Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

11 May 2014

Karipap Pun Kena GST

Bhai/DeeDee semua...

Anak gua suka makan karipap... Karipap inti ubi keledek... 


Dulu masa gua kecik... Jarang sangat ader jumpa karipap inti keledek... Rata-rata karipap 40 tahun dulu semuanya inti kentang... Udah la saiznyer besar gedabak... Makan sebijik pon dah rasa kenyang... Susah nak abiskan masa kecik dulu tue..

Lepas tue... Sekitar tahun-tahun 90'an... Dah mula banyak sana sini karipap inti campur (kentang dan keledek)... Rasa sudah ader manis skit.. Rasa kari rempah pon sudah manis skit... Tapi still rasa kari rempah tue kuat... Saiz masih maintained walaupun ader sesetengah tempat dah mula saiznya susut...

La nih... Dah jadi rare karipap inti kentang.. Susah nak jumpa... Harga kentang pon dah mahal... Rasa rempah kari pon dah macam ader takder jer... Dalam banyak kes... Ilang dah rasa kari... Hahaha... Dan saiznyer sudah semakin keding... Kecik dan kurus... Tak gebu cam dulu... Inti pon tak padat... Biler goncang karipap tue berbunyi intinya... Hahaha

Dan sekarang nih... Karipap biasa nih sudah jadik RM0.50 sebijik... Terkojot den tadi masa beli... Minggu lepas beli 6 ketul 2 hinggit... La nih 6 ketul dah jadi 3 hinggit...  Aiyo...

Ini baru karipap biasa / standard... Bukan macam karipap yang ader satu makcik kat Taman Gelora Kuantan tue jual... Yang itu lain ... Saiznya agak besar skit dan ader inti ayam (tapi skrang nih banyak tulang dan kulit dari isi ayam)

Yang kat Taman Gelora tue.. Pada tahun 1995 -1996 harga baru 30 sen sebijik... Pada 2000 harga susah jadi 50 sen sebijik.... La nih sudah jadik 1 hinggit sebijik...

Agaknyer la... Kalo GST dah diimplement nanti... Karipap yang makcik nih jual kat Taman Gelora Kuantan nih pasti naik harga jadi paling cikai seringgit dua kupang... Hahaha... Cepat la pi Mekah balik hari kalu camnie punya harga... Hahaha

Tapi gua rasa aaa... Kalo karipap biasa / standard mungkin naik 7 kupang sebijik... Aper ader hal Makcik yang jual karipap kat Taman Gelora Kuantan tue nak naikkan harga jadi seringgit lima kupang kot.... Hahahaha...

Ini gua tak citer tentang rege Karipap Gergasi yang orang dok jual kat area Kuala Selangor tue yang skrang nih dijual pada harga tiga ringgit lima kupang tue... Mungkin jadik rege lima ringgit kot kalu GST berjalan..

Ater cepat la demer nak pi Mekah balik hari la lepaih nih... Hahaha... Kaya.. Kaya... Yahoo... Google... Excite... Bing... Altavista...  

12 comments:

  1. Bhai C++, time 1960an-70an dulu, karipap kentang baru 0.10sen-0.20sen jer sebiji. Macam kau cakap, makan sebiji pun dah kenyang.

    2 minggu lepas aku cari buku kat Kinokuniya, lepas tu singgah kat tempat makan kat bawah tu. Aku beli karipap kat KLCC,ingatkan dalam 0.80sen rupanya kena RM2.00 sebiji. Dah lah kecik, rasa pulak macam ci**i . Menyesal betul.

    MerakLangit Al-Rengami.

    ReplyDelete
  2. sabarla masih ramai Geng Suka Tol yang suka bayar harga mahal hari hari
    yang kurang mampu berjimatlah dimana patut

    ReplyDelete
  3. GST x kena pd makanan dan juga makcik yg jual karipap tepi jln x perlu daftar lesen gst <RM500k

    ReplyDelete
    Replies
    1. hang tanam gandum sendiri ka ..?

      Delete
  4. gst ialah kegiatan mencukai orang miskin. Katakan kita mempunyai pendapatan yang sedikit dan mewarisi rumah dari orang tua yang meninggal, oleh kerana rumah itu rumah lama, rumah itu uzur dan perlu diperbaki. kita yang mempunyai pendapatan yang sedikit akan cuba memperbaiki rumah itu sendiri dengan bantuan anak atau rakan terdekat yang mungkin sedang cuti, jadi kos buruh di sini adalah hampir percuma.
    Barang yang perlu dibeli dikedai seperti simen, paku pasir, bata, papan dan atap akan dikenakan cukai gst, jadi kita yang miskin ini akan membayar harga yang mahal.Katakan rakan kita yang kerjanya adalah kontraktor buat dan baiki rumah.setiap sen duit yang dibelanjakan untuk gst tadi, kontraktor itu akan membuat tuntutan kepada kerajaan, jadi harga yang dibeli oleh kontraktor itu lebih murah dari orang miskin yang cuba mebaiki rumah sendiri.
    Disini menimbulkan dilema adakah orang miskin tadi patut mengupah kontraktor untuk memperbaiki/membuat rumah rumah yang mampu dia lakukan sendiri semata-mata untuk mengurangkan kos bahan.

    ReplyDelete
  5. gst ialah kegiatatn mencukai orang miskin. Katakan kita orang yang memounyai pendapatan yang kurang meawrisi rumah yang uzur dan hampir roboh dari oarang tua kita. jadi kita akan memperbaiki sendiri rumah itu dengan bantuan anak dan rakan terdekat, jadi kos buruh adalah hampir percuma. Barangan yang perlu kita beli seperti simen, pasir, bata, atap, papan,paip, yang perlu dibeli oleh kita akan dikenakan cukai gst.
    katakan satu situasi lain iaitu rakan kita yang kerjanya sebagai kontraktor yang membuat/memeperbaiki rumah untuk dijual, kontraktor tadi akan membuat tuntutan terhadap cukai gst yang dibayarnya menyebabkan barangan yang dibelinya adalah lebih rendah dari orang miskin seperti kita

    ReplyDelete
  6. ... kami tak boleh berbuat apa-apa ke atas peniaga-peniaga karipap nie... mereka nie ada tonto yang sentiasa menganggu tugas kami...

    COBOL

    ReplyDelete
  7. Salam Tuan. Saya kerap menjenguk di sini gak tapi tak tinggalkan komen, namun hari ni bila membaca tajuk ni, menyembur teh o saya!! hahahahahahahaha..

    ReplyDelete
  8. hang nak berak ka ... nak kencin ka .... kena gst juga ...!!!!!!

    ReplyDelete
  9. Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
    Baca selanjutnya...


    Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



    Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

    ReplyDelete
  10. GST ni memang menindas rakyat la.. macam mana lebih 160 negara yang amalkan GST ni rakyat dia macam lembu dicucuk hidung ni.. tengok malaysia, rakyat dia bangkit membantah GST. Rakyat malaysia lebih bijak dari USA, Jepun dan Britain kerana rakyat negara tersebut menerima GST!

    ReplyDelete
  11. Pulangan pada rakyat kecik, jalan raya upgrade time PRU PAS TU BIAR BERLUBANG BERTEMPEK, KENA TOL LAGI, ASIK JEM PULAK TU, REGA MINYAK dan KETA TAK TURUN2 padahal jual kat negara luar lagi MURAHHH, GAJI NAIK MACAM SIPUT SEDUT, HARGA BARANG NAIK IKUT HARGA PETROL TAPI TAK TURUN2 LANGSUNG...NAK PULAK BARANGAN BABY TAK DE DALAM LIST BEBAS GST.. Mangkuk hayun MELAYU YANG sokong GST..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja