Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Hina Agama. Show all posts
Showing posts with label Hina Agama. Show all posts

26 March 2024

Seperti Dijangka

Bhai/DeeDee semua...

Kah Kah Kah ... seperti dijangka.... ader 881 outlet ... kena 1 outlet pun dah boleh main sentimen "play victim" ....  Tak perlu bakar sumbu pun... sekadar ader bau minyak tanah pun dah okay...

Kah Kah Kah...

Scene One Take One, Action





10 July 2022

Bila Yang Islam Menghina Agamanya Sendiri ...

Bhai/DeeDee semua...

Tular video memaparkan seorang perempuan Melayu (Siti Amira Natasha Abdullah) yang mengatakan yang dirinya Islam dan hafal 15 juzuk dalam Al Quran .... tapi tetiba dalam program komedi berdiri tersebut dier membuka pakaian dan tudungnya lalu hanya memakai pakaian dalam...

Pada gua... Islam tak terhina pun... Islam tak tergugat pun... Islam tak jatuh pun maruahnya...

Yang jatuh hina, tergugat dan jatuh maruah adalah perempuan Melayu itu sendiri... keluarganya sendiri... emak dan bapanya sendiri...

Jadi orang macam nih sebenarnya adalah orang yang lemah akal... lemah pemikian... lemah identiti....  Jadi pergi mampuslah orang macam ini....

Tak kurang sekupang pun pada Islam .... tak kurang...

Kesian kat ahli keluarga terdekat perempuan Melayu yang bodoh itu...

Kesian.



17 February 2020

Dah Macam Negara Koboi

Bhai/DeeDee semua...

Gua sebenarnya makin menyampah dengan keadaan nih... Betapa lemaunya KDN nak amik tindakan... betapa lembeknya MCMC nak amik tindakan....

Mana taknya.... makin hari makin banyak hasutan dan provokasi dalam masyarakat melalui media sosial dan sebagainya... Sampai ramai plak yang bersetuju sekarang ni kononnyer kena amik tindakan sendiri untuk orang yang hina agama dan bangsa nih...

Pelik... yang makin tak bertamadun nih nampaknya orang Melayu..... contoh kes ader mamat Johor (mamak) yang dok pijak Al Quran ... siap ader yang amik tindakan sendiri belasah.... giler betul... yang pelik cukup ramai orang yang sokong... atas alasan mamat tue hina agama.... Problemnya pasai mamat mamak tue kulit  gelap...

Yang kes dekat Kelantan 4 orang budak perempuan dok pijak Al Quran itu takdak lah pulak geng giler amik tindakan sendiri nak belasah ker bagai... maybe sebab yang buat tue aderlah budak perempuan Melayu...

Adoilah....

Kalu dah ramai sangat yang rasa nak amik tindakan sendiri... gua rasa Kerajaan Malaysia patut benarkan pemilikan senjata api kepada semua orang secara bebas.... boleh la senang nak amik tindakan sendiri... dah tak perlu dah PDRM dan Mahkamah... tak puas hati ka... apa ka... deal depan-depan draw cara macam Koboi....

Tembak.... sapa cepat dier jadi hero la... macam Wild Wild West...

Bangang....

Patut KDN, MCMC dan yang berkaitan tangkap ja mana-mana ketua penghasut nih tak kira la Ostad ka... Lobai ka.... Ulamak ka... Mopti ka.... Orang Politik ka.... Tangkap dan jatuhkan hukuman mati mandatori kat depa nih.... makhluk perosak negara...

17 July 2013

Lama Sungguh Baru Dengar Suara?

Bhai/DeeDee sekalian..... pergh.... lama wei.... lama sungguh.... lama sungguh baru dengar suara..... hahaha.... seminggu lebih dah isu nih .....kalo tidak senyap sunyi.... hahaha... biler Mahathir Mohamed dah start bersuara... baru la kiter dapat dengar Ibrahim Ali si PERKASA tue kuarkan statement....

Dan kemudian diikuti statement dier oleh si Harussani tue.... Hahaha...... yang best tue.... Harussani kuarkan statement semata-mata mengiyakan aper yang Ibrahim Ali cakap...... Hahaha

Hahahaha..... yang masih tak dapat dengar komen "bernas" dier aderlah Hassan Ali.... err.... idup lagi ker dier aaa.... Hahahaha...... Hassan Ali nih senyap menyepi jer takder brani nak komen mender..... dan seminggu lebih dah isu nih berlegar... Hassan Ali masih lagi tak bagi komen.... Penat puasa gamaknyer aaa.....

Gua dari dulu stuju... mana-mana orang yang menghina mana-mana agama perlu dikenakan tindakan tegas.... paling cikai pon kena penjara.... Macam masa Zulkifli Nordin dan Ridhuan Tee Abdullah tue hina Agama Hindu itu hari lar... patut diorang nih kena tindakan tegas... tapi takder pon... senyap sunyi.... Masa Mahathir Mohamed dulu hina Rasulullah pasai isu pisau cukur.... pon patut kena tindakan tegas...

Kalu si Alvin dan Vivian nih akan dikenakan tindakan tegas,..... benda yang sama jugak patut dikenakan kepada Chua Soi Lek.... patut kena penjara.... tapi yer la.... bukan setakat PDRM tabrani... bukan setakat Jabatan Agama Islam pon tabrani.... bukan setakat Peguam Negara pon tabrani nak dakwa....

Malah Ketua Agama Islam yang ader sembilan orang tue pon tabrani nak komen, marah mahupun dakwa.... senyap sunyi jer..... kecut segala-gala yang boleh kecut.... aper daaa.... Ader Ketua Agama Islam pon serupa macam takder.....

Nih la orang kata.... memang sesuai skali ngan peribahasa Melayu kalu kiter nak citer tentang Ketua Agama Islam nih..... peribahasa yang berbunyi "seperti melukut di tepi gantang, ada tidak menambahkan, tiada tidak mengurangkan" ......


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata perbuatan Alvin Tan dan Vivian Lee tidak boleh dimaafkan dengan mudah kerana pasangan blogger seks berkenaan telah berulang kali melakukan perbuatan menghina Islam. Laporan Utusan Malaysia yang memetik kenyataan Ibrahim menyebut, kerajaan perlu mengambil tindakan keras ke atas pasangan muda tersebut.

“Semua kesalahan boleh selesai dengan minta maaf sahaja. Adakah ini sudah menjadi budaya di Malaysia?

“Ambil tindakan undang-undang dahulu dan selepas itu terpulang kepada mahkamah untuk menentukan.

“Kalau hendak minta maaf pun, biarlah di mahkamah,” katanya seperti dipetik akhbar milik Umno itu.

Akhbar sama turut memetik kenyataan mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang turut menyokong agar tindakan dikenakan pada pasangan blogger seks tersebut.

“Perbuatan Alvin dan Vivian jika dibiarkan boleh menimbulkan huru-hara dalam negara malahboleh mengakibatkan pertumpahan darah.

“Saya ingin bertanya apakah kerajaan pada masa ini terlalu lemah untuk melaksanakan undang-undang?,” katanya yang mencadangkan hukuman sekurang-kurangnya lima tahun penjara ke atas pasangan tersebut.

Alvin dan Vivian yang pernah mencetuskan kontroversi video lucah mereka di Singapura sebelum ini, memuat naik gambar sedang menikmati hidangan bak kut teh di Facebook, Jumaat lalu dengan kapsyen:

"Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh (sup tulang babi)...wangi, enak dan menyelerakan."

Mereka juga meletakkan logo halal pada gambar berkenaan. Tindakan itu mengundang kemarahan pelbagai pihak, terutamanya umat Islam di negara ini atas dakwaan memperolokkan kesucian Islam dan bulan Ramadan. Pasangan berkenaan kemudiannya pada Ahad lalu memuatkan satu video di Youtube bagi memohon maaf atas tindakan berkenaan. - SUMBER

10 May 2013

Menyanggah Tulisan Blogger RBF Online

Bhai.... Izinkan gua menulis panjang berkaitan perkara ini... Gua rasa gua terpaksa menulis artikel yang akan menyanggah tulisan blogger RBF Online yang membawa tajuk Parlimen Shah Alam: Marilah kita sama-sama renungkan....


Bhai.... gua hormat penulisan orang lain... tak kisah la disebelah mana penulis itu bertapak dalam dunia politik.... oleh yang demikian... gua akan menjawab dan menyanggah tulisan blogger RBF Online secara berhemah dan berilmu.

  1. Pecahan pengundi seperti yang dipamerkan itu memang tepat dan ianya melambangkan komposisi penduduk Shah Alam.. Gua dulu pernah tinggal selama lebih 8 tahun di Sekyen 7 Shah Alam dan TTDI Jaya Shah Alam... dan gua cukup tahu senario kependudukan Shah Alam.
  2. Akan tetapi hujah blogger RBF Online mengatakan bahawa kedua-dua calon PRU13 Parlimen Shah Alam berdepan tuduhan menghina Tuhan adalah tidak tepat.... 
  3. Bagi kes Zulkifli Nordin memang benar dier menghina agama Hindu... dan sebagai seorang Islam, penghinaan terhadap agama lain adalah dilarang oleh Rasulullah s.a.w ...  Malah para sahabat Nabi juga mengutuk keras orang yang melakukan penghinaan terhadap agama lain.
  4. Bagi kes Khalid Samad, tuduhan yang mengatakan bahawa dia telah menghina Tuhan kerana membenarkan penggunaan kalimah Allah didalam Bible itu pada dasarnya tidak tepat. Ini kerana yang telah membenarkan penggunaan kalimah Allah didalam Bible berbahasa Melayu terlebih dahulu aderlah Kementerian Dalam Negeri (KDN).... sila semak dan rujuk pekeliling di Kementerian.
  5. Sebab kenapa orang Melayu di Shah Alam menolak Zulkifli Nordin pada pandangan gua adalah disebabkan oleh video temuramah khas dengan Zulkifli Nordin yang jelas menunjukkan sikap sebenar Zulkifli Nordin yang kononnya pejuang Islam sebenar. Sikapnya yang bertegas yakin akan memenangi kerusi Parlimen Shah Alam tanpa disandarkan kepada ketentuan Allah Taala amat dikesalkan. Sikap bongkak ini amat memualkan
  6. Bukan sekali Zulkifli Nordin mengeluarkan kenyataan (statement) yang bongkak, ujub, riaq dan takabbur... tetapi amat banyak... malah dalam banyak sesi ceramahnya telah dikesan beliau banyak mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan menipu.
  7. Bercerita pasai isu Murtad yang diwarwarkan oleh Hassan Ali rakan kepada Zulkifli Nordin tue... gua dan ramai lagi rasanyer dah tak tahan menunggu setahun lamanyer untuk melihat dan menonton video pengakuan murtad yang dikatakan ada oleh Hassan Ali tue... Err... takkan lama sangat kot nak siapkan video murtad tue... 
So.... kepada Blogger RBF Online... gua nasihatkan ... sebelum nak bekap giler Zulkifli Nordin tue... sila kaji dan kenal siapa Zulkifli Nordin... Jangan setakat tengok dan nilai dier sehari dua... kenal dan nilai dier lebih dari itu....

Gua... cukup kenal Zulkifli Nordin sejak dari 1997 lagi..... hahahaha.... sebab itu la gua cakap Zulkifli Nordin tidak layak menduduki kerusi Parlimen Shah Alam atas sikap bongkaknyer kepada Allah Taala..


07 May 2013

Mr 101%

Bhai.... Gua sajer nak sakat Zulkifli Noordin nih.... hahaha... sebab dier nih katanyer pejuang Islam... hebat... bercerita kalu bab Islam nih... hahaha.... sampaikan biler orang tanya soalan tentang keyakinan dier untuk menang pon dier boleh kata yakin 101%..... sedetik pon dier tak nak sebut InsyaAllah boleh dapat 101% keyakinan...

Takder langsung perkataan "InsyaAllah" dalam kamus pejuang Islam bernama Zulkifli Noordin nih kot.... hahaha.... giler hebat keyakinan dier....  makhluk... makhluk.... aper daaa...

Aper pon.... kepada Zulkifli Noordin.... Lu merancang... Allah juga merancang.... dan Allah Taala adalah sebaik-baik perancang.... so ... ader paham ker???

Saya yakin 101% saya akan menang..... (ini sifat makhluk - bongkak, ujub, riaq dan takabbur)
Bye-bye babeh...... hahaha.... sayonara......

28 April 2013

Zulkifli Nordin Buat Lawak

Bhai.... selama gua hidup nih... dan sejak PRU pada 1988 dulu yang gua ader melibatkan diri.... hehehe.. ini baru first time gua dapat tau ader calon PRU yang takmo nak berkempen pada masa kempen dibenarkan.... Sungguh.... macam sekarang nih... SPR dah tetapkan hari berkempen aderlah selama 15 hari... rasanyer takder saper yang bodoh takmo berkempen...

Hanya Zulkifli Nordin jer sorang yang takmo berkempen.... Zulkifli Nordin nih buat lawak ker???

Hahaha... atau dier tau.. kalu dier berkempen di Shah Alam... tambah lagi kat area Seksyen 25 ker... Batu Tiga ker.... atau kat mana-mana ....mungkin lebih banyak bangku daripada orang yang hadir kot... atau kalu ader orang yang hadir... mesti dari kalangan petugas BN jer... hahaha...

Orang Hindu gua rasa confirm takder yang datang... kalu ader yang datang tue sure bangang tahap gaban punya lar... hahaha.... Mesti diorang jenis takder tau nak akses Internet... hahaha... lawak siot...

Aper daaa. Zulkifli Nordin oooi.... gua rasa kalu lu masih dikekalkan oleh BN berkampung di Parlimen Kulim Bandar Baru... mesti lu sudah kena lempar dengan telur busuk.... hahaha... tak pon mesti lu kena ludah ker mender ker... hahaha... Nasib baik bukan kat sana....

Nih siap takmo nak berkempen... takmo nak berceramah.... hahaha... nampak sangat la Zulkifli Nordin buat lawak.... lawak seram siot.... hahaha ... lagi satu... dier siap mintak bukti tue... hahaha... aper kater kalu kiter mintak Puan Ainon citer sat.... hahaha


SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin mempertahankan pendiriannya tidak akan memberi sebarang ceramah dalam tempoh berkempen yang berbaki seminggu lagi.

Sebelum ini, ada desas-desus yang mengatakan beliau tidak akan memberi sebarang ceramah, sebaliknya hanya akan bertemu rakyat. Tindakan itu dilihat memberi ruang kepada PR untuk meraih undi di kawasan Shah Alam. Namun, beliau menolak perkara tersebut kerana menurutnya, tindakan berceramah yang hanya memburukkan orang lain tidak berguna.

"Kita nak tunjuk calon BN bekerja, bukan bercakap. Ceramah pun asyik memaki hamun orang buat apa? Tak guna.

"Kita hanya akan bagi taklimat pada jentera-jentera BN saja kecuali ada dua atau tiga ceramah besar BN akan buat. Tapi, itu pun saya tak terlibat," katanya.

Mengulas mengenai kempennya yang sudah masuk hari ketujuh, Zulkifli akui melihat satu gelombang yang disifatkan luar biasa.

"Selama tujuh hari berkempen, saya melihat satu gelombang... satu 'mood' yang saya anggap luar biasa. Mana-mana saya pergi akan dapat lihat keghairahan. "Sebab pada 2008, saya bertanding di bawah pembangkang. Saya boleh bezakan 'mood' itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli turut menafikan dakwaan yang mengatakan BN mengedar risalah berbaur fitnah dan lucah di kerusi Dun Kota Anggerik. 

"Bukti? Mana bukti? Tunjukkan bukti. Mereka cakap saja tapi tak ada bukti. Kami menafikan sekeras-kerasnya. Ini merupakan tuduhan, fitnah, tohmahan.

"Malah sebaliknya berlaku. Mereka mengedarkan risalah menyerang peribadi calon-calon BN. Itu kita ada bukti. Saya cukup yakin tak ada, kalau ada pun, mereka reka sendiri. Mereka ini dalam bab mereka memang pandai," katanya

Tambah beliau, "BN cukup jelas dengan arahan pimpinan. Kita boleh 'serang' mereka dengan menunjukkan apa yang kerajaan dah buat tanpa perlu kami memperlekehkan mereka kerana rakyat dah tahu."

23 April 2013

Zulkifli Nordin Dicekik

Bhai... Dah beberapa hari gambar dibawah nih berlegar dalam Internet... Sajer jer gua takmo nak publishkan kat blog gua sebelum nih... Tapi berdasarkan senario aper yang berlaku semalam... Rasanyer patut gua publishkan gambar nih...

Gambar ini bukan menunjukkan Zulkifli Nordin seorang gay..... Tapi tak tau la kalu dier nih gay bottom.... Hahaha.... Tetapi ianya lebih kepada satu representasi ugutan cara sopan buat Zulkifli Nordin... Lu orang nampak tak tangan yang mencekik tengkuk Zulkifli Nordin tue...

Walaupun nampak bersahaja... Tapi sebenarnya ader makna la wei... Inilah teknik ugutan dalam sopan yang kaum India Malaysia boleh dan akan bagi... Kalu Zulkifli Nordin tak jaga kata-kata dier ... Lain kali jangan terkejut kalu ader yang akan cekik dier sampai mampus... Hahaha

Inilah hasil dari analisis gambar nih.... Hahaha....

Tambah plak khabarnya ader lebih dari 100 orang ahli MIC yang dah keluar parti hanya kerana BN memilih dan mencalonkan Zulkifli Nordin bagi kerusi Parlimen Shah Alam ... yang mana tindakan ini adalah menghina orang India Malaysia....

Masak la Zulkifli Nordin nih.... Hahaha

Lu jaga.... nanti lepas PRU13... kita worang kasi cekik sama lu...

16 April 2013

Najib Razak Disabotaj

Bhai... Gua dengar citer aaaa... Citer dari dalam aaaa.... Ader orang sudah sabotaj sama Najib Razak... Hahaha... Diorang cuba selitkan beberapa nama dan senarai calon waktu Najib Razak nak umumkan calon PRU13 kali nih... Malah gua dengar ader yang siap cetak watikah lagi atas nama sipolan bin sipolan dan selitkan dalam list yang Najib Razak nak kena baca....

Hahaha... Punya la hebat diorang nih... Gua kesian kat Najib Razak... Sebab punya lah dier cari calon yang terbaek dikalangan yang terbaek... Akhirnya dier berjaya jugak pilih Zulkifli Nordin sebagai calon terbaek BN untuk kerusi Parlimen Shah Alam....

Memang penat Najib Razak nak cari orang yang sesuai dalam UMNO untuk dijadikan calon bagi kerusi Parlimen Shah Alam... Habis dikelebetnyer semua senarai keahlian dalam UMNO Bahagian Shah Alam.... Bukan setakat tue... Sampaikan abis semua senarai ahli UMNO yang katanyer ader 3 juta lebih keahlian tue.... Semuanya tak layak dicalonkan di Parlimen Shah Alam untuk lawan Khalid Samad...

Sampaikan blogger Azmi APA (jangan mare aaa Azmi aaa.... hahaha) pon tak layak jadi calon untuk kerusi Parlimen Shah Alam... Even Wan Muhammad Azri Bin Wan Deris yang konfom ahli UMNO pon tak layak untuk kerusi Parlimen Shah Alam.... Gua kesian kat Lokman Adam... punya lah dier bermati-matian berkempen untuk UMNO... termasuk gak Ezam Mohd Nor... tapi tetap tak layak untuk Shah Alam.... Cuma yang layak nampaknyer aderlah Zulkifli Noordin gak... Huh... Hebat betul lar sahsiah diri Zulkifli Noordin nih aaaa... Sampaikan boleh mengalahkan ramai lagi ahli UMNO...


Hebat.... Menyanyi bollywood boleh... Tazkirah boleh... Jadi loyar boleh... Menipu boleh.... Memfitnah boleh... Macam-macam ader..... Hehehe.... Errr... Kali nih bertanding nak guna duit Puan Ainon lagi ker buat deposit? Hahaha......

Kesian.... Kesian....

19 January 2013

Sorang Jer Kena?

Bhai... Takkan Patrick Teoh sorang jer kena... Errr... Biae betul Khairy Jamaluddin ooi... Aper cerita ngan Chua Soi Lek... Lu tarak brani nak tegur ker... Hahaha... Mana pegi semua jaguh dan hero UMNO.. Mana pegi semua pejuang Islam dalam UMNO...

Zulkifli Nordin pon takmo tumpang sekaki ker... Hahaha... Ibrahim Ali dan Hassan Ali mana pergi.... Hahaha

Lu orang nih sumer berani kat Patrick Teoh jer.... Ala... Lu orang brani biler kerna ngan blogger Niamah! tue jer... Kalu Chua Soi Lek... Lu sumer takder telor... Lu sumer senyap macam pondan... Hahaha

Samer la ngan Ketua Agama ... Takder satu pon yang brani angkat muka... Takder satu pon yang brani nak bising...... Kalu Chua Soi Lek pon tarak brani mau kecoh... Sure kes Patrick Teoh nih pon samer jer... Hahahahaha

18 July 2012

Baca Sini

Bhai.... Gua cukup menyampah biler ader orang perempuan Melayu yang dok pertikaikan isu menutup aurat nih.... terutama skali puak-puak karut macam Sisters In Islam (SIS) dan sebagainyer... termasuklah si mangkuk ayun Astora Jabat tue....

Nih Abby Abadi kena tibai dek orang-orang perempuan Melayu jenis rambut karat.. jenis bukan kaki solat.... lu tengok soklan dari tweeter tue... gua pow dari blog KerabuBersuara



Dari dulu, kini dan selamanyer gua pasti akan bagai jawapan seperti dibawah nih...

"Kalu lu yang bertanya soklan camnie mengaku Melayu... sure lu ader mendirikan solatkan... errr. ader ker lu pi solat........ errr... kalu lu dirikan solat... lain kali tak payah la pakai telekung ker mender ker tutp aurat... hahaha... pakai jer bikini... sure boleh kan ... tak payah la tutup aurat mender kalu lu nak semayang tue... errr... bukan ker lu sendirik dok tak kesah pasai aurat... hahaha"

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1