Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

20 July 2013

Sori... Bab Ini Gua Sentap

Bhai/DeeDee sekalian...  Sori... bab ini memang gua sentap..... dan sebagai memenuhi piawaian Bahasa Malaysia... ini gua tulis artikel ikut pola penulisan standard. Sila abaikan penggunakan kata ganti nama kedua (iaitu perkataan "gua" yang digunapakai) didalam artikel ini..... hahaha....  Jangan mare...

Seperti yang kita semua sedia maklum, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia disemua sekolah diterapkan adalah kerana kepentingannya dari segi memartabatkan  Bahasa Kebangsaan sebagai Lingua Franca di Malaysia... Ianya dibuat demi memastikan bahawa sebagai rakyat Malaysia, wajib dan patutlah mereka boleh berbahasa Malaysia dengan sebaiknya.

Bahasa Malaysia sepatutnya menjadi satu bahasa perantaraan yang baik sama ada dari segi akademik, pentadbiran mahupun perniagaan. Ianya juga sepatutnya menjadi satu medium komunikasi utama di Malaysia.

Oleh yang demikian, gua tidak bersetuju sama sekali tindakan Kumpulan Pendidik Cina yang cuba menggesa Kementerian Pendidikan agar mengkaji semula peraturan baru waktu pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Ini kerana tindakan seperti ini menunjukkan sikap tidak prihatin dan patriotik terhadap sistem kenegaraan.


Sewajarnya tindakan sebegini ditentang dan dihalang kerana ianya secara tidak langsung akan menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa alternatif dan terpinggir di Malaysia. Jika mana-mana sekolah vernakular ingin dan bertegas mahukan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dikurangkan dan melebihkan bahasa Cina dan Bahasa Inggeris, maka sewajarnya pihak Kementerian Pendidikan mengekalkan dan mewajibkan kembali sistem "kelas reform" @ "kelas peralihan" bagi mana-mana pelajar dari sekolah vernakular yang ingin masuk ke sekolah Menengah.

Malah selain daripada "kelas reform @ kelas peralihan", adalah terbaik jika Kementerian Pendidikan dapat melaksanakan kembali Ujian Lisan Bahasa Malaysia pada peringkat SPM sebagai satu daripada ujian wajib yang perlu mendapat kepujian didalam peperiksaan SPM. Jika mana-mana pelajar gagal dalam Ujian Lisan Bahasa Malaysia, maka mereka wajib mendudukinya kembali (mengulang) peperiksaan yang sama pada tahun berikutnya.

Jika gagal Ujian Lisan Bahasa Melayu, maka pelajar tersebut patut digagalkan dalam SPM.

Bersangkutan daripada itu, gua berpandangan bahawa selain ujian MUET Bahasa Inggeris yang diwajibkan diambil oleh semua pelajar pusat pengajian tinggi di Malaysia (IPTA dan IPTS), maka sepatutnya satu lagi ujian wajib yang ditetapkan kepada semua pelajar IPTA dan IPTS adalah ujian khas lisan Bahasa Malaysia (UKLBM).



Itu pun kalau Kementerian Pendidikan ada keberanian dan bertanggung jawab dalam menentukan dasar dan kepentingan memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Yang ini gua tidak berani nak jamin sebab Kementerian Pendidikan dari dulu lagi adalah sebuah Kementerian yang selalu tidak bersungguh dalam penentuan sesuatu dasar yang termaktub dalam perlembagaan.

Berkaitan : Guru Cina gesa kaji masa mengajar, belajar BM, BI

Dan sebagai tambahan, semua permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam (termasuk guru di sekolah vernakular) dan sebagainya perlulah para calon lulus dengan cemerlang ujian lisan Bahasa Malaysia yang gua cadangkan dikendalikan secara professional oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

19 November 2012

Peratusan UPSR Jatuh?

Bhai.... lu tau kan... hari nih keputusan peperiksaan UPSR dah keluar... dah nampaknyer peratusan menurun sikit dalam sabjek Bahasa Inggeris dan Sains.... Bahasa Melay (Pemahaman dan Penulisan) nampaknyer ader sedikit peningkatan...

Err... gua cuma nak tanya skit jer... aper sebenar yang terjadi... dalam keadaan markah lulus yang telah direndahkan,.... iaitu markah 70/100 pun masih diklasifikasikan sebagai A-.... bagai mana pulak ramai yang dapat B nih....

Aper sebenar yang terjadi.. atau aderkah sebenarnya ini semua agenda Muhyiddin Yassin nak justify PPSMI nih.... tak paham la gua... dan setahu gua... ikut maklumat yang gua dapat... markah 50/100 pon masih diklasifikasikan sebagai B- ....

Aper citer nih.... teruk benar nih...

Aderkah ader usaha untuk sabotaj Muhyiddin Yassin nih atau... memang Muhyiddin Yassin memang nak kasi benda nih jatuh... supaya PPSMI boleh direvive balik... aper daaa... 

17 November 2009

Yang Ini Gua Setuju

Betul.... yang ini gua setuju.... yer la... bab pendidikan memang nombor satu dalam diri gua... wife gua pon cikgu Matematik dan Bahasa Melayu... jadi .. memang gua amik tau banyak bab pendidikan nih...

Gua setuju yang mulai pertengahan tahun depan, murid darjah enam di seluruh Terengganu akan menduduki peperiksaan secara dalam talian (online) selepas semua murid di negeri itu memperolehi e-Book yang dibekalkan kerajaan negeri.

Benda bagus nie memang patut dijalankan... sebab dengan cara nie assessment untuk pelajar dijalankan secara sentral... kalu tidak... ader la mak bapak yang jadi cikgu yang akan bantu anak dier kat exam... benda nie gua ader lihat berlaku dibeberapa sekolah yang wife gua pernah ajar...

Malah ader kes yang pelajar belajar dikelas yang mak atau bapak dier yang ajar... pastue masa exam ... mak atau bapak dier lak yang jaga kelas tue... memang sohih ader yang terbocor info punya... lu tak percaya lu pi la siasat...

Biler exam secara sentral nih.. makanyer kurang la skit isu mak atau bapak (yang jadi cikgu) yang tolong anak dier dalam exam ...... ader plak mak bapak yang mintak adjustkan gred anak dier supaya boleh masuk kelas bagus...

Itu belum lagi benda-benda lain... misalan... ader mak atau bapak yang jadi cikgu nih yang lobi supaya anak dier jadi pengawas sekolah ler... ketua pengawas ler... dan macam-macam lagi... siap kalu ader event bahas ker... pidato ker... bercerita ker.. dan sebagainya diperingkat daerah nih.. ader la anak cikgu yang dapat pi... sedangkan ader berlambak lagi pelajar lain yang lebih layak....

Kalu korang nak tahu... Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) dan Program Rancangan Makanan Tambahan tue pon ader gak anak cikgu yang dapat.... yang tue gua tak paham tue.... bukan la gua dengki... gua pon ader anak yang belajar di Tahun 1 dan Tahun 2 .. tapi gua warning sama diorang... kat sekolah... takder mak-mak... yang ader cuma cikgu jer...

Jadi... takder pilih kasih langsung... gua warning anak gua pasai gua rasakan tak patut la anak gua amik hak orang miskin atau susah... banyak lagi pelajar lain yang layak... Bukan la nak katakan yang gua kaya atau berada... tapi ... boleh la... ader la senang skit....

Wife gua plak... memang tak suka anak gua perasan best kat sekolah pasai mak diorang cikgu kat situ... jadi memang anak gua takder chan nak rasa hebat kat sekolah... dier treat sama jer cam pelajar lain... no exception...

So... memang gua setuju mulai pertengahan tahun depan 2009, murid darjah enam di seluruh Terengganu akan menduduki peperiksaan secara dalam talian (online) selepas semua murid di negeri itu memperolehi e-Book yang dibekalkan kerajaan negeri.

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1