Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

23 April 2012

Tamaddun Islam, Subjek IPTA/IPTS Atau Ruang Dakwah?

Bhai.... gua takkan amik sebijik-sebijik tulisan orang lain... tapi yang ini terkecuali... baca dan pahamkan...

Warkah buat pensyarah TITAS dan pelajarnya (Zahiruddin Zabidi @ Malaysiakini)

Apabila subjek Tamadun Islam Tamadun Asia (TITAS) diwajibkan bagi semua IPTA/IPTS seluruh negara sebagai satu daripada subjek teras, ia merupakan suatu rahmat khususnya kepada para pensyarah yang berposisi sebagai pendakwah.


Meskipun hanya satu subjek sahaja sepanjang pengajian berlangsung sama ada bagi program diploma atau sarjana muda selain daripada pengajian Islam, andai peluang ini digunakan dengan seoptimum yang mungkin, pasti banyak kebaikan yang mampu dijana dari sana.

Meskipun Malaysia sudah merdeka selama 55 tahun dan agama rasmi persekutuan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan adalah Islam, namun ramai daripada rakyat bukan Islam di negara ini masih tidak faham malah tidak tahu langsung mengenai Islam secara tuntas.

Kebanyakan mereka apabila ditanya mengenai Islam mungkin akan mengungkapkan yang negatif berdasarkan maklumat yang mereka perolehi daripada media massa seperti isu hukum hudud yang dijenamakan sebagai hukuman potong tangan jadi sup bagi pencuri dan lain-lain.

Berdakwah bagi mengajak bukan Islam kepada Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam, namun menjadikan ia sebagai suatu lapangan dan jurusan khusus menjadikan Islam tiada beza dengan gerakan misionari Kristian yang sememangnya didanai dengan dana yang besar.

Mereka malah dibayar gaji yang lumayan bagi setiap pendakyah mereka malah mampu pula membiayai mereka yang masuk ke dalam agama Kristian. Ternyata inisiatif sebegitu bukan manhaj yang utama dalam dakwah Islam.

Sebenarnya Islam tidak perlu kepada sebuah gerakan khas dan label bagi menjadi pendakwah kepada bukan Islam.

Ini kerana semua daripada orang Islam diwajibkan berdakwah, ulama kemudian juga banyak mengarang mengenai cabang-cabang dakwah yang diwajarkan berdasarkan kepada kemampuan dan posisi kesesuaian seseorang Muslim itu.

Islam tidak pernah membebankan manusia sehingga tertanggal norma manusiawi mereka bagi menjadi seorang pendakwah.

Pensyarah sebagai pendakwah efektif

Posisi pensyarah sebagai pengantara antara ilmu, akhlak dan pemikiran pelapis masyarakat yang terpilih adalah yang terbaik bagi melakukan proses penerangan dan pemahaman kepada bukan Islam terhadap Islam. Ini bertepatan dengan tujuan TITAS diwajibkan kepada seluruh warganya.

Justeru, menjadi peranan pensyarah tersebut bagi menerangkan, memahamkan dan paling tidak membetulkan persepsi bukan Islam kepada Islam secara keseluruhan dan bukan hanya dalam konteks di Malaysia.

Pastinya, jika seorang pensyarah itu mempunya tekad bagi mengislamkan seramai mungkin pelajarnya itu adalah suatu perkara yang baik, namun perlu diingatkan akan pesan Allah kepada Rasulullah SAW sendiri tatkala bapa saudara baginda, Abu Talib meninggal dunia bahawa hidayah adalah urusan dan hak Allah taala dan Dia berhak menentukan siapa yang mendapat dan siapa yang terhalang daripadanya.

Apa yang lebih penting adalah memberi kefahaman yang sebenar mengenai Islam kepada mereka semua dengan sasaran paling tidak persepsi mereka terhadap Islam yang selama ini negatif akan berubah, cukup sekadar mencetuskan mahu mereka dalam memahami dan mendalami dariapada sumber dan perspektif yang sewajarnya.

Dalam isu ini ulasan dan penjelasan Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud dalam buku berjudul Rihlah Ilmiah Wan Mohd Nor Wan Daud; Dari Neomodernisme kepada Islamisasi Ilmu (2012) di bawah tajuk "Peranan Institusi Pengajian Tinggi: Kursus Tamadun Islam" (hlm 381-404) sangat baik bagi dirujuk dan dipanjangkan perbincangan khususnya oleh pihak IPTA/IPTS.

Keutamaan mendalami sejarah Rasulullah

Biasanya skema pembelajaran berdasarkan buku teks sudah ada, si pensyarah cuma perlu ikut sahaja. Komposisi markah contohnya - peperiksaan pertengahan semester 20 peratus (atau ditukar kepada dua kuiz dengan 10 peratus tiap kertas), tugasan 20 peratus, kehadiran 10 peratus dan peperiksaan akhir 50peratus.

Semuanya 100 peratus. Ia tetap bergantung kepada pensyarah bagaimana mereka mahu membahagikan pemberian markah tersebut.

Apa yang menarik perhatian adalah bagaimana ruang tersebut, paling tidak pada bahagian tugasan mampu dieksploitasikan secara kreatif bagi mendedahkan pelajar kepada sesuatu isu khusus yang memungkinkan mereka kenal siapakah sebenarnya Nabi Muhammad SAW sekali gus Islam itu sendiri.

Dalam hal ini, penulis pernah mengeposkan satu status seperti berikut di laman sosial Facebook bagi mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada sahabat maya yang kebanyakannya mereka yang mempunyai daya wacana yang tinggi. Status itu berbunyi seperti berikut:

"Sebagai seorang pensyarah subjek Tamadun Islam & Tamadun Asia (TITAS), mana lebih utama antara memahamkan pelajar (khususnya bukan Islam) kepada asas fundamental Islam (Islam, iman dan ihsan) atau memperkenalkan Nabi Muhammad SAW setuntasnya? Mohon pandangan tuan puan yang budiman...."

Ternyata status itu mendapat respon yang pelbagai daripada pengomen dari pelbagai latar belakang. Ada wartawan, ada aktivis yang mempunyai jawatan tertinggi dalam organisasi dakwah dan parti Islam, ada bekas setiausaha sulit seorang menteri besar dipanggil tuan guru.

Respons hampir setara antara yang memilih perlu fahamkan pengetahuan fundamental namun dalam masa yang sama lebih ramai yang memilih perlu difokuskan kepada pengenalan akan kemuliaan Nabi Muhammad SAW kerana dengan mengenali baginda mereka akan lebih memahami dan mengetahui apa yang dibawa olehnya.

Ada juga yang agak keras dan menyatakan mustahil pisahkan antara keduanya dan mesti bijak menyesuaikan antara kedua. Dalam erti kata perlu ‘kahwinkan' keduanya.

Dalam isu ini, penulis melihat tiada isu memisahkan antara kedua unsur penting ini namun isunya adalah yang mana perlu difokuskan dan memastikan ia mencapai matlamat yang ditetapkan. Secara peribadi, andai penulis adalah pensyarah tersebut matlamat penulis paling tidak di akhir semester siapakah sebenarnya Nabi Muhammad SAW?

Dan apakah pula sifatnya dan juga apakah itu agama Islam dan apakah pula ajarannya. Yang mana perlu diutamakan apatah lagi jika kelas tersebut ramai bukan Islam dan mungkin universiti yang tidak ramai pelajar Islam seperti Universiti Tun Abdul Razak (UTAR).

Penulis cuba bayangkan diri sendiri sebagai pensyarah TITAS dan mengajar pula di universiti seperti UTAR. Antara kedua fokus tersebut yang mana perlu ditekankan?

Dalam hal ini, memandang kepada suasana, masa dan tempat, perkara pertama yang penulis pilih untuk memahamkan dan memperkenalkan mereka kepada Nabi Muhammad SAW.

Sebelum memberitahu apakah itu Islam sedalamnya, sementelahan pula ia subjek tamadun Islam dan tamadun Asia, penulis fikir dengan membuat perbandingan sumbangan tokoh-tokoh hebat dalam agama lain dan sumbangan mereka terhadap ketamadunan mereka sendiri, menonjolkan nilai dan pujian daripada sumber-sumber Orientalis dan tokoh bukan Islam lain.

Malah membuat perbandingan dan penilaian kritis terhadap penulisan yang mengkritik baginda Rasulullah SAW daripada para penulis Barat pasti menelurkan sesuatu yang positif terhadap persepsi mereka.

Itu bagi proses pembelajaran yang boleh dinamakan "meluahkan kebenaran di sebalik persepsi". Kemuncak bagi mendedahkan siapa Nabi Muhammad SAW selepas menggunakan data-data daripada Barat seperti 100 Most Influential Person in History karya Michael H Hart, pendapat Adam Pearson seorang sejarahwan Inggeris, mungkin para Orientalis yang kemudian masuk Islam seperti Martin Lings, Maryam Jameelah, JR. Arbery, Karen Amstrong, Leopold Weis dan ramai lagi sebagai pembuka wacana kepada siapakah Muhammad dan apakah pandangan cendekiawan Barat terhadapnya, dari sisi positif dan negatif.

Pendek kata, para pensyarah sememangnya perlu menguasai dan membuat ulang kaji dan persediaan yang rapi bagi misi ini kerana peluang keemasan seperti ini tidak didapati secara mudah.

Apakah ini berkaitan dengan pengajian tamadun Islam, penulis katakan ya. Ini adalah kerana ketamadunan Islam yang gemilang selama hampir 13 abad kemudiannya adalah kerana sosok ini dan beliau berjaya mentranformasikan (islah) masyarakat Arab jahiliah yang pagan dan hidup dalam keadaan yang hina pada pandangan tamadun lain kepada tamadun yang paling berpengaruh dalam dunia dalam masa hanya 23 tahun sahaja.

Persoalannya, tamadun mana yang mampu terbina dengan usaha hanya dalam masa yang sedemikian? Ini yang perlu ditekankan, bagaimana Nabi Muhammad SAW berjaya melakukannya.


Kemudian, kemuncak kepada wacana siapakah Muhammad ini dengan mendedahkan kepada para pelajar kepada buku dan sumber mengenai Nabi Muhammad SAW melalui sumber Islam itu sendiri.

Malah penulis memikirkan bentuk tugasan mereka adalah ulasan, penilaian dan kritikan mereka terhadap sebuah buku mengenai Nabi Muhammad dan penulis akan syorkan buku Biografi Muhammad bin Abdullah (2011, PTS Islamika Sdn Bhd) atau Muhmammad karya Karen Amstrong sebagai bahan asasnya.

Ulasan paling minimum 10 muka surat yang membawa markah 10 peratus untuk kertas kerja ulasan dan 10 peratus lagi adalah untuk persembahan kemudiannya.

Kenapa kedua naskhah itu yang dijadikan rujukan sedangkan banyak buku lain yang ditulis mengenai Nabi Muhammad SAW? Ini kerana kedua buah buku itu ditulis dan dipersembahkan bukan dalam bahasa khusus orang Islam yang tinggi pengetahuan agamanya (jangan lupa fokus kita adalah bukan Islam di Malaysia) yang sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang boleh membaca dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

Malah penulis mengimpikan bagi membukukan kertas kerja mereka dengan tema pandangan bukan Islam terhadap Nabi Muhammad SAW berdasarkan buku-buku yang mereka baca serta cetusan kefahaman daripada pensyarah mereka.

Mungkin ia agak idealis, namun pengalaman dalam dunia penerbitan menyatakan, tidak mustahil idea itu boleh menjadi kenyataan.

Diktator akademik musuh kebenaran

Subjek TITAS adalah ruang dan peluang yang sangat penting bagi menentukan persepsi terhadap Islam bagi golongan menengah ke atas dan mungkin profesional pada kemudian hari.

Dengan kefahaman yang tuntas mengenai siapakah Muhammad dan apakah Islam yang dibawanya, penulis yakin masyarakat masa depan akan lebih memahami hakikat Islam sebenarnya dan akan berasa bersyukur berada dalam sebuah negara umat Islam.

Pensyarah adalah pusat penyelarasan dalam usaha ini, persediaan modul dan perancangan isi perbincangan, matlamat yang jelas dengan data-data ilmiah perlu dirangka dan dijadikan bahan perbincangan agar pencerahan itu datang dalam keadaan fitrah kemanusiaan yang tercetus melalui hati nurani apabila didedahkan kepada kebenaran.

Salah andai memaksa mereka menelan kebenaran dengan ugutan nilai markah dan sebagainya. Diktator akademik tetap merupakan musuh kepada kebenaran, ini kerana kebenaran tidak boleh dipaksa dan ia perlu dirasai sendiri oleh kelompok sasaran.

Matlamat utama yang jelas iaitu memperkenalkan, memahamkan dan bukan memaksa apatah lagi memaksa mereka masuk Islam kerana tugas pensyarah selaku murabbi, muallim, muaddib dan mufassir adalah melorongkan taufik melalui ilmu dan kefahaman yang benar dan jelas.

Manakala bagi mendapatkan hidayah ia ketentuan mutlak Allah berpunca daripada usaha mereka sendiri. Firman Allah yang bermaksud:

"Jika mereka tetap berpaling, maka sesungguhnya kewajiban yang dibebankan atasmu (Muhammad) hanyalah menyampaikan (amanat Allah) dengan terang." (Surah an-Nahl, ayat 82)

Isunya, jika dibandingkan antara orang bukan Islam yang mempunyai ilmu pengetahuan jelas mengenai Islam mencari hidayah dengan yang tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan yang jelas, yang manakah akan lebih berkualiti?

Apatah pula kefahaman mereka terhadap Islam adalah kerana pernah menduduki kelas TITAS yang dikendalikan oleh kita sebagai pensyarahnya. Semoga ia menjadi al-ilmu yuntafiubih.


No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1