Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

13 January 2021

Berbelit Lidah Nampaknya Persatuan Insuran dan Takaful

Bhai/DeeDee semua...

Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah membuat kenyataan mereka berkenaan isu Insuran dan Takaful semasa Darurat.

Namun kedua-dua pihak telah mengatakan bahawa untuk mendapat maklumat lanjut, penegang polisi hendaklah menghubungi syarikat penanggung Insuran dan Takaful yang berkenaan.

Ini gua nak bagitau.

Kenyataan Media kedua-dua Persatuan sebenarnya tiada kuasa “mengikat” dari sudut undang-undang terhadap polisi Insuran / Takaful yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak pemegang polisi dan syarikat penanggung risiko. Ianya hanya sekadar panduan semata-mata.

Jadi walau apa pun kenyataan media dari pihak Persatuan, ianya tidak memberikan apa-apa makna yang jelas atas dokumen “legal” yang telah dipersetujui oleh dua-dua pihak (pemegang polisi dan syarikat penanggung risiko)

Syarikat Penanggung Risiko berhak untuk menentukan takrifan mereka sendiri berdasarkan terma dan syarat yang telah dinyatakan dalam dokumen polisi.

Pematuhan berdasarkan garis panduan dan terma serta syarat yang tertera dalam dokumen polisi adalah sesuatu yang “mengikat” dari sudut undang-undang.

Harap maklum.

(ini adalah sambungan dan penjelasan lanjut dari post blog gua yang pagi tadi). Sekian.

P/S : Arahan Moratorium BNM pun bank-bank buat bodoh ja tak berapa nak ikut walhal BNM adalah autoriti... yang bagi lesen... bukannya macam level persatuan ja...

Terkini: 

Hehehe... Persatuan Insuran Hayat Malaysia (LIAM) pun dah keluar statement..

Tapi baca betul-betul statement LIAM

“Tuntutan akan dibayar mengikut terma dan syarat seperti yang dinyatakan didalam polisi mereka” - Presiden LIAM (Loh Guat Lan)

ingat... dalam polisi mengatakan dengan jelas perlindungan tak support dalam keadaan darurat.

Takrifan boleh diperbuat pelbagai cara. Kena faham tu.



1 comment:

  1. Bro..gua nak kepastian la..klu dah istihar darurat kuasa pemerintahan terletak pd agung yg pakai pangkat field Marshall.. mcm mana tu...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1