Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

10 July 2011

Siapa Untung Siapa Rugi

Bhai.. persoalan untung rugi nih... memang kalu citer boleh amik masa 100 hari 100 malam.... hahaha... betul dak.... Anyway... pertama sekali... gua ucapkan takziah kepada keluarga seorang peserta BERSIH 2.0 yang telah dijemput oleh Allah (meninggal dunia)... Ajalnya telah sampai pada masa dan ketika itu... Al Fatihah...

Okeh.. berbalik kiter pada persoalan siapa untung siapa rugi pasca BERSIH 2.0 .... dari aper yang gua nampak.... yang untung adalah rakyat Malaysia dimasa depan... ini kerana BERSIH 2.0 akan menjadi satu titik tolak perpaduan dan solidariti rakyat untuk memastikan yang Malaysia ditadbir dengan sebaik mungkin, tanpa rasuah dan juga salah guna kuasa.... Ini yang pasti... sebab semua yang kita buat semalam, hari ini dan akan datang (BERSIH 3.0 dan mungkin BERSIH 4.0) akan menjadi pemangkin masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.... demi untuk semua rakyat tanpa mengira pangkat dan darjat..

Jadi....kalu dah tahu siapa yang untung... errr... mestilah kiter akan tau saper plak yang rugi... tak gitue... hahaha...

So... persoalan siapa yang rugi nih.. gua kategorikan kepada dua bahagian....

1. Rugi
2. Rugi Nyata
2. Rugi Besar

Okeh..... untuk kategori satu (Rugi)... yang ini gua berani bagitau yang rugi adalah UMNO/BN ... sebab dengan insiden yang berlaku ... mungkir janji... tipu sana sini... dolak dalih... dan macam-macam magik lagie... memang UMNO/BN rugi... gua konfiden... lagi ramai rakyat yang duduk kat atas pagar lagi kuat menyampah dengan UMNO/BN yang makin hari makin cuai... dan makin besar kepala... kalu undi dalam pilihanraya tidak ditipu.. gua jamin undi kepada UMNO/BN mesti jatuh mendadak punya...

Untuk kategori dua (Rugi Nyata) ... yang ini gua sabitkan kepada Polis ... Memang imej Polis makin hari makin merudum... yang ini nyata.... tambah plak ngan cara Polis buat kecoh dan segala macam tekanan yang Polis buat.... banyak yang salah dan bercanggah dengan undang-undang... Misalnya... polis tak berhak untuk geledah beg-beg milik peribadi sesiapa pun tanpa waran.... malah polis juga tak boleh menyelak baju sesiapa pun untuk tengok sama ada orang ini memakai baju kuning didalamnya.... Gua berani jamin... orang dah tak respek sama Polis... dan gua jamin lepas nih... mungkin Polis akan lagi dibenci oleh orang ramai.... mata tidaknya... semua kesesakan jalanraya yang berlaku di seluruh Malaysia bukan disebabkan oleh perhimpunan BERSIH yang berlaku di beberapa kawasan di KL... tetapi pihak Polis membuat sekatan diseluruh Malaysia .... ini kerja giler... kerja bangang... habis jammed 1Malaysia....

Pasukan Polis Di Raja Malaysia sewajarnya ditukarkan namanyer kepada Polis UMNO Malaysia kerana mereka lebih bersedia untuk menerima arahan daripada UMNO/BN berbanding arahan dari Raja @ YDP Agong....

Tapi..... itu semua kecik jer.... rugi dalam kategori tiga (Rugi Besar) gua sabitkan kepada YDP Agong... (sori .. ini bukan hasutan atau fitnah... ini realiti)... dari aper yang berlaku.. gua berani jamin yang orang akan anggap YDP Agong sudah takder kuasa... YDP Agong macam terpaksa mengikut semua skrip yang ditaja oleh UMNO/BN dan PM.... YDP Agong nampak macam tidak direspek oleh POLIS (PDRM) dan UMNO/BN... malah YDP Agong juga dilihat tidak berani untuk mengarahkan pihak Polis.. sehinggakan nampak sangat pihak POLIS tidak menghormati arahan YDP Agong...

Dari aper yang gua nampak... reputasi YDP Agong nampak tercalar kerana tidak dapat melaksanakan tugas sebagai pemimpin utama negara yang dihormati oleh pasukan keselamatan. Ini pandangan gua... hasil dari pemerhatian gua... Yang pasti... kalu YDP Agong sebenarnya masih ader kuasa... sewajarnya beliau mengarahkan dibuat satu Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat tindakan yang diambil oleh Polis dan Kabinet Malaysia dalam insiden BERSIH 2.0

Kabinet Malaysia dan Polis tidak membenarkan perhimpuan dibuat di Stadium walaupun YDP Agong telah mengarahkan ianya dibenarkan dibuat di Stadium.... Maka wajib bagi YDP Agong untuk menitahkan adanya satu Suruhanjaya Diraja dibuat untuk isu nih... kalu tidak... gua berani jamin majoriti rakyat Malaysia akan melihat bahawa YDP Agong memang sudah tiada kuasa... sekadar lambang semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1