Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Kaunseling. Show all posts
Showing posts with label Kaunseling. Show all posts

08 March 2021

Keganasan Rumahtangga Sesuatu Yang Terjangka

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak dua menjak nih kita lihat kerap berlakunya episod keganasan rumahtangga berlaku di Malaysia. Sama ada ianya dilakukan oleh suami atau juga oleh isteri. Jangan kita ingat hanya suami sahaja yang melakukan keganasan rumahtangga. Ada juga keadaan keganasan rumah tangga dibuat oleh isteri.

Namun untuk tidak menafikan juga... semua ini kebanyakannya ada kaitan dengan elemen ketiga... sama ada dari keluarga terdekat ataupun rakan taulan...

Memang bahaya keganasan rumahtangga nih sampaikan boleh membawa maut... sama ader maut tersebut disebabkan oleh kesan keganasan itu sendiri (tersengaja bunuh) ataupun dari sudut yang lain (membunuh diri).

Kalau nak dikira dengan kecederaan... itu sudah dikira biasa... dalam semua kes berkaitan keganasan rumahtangga... kecederaan pada mangsa adalah normal.. mesti akan berlaku kecederaan fizikal... penderaan fizikal... itu belum masuk lagi penderaan mental.... yang ini lebih trauma..

Dari apa yang gua lihat... bukan status kewangan sahaja yang menjadi punca.... tapi juga elemen lain... Memang peratusan paling besar keganasan rumahtangga disebabkan masalah kewangan... sama ader hilang pekerjaan, dibuang kerja atau lain-lain masalah sosial (judi, dadah, arak dan maksiat) tapi banyak juga kes keganasan rumah tangga yang berlaku pada yang tiada masalah kewangan... Ini menunjukkan bukanlah 100% masalah kewangan menjadi punca...

Jangan terkejut kalu kita juga boleh melihat elemen ketaksuban (politik, agama, pemimpin) juga boleh menjadi sebab berlakunya keganasan rumahtangga... Sejak tahun 80'an lagi berlaku keganasan rumahtangga disebabkan perbezaan pendapat terhadap politik, agama atau pemimpin.... Ini banyak berlaku disebabkan elemen taksub yang melampau... Dan ini bahaya...

Kebelakangan ini ketaksuban terhadap agama dilihat juga menjadi satu asas kepada berlakunya keganasan rumahtangga... Salah tafsir dan penyalahgunaan ayat-ayat Al Quran dan Hadith dilihat menjadi punca dan sebab berlakunya keganasan rumahtangga... Ada kes keganasan rumahtangga berlaku hanya disebabkan kes kecil seperti tidak mahu memasak .... mangsa maut akhirnya... hanya disebabkan ketaksuban dalam mentafsir hadith yang mengatakan bahawa perintah suami wajib untuk isteri ikut jika tidak dikira menderhaka kepada suami...

Ini gila... memang gila.... kalu gua nak tulis perincian tentang perkara ini... rasanya mau artikel ini menjadi panjang berjela.... Aper yang gua nak tekankan disini.... berpada-padalah dan amalkan sikap bertolak ansur... Jangan taksub... jangan ekstrim... Ingat... perkahwinan itu dulunya sebab apa? Kenapa dulunya boleh ambil sikap tanggungjawab kenapa sekarang tidak lagi...

Jangan ikut bisikan syaitan... terutamanya syaitan yang bertopengkan agama...

Be cool.




06 September 2012

Kalu Pelajar Kurang Akal...

Bhai... aderlah perkara stendet kalu pelajar kurang akal... yerla... pasai tue la pelajar nih pi belajar... nak bagi dari kurang belajar... @ kurang ajar... kepada terpelajar ..... ini stendet bhai... jarang kiter dengar pelajar yang pi belajar tue lebih pandai daripada guru yang mengajar dier... hahahah... tak gitue.... hehehe

Biasanyer.. mana-mana kolej atau tempat belajar nih... mestilah dikendalikan oleh orang yang terpelajar gak... takkan la orang yang bangang dan bengap yang akan kendalikan dan menjadi tenaga pengajar dikolej tue... Tambah lagi kalu nak dapat lesen nak bukak kolej... mestilah ahli lembaga pengarah dan pengurusan kolej tue aderlah orang yang terpelajar gak...

Tapi....... tapi biler pentadbir, pengurusan dan ahli lembaga pengarah sesebuah kolej tue didapati bodoh, bengap, bangang dan kurang belajar.... macam mana la kolej tue boleh dapat akreditasi... hahaha... ader rasuah ker... hahaha... maybe la kot ader rasuah kat Lembaga Akreditasi Negara kot... atau kat MQA ..... hahahaha

Lagi satu... macam mana la boleh ader kolej yang beroperasi tanpa pegawai kaunseling atau jabatan kaunseling... cer citer kat gua camana boleh kolej macam nih beroperasi... macam mana dier dapat lesen aaa... atau diorang main bayar jer wang tumbuk rusuk kat agensi berkaitan ????

Kalu kolej tue ader jabatan dan pegawai kaunseling... tentulah kalu ader mana-mana pelajar yang bermasalah... pastinya akan dirujuk untuk dinasihatkan dan diberikan sesi kaunseling...  supaya pelajar tersebut boleh meneruskan pelajarannya dan seterusnya berubah perangai....

Mana boleh pelajar yang bermasalah terus jer dibuang... tanpa pembelaan dan sesi perbicaraan dalaman.... Kalu macam nih la perangai kolej nih... gua rasa patut didedahkan jer nama kolej tersebut supaya orang lain menjauhi kolej ini... Kolej macam nih sebenarnya berorientasikan wang semata-mata... bukannya bertujuan untuk mendidik...

Para pelajar boleh memboikot kolej-kolej yang sebegini... kolej yang berorientasikan keuntungan kewangan semata-mata.... macam siot jer.... mesti kolej macam nih gak ader jual sijil palsu... mesti punya lah... hhahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1