Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

19 November 2015

Wah. Ini Sudah Semakin Menarik...

Bhai/DeeDee semua...

Gua dapat maklumat semalam bahawa tindakan YAPEIM membuat laporan polis berkaitan dengan pendedahan NOW adalah bersalahan dengan AKTA 711 iaitu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang telah dikuatkuasakan oleh Parlimen Malaysia...

Nampaknyer.... Terdapat percanggahan tindakan yang boleh diambil.... Kalau PDRM  menangkap, menyiasat dan mendakwa NOW atas sebab laporan polis ini.... ianya secara tidak langsung akan bersalahan dengan AKTA 711...

Jadi... macam mana nie??? Hahaha...


Soalan Lazim : AKTA PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT (AKTA 711 )

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711]?

Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] ialah akta yang baru digubal bagi memperuntukkan perlindungan terhadap Pemberi Maklumat yang telah mendedahkan sesuatu kelakuan tidak wajar. Sebagai contoh,sekiranya seseorang Pemberi Maklumat itu mendedahkan kesalahan rasuah majikan atau rakan mereka sendiri di tempat kerjanya, maka beliau berhak untuk mendapatkan perlindungan di bawah akta ini.

2. Apakah perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat?

Perlindungan yang diberikan merangkumi tiga perkara seperti berikut: perlindungan maklumat sulit. Sebagai contoh, maklumat mengenai identiti, pekerjaan, alamat kediaman, tempat pekerjaan dan lain-lain; kekebalan daripada tindakan sivil atau jenayah yang cuba dikenakan terhadap pemberi maklumat.Sebagai contoh, seseorang pemberi maklumat, tidak boleh disaman atau didakwa oleh pihak yang telah didedahkan kelakuan tidak wajarnya; dan perlindungan terhadap tindakan yang memudaratkan. Sebagai contoh, seorang pemberi maklumat telah memberi maklumat mengenai perbuatan rasuah majikannya. Jika majikannya ingin mengambil tindakan balas seperti membuang kerja si pemberi maklumat itu, maka pemberi maklumat itu adalah dilindungi di bawah akta ini.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kelakuan tidak wajar?

Kelakuan tidak wajar bermaksud suatu kesalahan yang boleh terjumlah kepada kesalahan tatatertib atau kesalahan jenayah. Kesalahan tatatertib bermaksud tindakan yang melanggar tatatertib dalam badan awam atau badan swasta. Kesalahan tersebut hendaklah diperuntukkan oleh undang-undang atau dalam suatu tatalaku, kod etika atau pekeliling atau kontrak kerja. Manakala kesalahan jenayah pula adalah kesalahan yang telah diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang jenayah Negara ini seperti Kanun Keseksaan.

4. Apakah pula yang dimaksudkan dengan tindakan yang memudaratkan?

Tindakan yang memudaratkan termasuklah perbuatan mencederakan, ugutan, gangguan, diskriminasi, penamatan perkhidmatan, gantung kerja, ancaman atau apa sahaja yang menyebabkan kerugian yang disebabkan oleh mana-mana orang ke atas pemberi maklumat.

5. Kepada siapakah Akta ini terpakai?

Akta ini terpakai dalam kepada mereka yang berada dalam sektor awam dan swasta. Semua badan, agensi dan jabatan di bawah Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan, badan berkanun dan badan swasta seperti syarikat adalah tertakluk kepada pemakaian Akta ini.

6. Bilakah pemberi maklumat akan dilindungi di bawah Akta ini dan adakah pembatalan boleh dilakukan terhadap perlindungan yang telah diberikan?

Pada saat pemberi maklumat mendedahkan kelakuan tidak wajar (aduan), dia sudah menikmati perlindungan di bawah Akta ini.Perlindungan ini akan kekal selama-lamanya kecuali dibatalkan di bawah seksyen 11 Akta ini. Antara sebab-sebab pembatalan perlindungan adalah : pemberi maklumat sendiri telah menyertai kelakuan tidak wajar itu; pemberi maklumat sengaja membuat pernyataan palsu; pendedahan adalah remeh atau menyusahkan; pendedahan mempersoalkan merit dasar Kerajaan; pendedahan dibuat semata-mata untuk mengelak daripada dibuang kerja/tindakan tatatertib yang lain; dan pemberi maklumat telah melakukan kesalahan di bawah Akta ini.

7. Sekiranya saya mempunyai maklumat mengenai kelakuan tidak wajar mengenai majikan saya, siapakah atau di mana saya perlu mendedahkan maklumat tersebut? Bolehkah saya mendedahkan melalui e-mel, telefon atau surat?

Pemberi maklumat boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysa (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya. Agensi penguatkuasaan tidak akan menolak pendedahan tersebut atas dasar “no wrong door policy”.

Mengikut Akta ini, pendedahan boleh dibuat secara lisan atau bertulis. Pegawai yang diberi kuasa hendaklah mengubahnya ke dalam bentuk bertulis. Pendedahan boleh dibuat secara e-mel, telefon atau surat tetapi tetap perlu hadir untuk pengesahan.

Untuk melindungi pemberi maklumat tersebut, pegawai yang diberi kuasa akan menghubungi pemberi maklumat untuk menghadiri temujanji supaya perlindungan di bawah Akta ini dapat dilaksanakan.

8. Apakah remedi yang boleh dituntut oleh seseorang pemberi maklumat sekiranya tindakan memudaratkan telah dikenakan terhadapnya?

Pemberi maklumat dan orang yang mempunyai hubungan atau kaitan dengan pemberi maklumat boleh menuntut remedi daripada mahkamah jika tindakan yang memudaratkan sebagai tindak balas terhadap pendedahan kelakuan tidak wajar telah diambil atau pemberi maklumat bimbang tindakan yang memudaratkan akan diambil terhadapnya. Remedi yang boleh dituntut oleh pemberi maklumat : Ganti rugi atau pampasan; Injunksi (tegahan); atau Relief lain yang difikirkan patut oleh mahkamah.

9. Bilakah Akta ini dikuatkuasakan?

Akta ini telah dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010. 

SUMBER

7 comments:

  1. Salam C++

    Malaysia Boleh yob.

    Nak jadi cerdik boleh. Nak jadi bodoh pun boleh.

    Wakaka!

    Kalau stress pi hisap vape cap jenglok. Mudah2an cepat jadi kaum kerabat hantu itu.

    ReplyDelete
  2. kih kih kih...

    inchik perisek sila baca point no 7...

    kalu tak jumpa ni chek tempek kat bawah naa...

    " 7. Sekiranya saya mempunyai maklumat mengenai kelakuan tidak wajar mengenai majikan saya, siapakah atau di mana saya perlu mendedahkan maklumat tersebut? Bolehkah saya mendedahkan melalui e-mel, telefon atau surat?
    Pemberi maklumat boleh mendedahkan maklumat tersebut kepada mana-mana agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysa (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen Malaysia dan sebagainya. Agensi penguatkuasaan tidak akan menolak pendedahan tersebut atas dasar “no wrong door policy”."

    maknanya kena dedah maklumat ke agensi yang dinyatakan sahaja...

    dedah kat blog tak main naa...

    ReplyDelete
  3. masih ada ruang pm (pembocor maklumat) dikhianati
    awas jangan lalai
    memang peruntukan untuk lindung pm nampak menarik tapi
    apa saja boleh jadi
    kena ada usaha cari pelindung tambahan
    kalau ada orang menyamar pegawai nak temu janji bila jumpa pm dicolek
    bahaya jugak tu

    ReplyDelete
  4. semua berebut buat ekrja haram dan menyamun...inilah UMNO yg dipuja oleh PAS.

    ReplyDelete
  5. dalam kes ini pendedah maklumat tidak diberikan nasihat yg sepatutnya..ni main terjah je namanya ni..point no 7 tidak diikuti..kesian pendedah maklumat ..ini dah kes aniaya..sapa lah yg suruh mamat tu dedahkan kes ni tanpa ikut prosedur yg sepatutnya...hang sorang dok dalam dahlah..ni nak orang lain dok dalam jugak...

    aymy8888

    ReplyDelete
  6. Dlm media tak cover la bhai...only to enforcement agency..lu punya agensi pun boleh kot...hahaha..tak payah peniup wisel..

    ReplyDelete
  7. klau hanya kat ajensi yang tertettu shaja boleh dibocor apa nak diharap
    denagn gelaran permbocor maklumat
    bila bocor kat ajensi selalu jadi basi (kalau kes berkaitan puak depa) kalu ada kaitan ngan musuh depa alamatnya jadi bubur lambuk la siap sedekah maklumat lagi
    permbocor maklumat di media itu baru dikatakan betoi punya bocor
    kes bocor tidak boleh disorok dari umum bagi orang ramai tahu
    tindakan lanjut ituu kerja ajensi berkaitan
    ada berani ka - semua cakap besar jugak haprak tetap haprak

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja