Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Menghina. Show all posts
Showing posts with label Menghina. Show all posts

09 January 2021

Ahmad Maslan Menghina Pemarut Kelapa

Bhai/DeeDee semua...

Kita tau la CGPA Ahmad Maslan masa belajar dulu tunggi... Katanya dier antara yang terbijak... Pandai sangat... tapi janganlah angkuh... janganlah rasa hebat dengan tahap akademik yang ader... jangan pandang orang lain takder makna...

“Saya dipertontonkan dengan Astro Awani atau TV3, tidak pasti, dia ada temubual seorang pemarut kelapa. Tak pastilah (individu) itu daftar undi atau tidak. Dia cakap tak boleh lakukan PRU kerana Covid-19.

“Tapi saya jawab kenapa perlu PRU, kerana banyak negara yang sudah lakukan antaranya di Amerika Syarikat, Singapura dan kita juga dah laksana pilihan raya kecil (PRK) di Chini, Slim dan pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

“Sabah itu kes tinggi pun punca mereka kerana orang-orang pulau naik motorbot mereka masuk tanpa saringan dan sebagainya, itu antara punca saya difahamkan dan ia merebak di pulau sekitar itu.

“Kita perlukan PRU kerana kerajaan ini juga merupakan kerajaan yang paling tipis (majoriti) di dunia. Kerusi parlimen ada 222, kalau nak jadi kerajaan kena ada 111 campur satu (kerusi) lagi minima. Ha.. dan itu yang kerajaan Malaysia ada sekarang.

“Rasanya yang parut kelapa tadi itu dia tidak perasan, yang ditemubual sebagai suara akar umbi (rakyat) itu tidak tahulah hanya lepasan sekolah tinggi kot.

"Kalau dari UIA (Universiti Islam Malaysia) atau ada PhD (ijazah kedoktoran), saya rasa dia boleh ulas dengan lebih tepat,” katanya.

Ianya sebenarnya menghina orang lain yang takder belajar tinggi... Betul ka orang lain yang tak belajar tinggi tu tak pandai? Betul ka orang lain yang tak belajar tinggi tu bodoh belaka? Bagaimana pula dengan Ayah dan Ibu Ahmad Maslan? Aderkah mereka belajar tinggi sampai ader PhD? Kalau Ayah dan Ibu Ahmad Maslan tu tak belajar tinggi, mungkinkah mereka orang yang bodoh?

Bercakap tu agak-agak la... berapa ramai orang yang ada PhD tapi sebenarnya bodoh.... Kebejatan dan Kezaliman depan mata pon buat tak nampak... Rasuah pon boleh buat macam takder salah... Sori aaa sebenarnya gua nak maki Ahmad Maslan nih... tapi buang masa jer... biarlah Ahmad Maslan bodoh sengsorang dier ja....

Bangang betul lar.



24 February 2013

RM41.60 Sebulan ... Mari Kita Kira

Bhai... Gua nak tanya lu aaa.... boleh tak lu idup sebulan laki bini dengan dua orang anak...... dengan kos sara hidup sebanyak RM41.60 sebulan... Hahaha..... Mari kita kira sama-sama aaa...

Beras Nasional Sekampit 10kg (15% hancur) : RM17
Ubi Keledek (tanam sendiri) : RM0
Ubi Kayu (tanam sendiri) : RM0
Kelapa (tanam sendiri @ curi) : RM0
Minyak Masak (Recycle) 3kg : RM6
Tepung Gandum 3kg : RM5.40
Ikan Bilis (serdak hancur bahagian kepala) 1kg  : RM0.50
Cili padi (tanam sendiri) : RM0
Sayur (tanam sendiri) : RM0
Kayu Api (buat memasak guna dapur kayu) : RM0
Kicap (Cap Budak Terbang Keluaran Syarikat Cina) : RM1.60
Ikan (pancing sendiri) : RM0
Ayam (bela sendiri tapi anak ayam kena beli seekor) : RM2.50
Itik (bela sendiri tapi anak itik kena beli seekor) : RM2.50
Minyak kerosene @ minyak gas buat pelita segelen (anggaran) : RM5.00

Jumlah Keseluruhan : RM40.50  ........ hehehe... waah.... maknanya dengan peruntukan RM41.60 sebulan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia melalui BR1M ..... maknanya ader lebihan sebanyak RM1.10 setiap bulan.... wah... hebat.... boleh la menyimpan kat Tabung Haji kalu camnie....  Cukup tahun boleh pi tunaikan haji ke Mekah.... hahaha

Aiyark... gua lupa nak masukkan harga gula la.... hahaha... takper la.. minum air suam ajer la yer... jaga kesihatan... kalu nak pi ke Klinik 1Malaysia ... terpaksa la korbankan duit simpan RM1 untuk kos rawatan.... jadi... boleh simpan kalu cuma sepuluh sen jer.... hahaha... seposen.... mampuih....

Gilo ko apo.... Hahaha.... biler Najib Razak kata nilai sebanyak RM41.60 nih cukup untuk sebulan.... hahaha .... Bangsat betul la ader PM yang menghina rakyat dier sendiri.... bangang ker aper nih.... cilakak tul lar...

Berkaitan : Warganegara Lagi Hina Dari Banduan Warga Asing

KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.

Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Najib berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR, adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

"Satu undi Pas, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata, sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.

Sebaliknya, Najib berkata, Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.

"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya.- SUMBER

17 September 2012

Pucuk Dicita Ulam Mendatang

Bhai.... lu ingat aaa...  insiden "Filem yang menghina Rasulullah" kat dalam YouTube tue patut ker Youtube buang? ..... Gua berani jamin lu akan cakap macam nih "giler aper...mestilah kena mintak Youtube buang... itu menghina agama tue" ... Gua stuju dengan aper yang lu nak cakap tue... stuju benar.. bukan setakat aper sahaja video yang menghina Rasulullah... namun sebagai seorang Islam, kita wajar membantah jika ader dimasa depan mana-mana video yang menghina agama lain..

Sebabnya... Rasulullah cukup melarang kita daripada menghina agama lain.. Ini kerana jika umat Islam menghina agama lain... maka sudah pastinya penganut agama lain itu akan menghina Islam atas sebab kejahilan mereka... Jadi penghinaan keatas mana-mana agama adalah dilarang keras oleh Rasulullah S.A.W....

Ini baru intro jer bhai..... Nih gua nak citer isi aper yang gua nak bangkitkan...
  1. Jika Google membuang/memadamkan video itu daripada Youtube (satu cabang media sosial milik Google), adakah lu ingat sentimen keganasan antara kaum ini akan berakhir? Adakah ianya akan selesai begitu sahaja? Tidakkan lu ingat ader orang lain akan uploadkan lagi benda nih dimasa akan datang?
  2. Jika Google membiarkan video ini didalam YouTube, adakah semua orang akan memboikot Youtube? Adakah dengan adanya video nih... YouTube akan hilang pengguna tegarnya? Adakah selepas ini ada lagi orang akan menguploadkan video lain sebagai balasan kepada penerbitan video ini?
Pada gua... insiden yang berlaku sebenarnya memberikan suatu peluang (modal) buat Kerajaan Malaysia diabawah Akta Hasutan, Akta ISA, Akta Keharmonian Nasional, Akta Multimedia dan sebagainya untuk menyekat dan menutup akses sepenuhnya kepada YouTube.

Ini kerana agak susah untuk Kerajaan Malaysia menyekat hanya satu video sahaja daripada YouTube. Sebenarnya tiada cara untuk membuat filtering keatas video ini.. Apa yang paling mudah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia adalah menyekat akses rakyat Malaysia kepada YouTube sepenuhnya... Dan inilah yang gua simpulkan sebagai pucuk dicita ulam mendatang...

Dalam keadaan UMNO/BN sedang nazak dikerjakan melalui blog dan video menjelang PRU13..  UMNO/BN tiada cara untuk menyekat akses kepada blog dan media sosial. Jadi bila insiden video penghinaan kepada Rasulullah ini berlaku.. ianya seumpama memberikan modal dan alasan terbaik kepada Kerajaan Malaysia untuk menyekat blog dan media sosial termasuk YouTube nih..

Akan ada dalam sehari dua nanti NGO-NGO yang bangang yang akan menuntut supaya Kerajaan Malaysia untuk menutup dan menyekat akses kepada blog dan media sosial termasuk YouTube atas alasan keselamatan dan ketenteraman awam... Dan perkara ini memang gua jangkakan akan berlaku... tunggu dan lihat sahajalah....

23 May 2010

Keputusan Inkues Teoh Beng Hock

Okeh.. harinie gua nak menghina Mahkamah... so what... nih gua nak publish keputusan inkues Teoh Beng Hock...

Bagi sesapa yang ikut perjalanan kes tue... for sure lu orang boleh agak aper agaknyer keputusan inkues Teoh Beng Hock... hehehe... sebab semua keputusan akan diadili oleh Koroner... Azmil Muntapha....

So... kalu Nazri Aziz yang sohih menghina mahkamah pon boleh lepas tak dikenakan hukuman... aper ker jadahnyer gua plak nak dikenakan tindakan menghina mahkamah... Koroner boleh kata apa yang Nazri Aziz tue sebut adalah pandangan peribadi dier... so.. ini pon pandangan peribadi gua... so kira takder la boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah kan.. kan.. kan...

Keputusan inkues Teoh Beng Hock tue.. gua jamin... koroner akan dapati bahawa Toeh Beng Hock mati akibat membunuh diri dan tiada unsur-unsur jenayah yang berlaku... for sure inilah keputusannya... sebab apa.... hahahaha... lu ingat Nazri Aziz tue lepas sebab apa... sebab koroner takut sama dier la... hahaha... sebab itu boleh lepas....

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1