Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

22 July 2022

Naya Kat Kita

Bhai/DeeDee semua...

Memang naya kat kita la wei... Negara kita nih pengeluar minyak masak... semua rantaian berkaitan memang kita handle.... last-last kita la kena bayar harga minyak masak sawit secara premium... Giler aaaa...

Masak kiter wei...

Aper ke jadahnya... huhuhu



19 July 2022

Bukan Minyak Masak Je Naik Harga Tetapi ...

Bhai/DeeDee semua...

Katanya Kerajaan menggalakkan rakyat berniaga secara online. Dan disyaratkan kena ada SSM.

Tapi sejak bila pulak naik harga pendaftaran SSM dari RM60 setahun ke RM150 setahun.

Huhuhu… oh yer lupa… kalu tidak nanti macam mana Kaler Luna nak enjoy joli sakan …. Hahahaha


15 July 2022

Proaktif Sungguh La Jabatan Perhutanan Kelantan

Bhai/DeeDee semua...

Betul la peribahasa orang tua-tua dahulu... Gajah depan mata tak nampak, nyamuk seberang laut boleh nampak.

Betul-betul proaktif sungguh la Jabatan Perhutanan Kelantan.... Hahaha


TANAH MERAH - Jabatan Perhutanan Negeri menyita 10 tan sisa dan tunggul kayu, termasuk tual kayu bulat pelbagai spesis tanpa pas pemindah yang sah dalam tiga operasi berasingan, sejak Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah berkata, serbuan tersebut dilakukan pihaknya berdasarkan maklumat dan aduan awam.

Menurutnya, kes pertama melibatkan serbuan pada 29 April lalu di sebuah kilang kayu getah di Jalan Machang-Tanah Merah dengan penahanan seorang warga tempatan dalam lingkungan 40 tahun.

“Hasil serbuan mendapati terdapat beberapa longgokan tual kayu bulat pelbagai spesis di lokasi berkenaan dan pemeriksaan mendapati suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen yang membenarkan beliau memiliki hasil hutan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 69(1) Akta Perhutanan Negara 1984: Operator Loji Penukaran Dikehendaki Mempunyai Pas Pemindah dan Rekod Ukuran," katanya ketika ditemui di Pejabat Perhutanan Tanah Merah di sini pada Isnin.

Dalam pada itu, Abdul Khalim berkata, serbuan bagi kes kedua pula dilakukan pada 30 April di sebuah premis perniagaan kayu sisa di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang turut menahan seorang suspek bagi membantu siasatan.

“Kami menemui longgokan sisa kayu iaitu tunggul kayu, kulit kayu dan bongkah kayu pelbagai spesis seberat sembilan tan tanpa pas pemindah yang sah.

“Suspek juga gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah dan kes disiasat di bawah Seksyen 84(1), Akta Perhutanan Negara 1984: Memiliki Hasil Hutan Secara Menyalahi Undang-undang,” katanya.




 

13 July 2022

China Yang Buat Provokasi, China Pula Yang Buat Kod Salahlaku.

Bhai/DeeDee semua...

China ni dah gila ke apa? China yang buat provokasi, China pula yang kelam kabut nak buat kod salahlaku di Laut China Selatan. Apa ke bangang semua nih.

Menteri Luar Malaysia dan Menteri Pertahanan Malaysia memang spesis takder tulang belakang.. Jenis pondan dan tak berani. Jenis tak tegas. Mudah dibeli dan dipujuk. Jahanam la wei.

China percepat perundingan kod tatalaku di Laut Cina Selatan

#SouthChinaSea #LautChinaSelatan #Perang #Provokasi #Ketenteraan #Konflik #CipanTapirTenuk #SocialCritics

Layari juga laman blog C++ di https://cipantapirtenuk.blogspot.com

Sudilah subscribe Channel YouTube ini untuk lebih maklumat.

Dimana Silapnya Sehingga Aset Petronas Dirampas Waris Sultan Sulu?

Bhai/DeeDee semua...

Pertama sekali gua nak nyatakan bahawa tindakan perampasan aset Petronas oleh waris Sultan Sulu tu adalah mengikut undang-undang tetapi secara ex-parte. Jadi proses itu tidaklah semudah yang disangka kan.

Persoalan undang-undang terkait insiden nih memang sudah dijangka... Semua ini berlaku bilamana Najib Razak secara tepatnya selaku Perdana Menteri pada 2013 telah mengarahkan supaya pembayaran nilai pampasan tahunan sebanyak RM5k ++ kepada Sultan Sulu dihentikan serta merta selepas insiden Lahad Datu.

Dan ini membawa kepada tuntutan pampasan yang lebih besar oleh waris Sultan Sulu kepada mahkamah timbangtara di Peranchis dan Sepanyol.

Isu yang kita patut tanya... adakah Bailif dari Luxemburg boleh menguatkuasakan arahan tahan aset itu mengikut perjanjian Kesatuan Eropah (European Union) atau ianya hanya terpakai dalam negara ianya diputuskan sahaja iaitu Peranchis.

Satu lagi yang menjadi isu adalah berkaitan kesahihan susur galur keluarga (lineage) waris Sultan Sulu tersebut. Siapa dia yang menjadi penama dalam kes ini. Dan siapa yang mendanai proses guaman dan mahkamah kes ini...

Itu semua kita kena tanya ... supaya adakah sah tuntutan yang dinyatakan atau ianya sekadar tuntutan rambang semata-mata.

Apa pun... kita biarkan proses undang-undang berjalan.



Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1