Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label RBF Online. Show all posts
Showing posts with label RBF Online. Show all posts

10 May 2013

Menyanggah Tulisan Blogger RBF Online

Bhai.... Izinkan gua menulis panjang berkaitan perkara ini... Gua rasa gua terpaksa menulis artikel yang akan menyanggah tulisan blogger RBF Online yang membawa tajuk Parlimen Shah Alam: Marilah kita sama-sama renungkan....


Bhai.... gua hormat penulisan orang lain... tak kisah la disebelah mana penulis itu bertapak dalam dunia politik.... oleh yang demikian... gua akan menjawab dan menyanggah tulisan blogger RBF Online secara berhemah dan berilmu.

  1. Pecahan pengundi seperti yang dipamerkan itu memang tepat dan ianya melambangkan komposisi penduduk Shah Alam.. Gua dulu pernah tinggal selama lebih 8 tahun di Sekyen 7 Shah Alam dan TTDI Jaya Shah Alam... dan gua cukup tahu senario kependudukan Shah Alam.
  2. Akan tetapi hujah blogger RBF Online mengatakan bahawa kedua-dua calon PRU13 Parlimen Shah Alam berdepan tuduhan menghina Tuhan adalah tidak tepat.... 
  3. Bagi kes Zulkifli Nordin memang benar dier menghina agama Hindu... dan sebagai seorang Islam, penghinaan terhadap agama lain adalah dilarang oleh Rasulullah s.a.w ...  Malah para sahabat Nabi juga mengutuk keras orang yang melakukan penghinaan terhadap agama lain.
  4. Bagi kes Khalid Samad, tuduhan yang mengatakan bahawa dia telah menghina Tuhan kerana membenarkan penggunaan kalimah Allah didalam Bible itu pada dasarnya tidak tepat. Ini kerana yang telah membenarkan penggunaan kalimah Allah didalam Bible berbahasa Melayu terlebih dahulu aderlah Kementerian Dalam Negeri (KDN).... sila semak dan rujuk pekeliling di Kementerian.
  5. Sebab kenapa orang Melayu di Shah Alam menolak Zulkifli Nordin pada pandangan gua adalah disebabkan oleh video temuramah khas dengan Zulkifli Nordin yang jelas menunjukkan sikap sebenar Zulkifli Nordin yang kononnya pejuang Islam sebenar. Sikapnya yang bertegas yakin akan memenangi kerusi Parlimen Shah Alam tanpa disandarkan kepada ketentuan Allah Taala amat dikesalkan. Sikap bongkak ini amat memualkan
  6. Bukan sekali Zulkifli Nordin mengeluarkan kenyataan (statement) yang bongkak, ujub, riaq dan takabbur... tetapi amat banyak... malah dalam banyak sesi ceramahnya telah dikesan beliau banyak mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah dan menipu.
  7. Bercerita pasai isu Murtad yang diwarwarkan oleh Hassan Ali rakan kepada Zulkifli Nordin tue... gua dan ramai lagi rasanyer dah tak tahan menunggu setahun lamanyer untuk melihat dan menonton video pengakuan murtad yang dikatakan ada oleh Hassan Ali tue... Err... takkan lama sangat kot nak siapkan video murtad tue... 
So.... kepada Blogger RBF Online... gua nasihatkan ... sebelum nak bekap giler Zulkifli Nordin tue... sila kaji dan kenal siapa Zulkifli Nordin... Jangan setakat tengok dan nilai dier sehari dua... kenal dan nilai dier lebih dari itu....

Gua... cukup kenal Zulkifli Nordin sejak dari 1997 lagi..... hahahaha.... sebab itu la gua cakap Zulkifli Nordin tidak layak menduduki kerusi Parlimen Shah Alam atas sikap bongkaknyer kepada Allah Taala..


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1