Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
Showing posts with label Insiden. Show all posts
Showing posts with label Insiden. Show all posts

11 January 2024

Strategi Pengalihan Isu

Bhai/DeeDee semua...

Satu jer yang gua nampak... apa yang berlaku pada Ngeh Koo Ham (Ahli Parlimen Beruas) tidak lebih dari satu strategi pengalihan isu jer... Sekadar nak pancing sentimen... sekadar nak "play victim" ja.... tak lebih dari itu...

Nothing more nothing less.... Sekadar "Art of Diversion" ..... 

Boleh pulak buat kenyataan media untuk memaafkan... tapi siap menuduh puak lain.... dalam satu sidang yang sama pulak tue boleh buat kenyataan yang kontradik....  Macam dier dah tahu siapa yang buat? Polis pun tak habis siasat lagi... Adoilah.




08 May 2013

Takkanlah Sampai Berbunuh?

Bhai.....  Biler baca kes macam kat bawah nih... gua teringat kes pembunuhan di Lubuk Merbau dulu sekitar tahun 1985 ....  pergh... hebat... semuanya kerana kuatnyer pengaruh ketaksuban dalam parti politik yang menyebabkan ader nyawa yang melayang.... susah nak cakap.... sebab yang mati aderlah orang bawahan... tapi yang senang lenang orang atasan dalam parti.... boleh plak nak bersekongkol dengan parti musuh selepas berpuluh tahun insiden nih berlaku... aper daaa...

Dalam kes yang kat bawah nih... gua saspek benda yang samer gak terjadi... aper-aper pon.. kiter tunggu hasil siasatan PDRM.... tolong biarkan diorang buat kerja diorang... kiter jangan buat spekulasi.. jangan la pulak tuduh mamat nih yang buat kerja nih.... (my condolence to K. Murugan family)



Ingat... nyawa walau siapa pon orang tue.... kafir maupun muslim... tetap berharga disisi Allah Taala... dan bukan tugas lu orang untuk suka-suka nak pancung kapla ka... bunuh orang ka... aper ka.... Lu bukan Malaikat Maut.... Malaikat Maut pon kalu nak amik nyawa orang ... dier akan tanya Allah Taala dulu.... saper la lu orang nak memandai nak bunuh orang lain nih..... bangang ker aper....

Jadilah manusia... dan jangan jadi serangga..... ader paham ka???

15 February 2013

Insiden Di Lahad Datu

Bhai... Baru sekejap tadi gua dapat maklumbalas dari orang hubungan gua di Filipina... Diorang bagitau... Maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Filipina kepada Reuters adalah satu cover-up... Ianya bertujuan untuk melindungi maklumat perkara sebenar yang berlaku di dalam insiden Lahad Datu..

Bukan semua yang terlibat dalam insiden di Lahad Datu adalaha anggota special force tentera Filipina... Ramai orang awam yang ada pada insiden tersebut yang memang menuntut hak tanah di Sabah... Ada isu dalaman disana ... Namun tertahannya beberapa anggota special force tentera Filipina menjadikan perkara ini lebih rumit. Disahkan terdapat beberapa anggota yang telah tertangkap dan anggota ini adalah anggota sokongan kepada unit khas yang telah menyusup lebih awal.

Rundingan sedang berlangsung bagi penghantaran pulang anggota unit special force ini diantara dua negara. Dan usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan saki baki unit khas ini yang telah awal menyusup sebab tiada kerjasama daripada pihak tentera Filipina.

Intel yang gua dapat memberitahu bahawa terdapat satu agensi luar negara sedang memantau situasi ini dan berkemungkinan terdapatnya aset agensi ini beroperasi di Sabah. Ini tidak mustahil sebab gua memang tahu agensi ini dah memang ada asetnya di Malaysia sejak selepas perang Vietnam.. Masa dulu diorang nih beroperasi di Tengganu dan Kelantan...

Jadi... Pada pandangan gua aaaa... Adalah lebih baik sekira ya Amalilo diserahkan untuk menghadapi perbicaraan di Filipina dari membiarkan unit khas tentera Filipina beroperasi dan menyusup ke Malaysia atas sebab risiko keselamatan. Aper yang pasti.... Kerajaan Malaysia mesti akan menafikan perkara ini.. Dan semua agensi keselamatan negara juga akan pastinya menafikannya serta cuba untuk mengelak daripada memberikan jawapan....

Sori... Menulis dalam keadaan mengantuk menggunakan telefon bimbit.. Jadi ayat mesti cacamarba..... Hahaha.... Sori aaaa...

Berkaitan : Ops Lahad Datu

01 May 2012

BERSIH 3.0 : Insiden Depan Sogo

Bhai.. gua tau ramai yang dah publish gambar kat insiden nih... Tapi gua nak publish gak gambar yang gua amik untuk lu orang cek balik.. dan semak siapa sebenarnya mamat bertopi keledar tue...


Dan lu orang tengok plak gambar mangsa yang kena langgar tue... ader sorang lagi mangsa gua tak sempat nak amik gambar...


Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1