab-sebab yang kita semua sedia maklum.

Kini ada beberapa pihak mencadangkan urusan haji tahun ini disekat demi untuk mengelakkan malapetaka wabak selsema babi (H1N1) daripada menular tanpa sekatan.

Dagi segi maslahat umum dan kesihatan, langkah menyekat urusan haji tahun ini adalah satu langkah yang bijak yang mana bertepatan dengan hukum yang Allah S.W.T tetapkan iaitu mengelakkan dari maslahat umum.

Namun ada pihak yang kurang bersetuju malah membangkang usaha sekatan urusan haji tahun ini yang pada pandangan peribadi gua cuma kerana kepentingan peribadi, ekonomi dan kewangan pihak tertentu.

Umum sedia maklum bahawa Kerajaan Arab Saudi memang mendapat laba yang banyak hasil daripada urusan haji dan perdagangan musim haji setiap tahun. Jadi mana mungkin boleh dibiarkan urusan haji disekat kerana memikirkan keuntungan yang akan lesap kali ini.

Oleh yang demikian, maka gua berpandangan bahawa Ulama berpengaruh di Arab Saudi, Sheik Abdul-Mohsen al-Obaikan terkhilaf dalam menentang usaha menyekat urusan haji kali ini. Beliau patut merujuk kembali kedalam Al Quran dan Sunnah untuk memastikan pandangan beliau selari dengan peruntukan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T dalam mengelakkan malapetaka wabak daripada menular.

Kesimpulannya, sekatan urusan haji tahun ini adalah wajar selari dengan kaedah fiqh demi mengelakkan maslahat yang lebih besar.

Baca Sini : Ulama bantah larangan haji

19 June 2009

Sesal Dulu Pendapatan

Peribahasa melayu... memang best...

Sedal dulu pendapatan... sesal kemudian tidak berguna... hahahaha... Harapnya janganlah peribahasa ini terkena kepada Parti PAS .. takut kalau jadi camtue... rasanya ramai ahli PAS peringkat bawahan nie berpindah join DAP.... tak percaya cuba la...

Rasanyer setakat nie DAP amat konsisten dalam hubungan diorang dengan UMNO/BN..... diorang memang tak berminat nak berselingkuh dengan UMNO/BN ... biarpun UMNO/BN dah bertelanjang bogel tanpa seurat benang dan menggiurkan didepan mata..

Seks dengan UMNO/BN nie memang tak lebih macam seks dengan pelacur RM15 kat Chow Kit atau Bukit Bintang... pakej RM15 nie stock yang dah takder gigi... hahahaha) .... memang tak best punya... buat apa la ader mangkuk-mangkuk dalam PAS terhegeh-hegeh nak buat seks dengan UMNO/BN nih..... penyakit banyak ooooo.. dari HIV+, AIDS, Gonorhea, Sifilis dan bermacam lagie termasuklah sopak, kudis buta dan nanar.

So.. daripada PAS nak buat seks ngan UMNO/BN... baik la jaga perkahwinan diorang dengan dua bini yang dah ada tue baik baik... Ader dua bini cun, mantop, seksi dan menggiurkan pun masih lagi ader hati mau cari makan luar... bodoh ker apa....

UMNO/BN tue dah macam pelacur tua kerepot, gemuk nak mampus cam Rosmah, tetek selambak tak tentu hala (lemas dengan hantu kopek nanti), bau ketiak masam, mulut penuh sireh dan kapur..... tue lagi yang nak dikejar... pelik sungguh gua...

Jadi nasihat gua.... jagalah dua bini yang halal tue daripada lu berzina dengan pelacur UMNO/BN walaupun pelacur tue dah kenakan mandrem yang paling hebat untuk lu... itu semua penyakit tue....

10 June 2009

Sijil Halal Kementerian Kesihatan Malaysia?

Hahaha...

Sejak biler Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) keluarkan sijil halal? Bukan ker JAKIM atau badan agama yang kuarkan? Bukan ker Halal Development Corporation (HDC) keluarkan sijil halal?

Lepas nie banyak la sijil halal berlambak dipasaran... KKM boleh kuarkan.. so jabatan lain pon boleh...

Apa kata Masjid ataupun Surau kuarkan sijil halal.... kan mudah bagi syarikat untuk dapatkan sijil halal....

KKM nie bodo ker apa?

Baca Sini : KKM sahkan ACYW135 halal

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1