Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Rumahtangga. Show all posts

08 March 2021

Keganasan Rumahtangga Sesuatu Yang Terjangka

Bhai/DeeDee semua...

Semenjak dua menjak nih kita lihat kerap berlakunya episod keganasan rumahtangga berlaku di Malaysia. Sama ada ianya dilakukan oleh suami atau juga oleh isteri. Jangan kita ingat hanya suami sahaja yang melakukan keganasan rumahtangga. Ada juga keadaan keganasan rumah tangga dibuat oleh isteri.

Namun untuk tidak menafikan juga... semua ini kebanyakannya ada kaitan dengan elemen ketiga... sama ada dari keluarga terdekat ataupun rakan taulan...

Memang bahaya keganasan rumahtangga nih sampaikan boleh membawa maut... sama ader maut tersebut disebabkan oleh kesan keganasan itu sendiri (tersengaja bunuh) ataupun dari sudut yang lain (membunuh diri).

Kalau nak dikira dengan kecederaan... itu sudah dikira biasa... dalam semua kes berkaitan keganasan rumahtangga... kecederaan pada mangsa adalah normal.. mesti akan berlaku kecederaan fizikal... penderaan fizikal... itu belum masuk lagi penderaan mental.... yang ini lebih trauma..

Dari apa yang gua lihat... bukan status kewangan sahaja yang menjadi punca.... tapi juga elemen lain... Memang peratusan paling besar keganasan rumahtangga disebabkan masalah kewangan... sama ader hilang pekerjaan, dibuang kerja atau lain-lain masalah sosial (judi, dadah, arak dan maksiat) tapi banyak juga kes keganasan rumah tangga yang berlaku pada yang tiada masalah kewangan... Ini menunjukkan bukanlah 100% masalah kewangan menjadi punca...

Jangan terkejut kalu kita juga boleh melihat elemen ketaksuban (politik, agama, pemimpin) juga boleh menjadi sebab berlakunya keganasan rumahtangga... Sejak tahun 80'an lagi berlaku keganasan rumahtangga disebabkan perbezaan pendapat terhadap politik, agama atau pemimpin.... Ini banyak berlaku disebabkan elemen taksub yang melampau... Dan ini bahaya...

Kebelakangan ini ketaksuban terhadap agama dilihat juga menjadi satu asas kepada berlakunya keganasan rumahtangga... Salah tafsir dan penyalahgunaan ayat-ayat Al Quran dan Hadith dilihat menjadi punca dan sebab berlakunya keganasan rumahtangga... Ada kes keganasan rumahtangga berlaku hanya disebabkan kes kecil seperti tidak mahu memasak .... mangsa maut akhirnya... hanya disebabkan ketaksuban dalam mentafsir hadith yang mengatakan bahawa perintah suami wajib untuk isteri ikut jika tidak dikira menderhaka kepada suami...

Ini gila... memang gila.... kalu gua nak tulis perincian tentang perkara ini... rasanya mau artikel ini menjadi panjang berjela.... Aper yang gua nak tekankan disini.... berpada-padalah dan amalkan sikap bertolak ansur... Jangan taksub... jangan ekstrim... Ingat... perkahwinan itu dulunya sebab apa? Kenapa dulunya boleh ambil sikap tanggungjawab kenapa sekarang tidak lagi...

Jangan ikut bisikan syaitan... terutamanya syaitan yang bertopengkan agama...

Be cool.




Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1