Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

23 July 2014

MH17 : Impak Dan Trajektori Peluru Berpandu

Bhai/DeeDee semua...

Gua bukanlah seorang expert dalam teknologi peluru berpandu, tapi dengan pengalaman dan latihan yang pernah gua dapat.... Gua boleh simpulkan analisis dibawah ini... Sori kalu tak berapa tepat... Harap lu orang semak ngan pakar peluru berpandu yang ader aaaa... Sebab gua cuma ader pengalaman ngan STINGER, METIS-M, SILKWORM, IGLA, STARBURST jer....

Nih gua nak citer pasai peluru berpandu dari jenis SAM (surface to air) dan AAM (air to air) dan bukannya jenis Anti Tank atau Cruise Missile (clustered dan tidak clustered).... Okeh aaa...

Just nak remind awal aaa... SAM dan AAM tak semestinya rely pada heat signature (heat seeking) sahaja tapi banyak yang moden dilengkapi dengan RADAR dan LIDAR... Tak paham kalu sila tanya Lebai Google... Hahaha

Okeh... Bagi dua jenis peluru berpandu SAM dan AAM nih... Mode of detonation tidak semestinya on impact... Bermaksud bagi kedua-dua jenis missile nih... Kemungkinan untuk ianya tepat direct hit kepada sasaran baru meletup adalah tidak semestinya (walaupun ianya dilengkapkan dengan mode ini - detonation on impact).

Tapi mostly peluru berpandu SAM dan AAM nih beroperasi pada dual mode iaitu  mode detonate on impact dan mode detonate on close proximity.

Jadi selepas peluru berpandu dilancarkan dari peralatan pelancaran, booster motor akan lonjakkan peluru berpandu jauh dari pelancar sebelum motor utama peluru berpandu akan dihidupkan dan biasanya dalam masa kurang 15 saat, peluru berpandu sudah mencapai kelajuan Mach 1 bergantung kepada design rekabentuk teknologi propulsion roket motor dier... 

Dan sistem detonation akan dihidupkan setelah motor utama ini beroperasi... Ini adalah standard biasa mana-mana peluru berpandu tak kisah la dari jenis SAM, AAM, Anti Tank ataupun jenis Cruise.

Bagi kes MH17.... Bagaimana kita akan dapat mengesan impak letupan lah yang akan menentukan dari mana peluru berpandu itu dilancarkan sama ada dari SAM atau AAM berdasarkan kepada impak dan trajektori..

Bagi kes AAM, biasanya peluru berpandu ini akan selari satu paras dengan pesawat tersebut dan berada berdekatan (close proximity sekitar 1 hingga 3 meter) barulah ianya meletup (detonate)

Tapi bagi SAM... Biasanya sudut impak adalah dari bawah dan bukannnya tepi berdasarkan kepada trajektori... Tapi masih mengekalkan mode close proximity detonation dan mode detonate on impact.

Aper pon... Biarlah pakar penerbangan yang menentukan impak sebenar yang berlaku pada MH17... Tapi macam gua bagitau tadi la... Semua bergantung kepada sudut impak dan trajetori... Barulah kita dapat tau sama ada BUK M1 yang tembak atau mana-mana SAM

Tentang peluru berpandu Anti Tank.. Gua paling suka teknologi HEAT dimana rod titanium yang disalut dengan depleted uranium digunakan untuk menembusi lapisan armor kereta kebal dan seterusnya membakar semua yang ada dalam kereta kebal tersebut pada suhu lebih 1000 darjah celcius.. Ini teknologi terbaek...

So... Ini analisa dan ulasan gua... Harap ader sesapa yang lagi mahir boleh ulas atau kritik... Gua takder hal.. Sebab teknologi nih berubah dengan cepat... 

Hahaha....

6 comments:

  1. tak apa itu kecik punya hal yang ponting pasai apa itu kapai jugak kena tembaaak
    kena tembak meletup kena tembok pun meletup yang pasti cerita nya satu orang kena letup satu kapai pulak kena letup satu letup dibumi satu letup diudara
    ada satu pengajaran jangan suka buat dzolim

    ReplyDelete
  2. Forensic pathologist boleh identify weapon leading to cause of death based on pattern of injuries on the dead body/ies. Kalau campur expertise of different disciplines, I am sure the outcome/conclusion will be accurate. My 1/2 cent opinion.

    ReplyDelete
  3. lima hari lu godek2 lebai google pasal peluru berpandu, rumusan mcm ni je lu nk kongsi? hahahahah selamat hari raya..

    ReplyDelete
  4. sbnrnya kita di berikan gambaran yg salah. perhatian kita diarahkan kpd system anti udara SAM BUK M1. mereka tak sebut pun peluru berpandu udara ke udara. radar awam Russia ada rakaman blip (disyaki pesawat SU 25) yg tetiba muncul dekat MH17 sblm MH17 hilang dr radar. Russian mengesyaki bhw mungkin SU 25 tsb menembak MH17.
    penggunaan system bumi ke udara akan mengeluarkan asap yg tebal dan dpt dilihat. lain pula dgn system udara ke udara yg menggunakan peluru berpandu yg lebih kecil dan ringan yg tak dpt dilihat pada ketinggian MH17.
    skrg ini Russia meminta amerika mengeluarkan gambar dari satelit pengesan peluru berpandu mereka yg berada diatas sms kejadian. amerika tak kan berani keluarkan gambar yg akan mengaitkan tembakan kpd Ukraine. sudah pasti mereka tak kan berani buat gambar palsu krn Russia sudah tentu ada rakaman radar dari awac dan radar tentera yg lebih jelas.
    sampai skrg amerika tak keluarkan secebis pun dokumen utk membuktikan tuduhan mereka.

    ReplyDelete
  5. http://notamengajarbelajar.blogspot.com/2014/07/video-sebenar-detik-sebelum-pesawat-mh.html?m=1

    ReplyDelete
  6. based pada video MH17 terhempas, bodynya masih elok pada mata kasar..jadi, benarkah missile yg membuatkannya terhempas?

    atau system malfunction dan pilot tak mampu buat apa2?

    unless sperti C++ kata missile tu tembus ke dalam body kapalterbang dan kemudian baru meletup/keluarkan heat yg melampau menyebabkan sistem malfunction dan manusia terbakar dalam tu sehingga menyebabkan pilot mati??

    aymy8888

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1