Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Sampai Mati. Show all posts
Showing posts with label Sampai Mati. Show all posts

06 April 2011

SPRM Diarahkan Berpindah

SPRM khabarnya telah diarahkan memindahkan semua pejabat dan ibupejabatnya kepada bangunan banglo setingkat demi untuk memastikan semua tahanan atau saksi yang sedang disiasat tidak mengalami nasib yang sama dengan dua orang yang mati terjatuh dari bangunan SPRM.

Kejadian yang berlaku hari ini telah mengejutkan banyak pihak apabila seorang tahanan/saksi telah dijumpai mati akibat dari terjatuh dari bangunan pejabat SPRM. Mangsa dikenali sebagai Ahmad Sarbani Mohamed berusia 56 tahun.

Khabarnya demi untuk mengelakkan imej SPRM daripada teruk tercalar... ada pihak di Jabatan Perdana Menteri telah mengarahkan supaya semua pejabat SPRM dipindahkan dengan kadar segera. Ini untuk mengelakkan kejadian jatuh dari bangunan berlaku dimasa akan datang...

Jika selepas dipindahkan kepada pejabat setingkat pun masih ader berlaku kematian akibat dari jatuh dari bangunan SPRM... maka sewajarnya semua urusan SPRM selepas ini akan dilakukan ditengah padang...

Ada pihak berpendapat bahawa terdapatnya jin yang begitu ganas dan pemarah di semua bangunan SPRM yang mana jin inilah yang bertindak menghumban semua tahanan/saksi keluar dari bangunan SPRM dan jatuh ketanah.

Kemungkinan juga jin ini sebenarnya dibela oleh pegawai atasan SPRM ataupun oleh pihak ketiga yang berkepentingan. Diharapkan supaya Uncle Seekers dapat menjejaki dan menghalau semua jin-jin ini dari mendiami semua bangunan SPRM diseluruh Malaysia.

Kejadian terbaru ini mengingatkan gua kepada kes Rumie Azzan Malie yang mati jatuh daripada bangunan Jabatan Alam Sekitar Sarawak satu masa dulu... dan jugak kes Teoh Beng Hock dibangunan Plaza Masalam dimana pejabat SPRM bertempat.

23 May 2010

Keputusan Inkues Teoh Beng Hock

Okeh.. harinie gua nak menghina Mahkamah... so what... nih gua nak publish keputusan inkues Teoh Beng Hock...

Bagi sesapa yang ikut perjalanan kes tue... for sure lu orang boleh agak aper agaknyer keputusan inkues Teoh Beng Hock... hehehe... sebab semua keputusan akan diadili oleh Koroner... Azmil Muntapha....

So... kalu Nazri Aziz yang sohih menghina mahkamah pon boleh lepas tak dikenakan hukuman... aper ker jadahnyer gua plak nak dikenakan tindakan menghina mahkamah... Koroner boleh kata apa yang Nazri Aziz tue sebut adalah pandangan peribadi dier... so.. ini pon pandangan peribadi gua... so kira takder la boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah kan.. kan.. kan...

Keputusan inkues Teoh Beng Hock tue.. gua jamin... koroner akan dapati bahawa Toeh Beng Hock mati akibat membunuh diri dan tiada unsur-unsur jenayah yang berlaku... for sure inilah keputusannya... sebab apa.... hahahaha... lu ingat Nazri Aziz tue lepas sebab apa... sebab koroner takut sama dier la... hahaha... sebab itu boleh lepas....

05 May 2010

Tembak Sampai Mati

Bukan sekali.... ku suarakan kebimbangan... pada dirimu ... ku tak mampu.... hahaha... macam lagi Ziana Zain jer...hahaha.... takla... gua cuma nak ingatkan bahawa bukan sekali Polis buat tembak sampai mati orang awam...

Dah banyak kali... kes polis melepaskan tembakan rambang cukup banyak.. kes kat Arau (Taufik Noorzan) dah kira satu.. Aminulrashid Amzah.. satu lagi.. kes Norizan Salleh... err... banyak aaa... tak larat nak kira...

Dan paling gua tak boleh lupa pada malam kejadian masa reformasi dulu tue.... ader polis bangang yang kena kepung dengan orang ramai pasai kuarkan pistol automatik dier.. dan melakukan tembakan... giler aper dier nih tah la... siap ader member yang amik gambar dier...

Banyak dah.... gua rasa la... polis Malaysia ramia yang tak layak pegang senjata... malah banyak gak kes kita dengar polis tertembak diri sendiri... tertembak rakan... dan macam-macam lagi salahguna senjata api...

Gua rasa polis Malaysia cuma layak pakai cota jer... sebab diorang tak pandai nak guna senjata api.... err... lu ader dengar ker cerita askar tertembak orang awam yang mencurigakan di kawasan tentera.... tak pernah dengar pon... sebab askar pandai dan tahu menggunakan senjata api... polis plak.. perasan hebat macam Dirty Harry la..... bangang nak mampus...

Tapi tak semua yang bangang... ader gak yang okeh... cuma bilangan yang bangang tue jauh lebih banyak dari yang okeh..... nisbah 9:1 .....hahaha

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1