Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

06 September 2014

Jawapan Gua Kepada Hujah Hadi Awang

Bhai Hadi Awang...

Sori aaa... gua tau walaupun lu tak baca blog gua nih... tapi machai-machai lu jenis "wala' tak guna akal" dan "taksub tak guna otak" mesti ramai yang baca.... Hahaha... jadi sure at least benda nih akan sampai gak kat lu sedikit sebanyak...

Camnie.... Walaupun lu lagi lama dalam PAS berbanding gua... dan lu plak duduk kat jawatan paling tinggi iaitu Presiden parti.... gua takder masalah nak peringatkan lu... even walau siapa pun... janji bukan Rasul atau Nabi ... pastinya gua akan tegur....

Ini gua nak bagi hujahan dan jawapan gua kepada hujah lu Hadi Awang ooi yang dipublishkan kat Portal TheMalaysianInsider ...

1. Dalam perlembagaan PAS setakat yang gua maklum memang takder klausa yang mengatakan Presiden ada kuasa mutlak yang boleh menyanggahi kuasa Muktamar. So dimana datangnya ader hujah lu mengatakan bahawa lu ader kuasa budi bicara dan mutlak (veto) melampaui kuasa Muktamar PAS?

2. Dalam urusan melantik Nik Aziz Nik Mat sebagai MB Kelantan pada 1990 dahulu. Muktamar PAS tidak pernah ada duluan yang menukilkan perkara ini. Jadi atas dasar bahawa PAS menang dengan kerusi majoriti di Kelantan, maka Pesuruhjaya PAS Kelantan pada masa itu secara selayaknyer dilantik menjadi Menteri Besar. Jadi tiada isu mengatakan bahawa Fadzil Noor menggunakan budi bicara dan kuasa vetonya untuk melantik Nik Aziz Nik Mat jadi MB Kelantan. Tolong jangan fitnah orang yang sudah meninggal dunia yang tak boleh menjawab balik persoalan yang lu dah lemparkan.

3. Dalam kes kemenangan di Terengganu sehingga menaikkan lu sebagai MB Terengganu.... Ingat.. ianya bukan kuasa perogeratif Presiden PAS yang melantik lu menjadi MB Terengganu... Akan tetapi pada masa tue PAS memiliki kerusi majoriti di Terengganu dan lu plak masa tue aderlah Pesuruhjaya PAS Terengganu. So maka itu lah lu dinaikkan jadi MB Terengganu.

4. Lu jawab pada satu perenggan tue seperti nih "Begitulah bila kita menang tahun 1995, tahun 1999, menang Terengganu, tak dibuat Mesyuarat (Jawatankuasa PAS) Pusat. Ini diberi kepada pimpinan-pimpinan utama untuk membuat keputusan kerana kita kena sedar memerlukan masa yang cepat,” katanya" .... walhalnyer mesyuarat JK PAS Pusat ditangguhkan beberapa kali ...... Bukankah ini melambat-lambatkan membuat keputusan.... tambah lagi lu plak memandai buat keputusan awal tanpa merujuk kepada mesyuarat.

5. Lu tau ker idak nih... bahawa PAS di Selangor bukan pon dapat kerusi majoriti.... Jadi aper kejadahnyer lu nak memandai plak menggunakan analogi dan cara yang sama kononnyer seperti yang pernah Fadzil Noor buat pada 1990 dan 1999 ..... Wei .. jangan nak ubah topik la..... Selangor punya situasi tak sama ngan kat Kelantan dan Terengganu...

6. Kalo betul la lu kata sebagai Presiden PAS ader kuasa veto mutlak.... kenapa tak gunakan masa di Perak pada awal-awal kemenangan dulu... Kenapa dalam 24 jam pertama lu tak keluarkan arahan supaya orang PAS jadi MB Perak...... Akai ader letak mana aaa??

7. Kenapa jugak pada masa Terengganu goyah beberapa bulan lalu masa Ahmad Said diturunkan dari jadi MB dan masa tue kerusi sudah jadi 50:50 antara UMNO dan PAS ..... kenapa lu tak gunakan kuasa veto macam gampang lu tue untuk naikkan Pesuruhjaya PAS Terengganu si Satipul Bahri jadi MB Terengganu dengan mengusulkan kepada Sultan Terengganu... Apersal pada masa tue lu bagi chan sama UMNO untuk betulkan masalah diorang... Lu ader pakat belakang ka???

8. Opps... gua lupa .... Masa Kedah menang kat Pakatan Rakyat itu hari... Kerusi PAS memang majoriti... dan masa tue Azizan Razak aderlah Pesuruhjaya PAS Kedah... jadi secara otomatiknyer la dier akan pegang jawatan MB Kedah... Itu pon lu jangan nak sabitkan konon itu lu punya kuasa veto yang menentukan.... Poodah aaa....

Cukup banyak nih dulu...... sebab gua tau lu takder jawapan terbaek untuk patahkan hujah gua nih.... waima anak buah lu yang machai-machai Rusila tue pon takkan reti nak jawab secara ader akai....

By the way...... sila tunjukkan satu klausa dalam Perlembagaan PAS yang memberitahu bahawa Presiden PAS ader kuasa mutlak melangkaui kuasa Muktamar PAS..... Kalo tabley bagi... jangan nak kencing la semua ahli PAS..... kalo nak kencing ahli UMNO ka... ahli Perkasa ka.... ahli JATI ka... itu semua lu boleh buat,.... takder hal...

Babai...

Ader paham ka???

Buat Geng Rusila ... sila baca sini dulu... Hahaha

54 comments:

  1. Ada orang mabuk sebab minum todi... ada orang mabuk sebab minum bir, tapi ada orang tu sudah mabuk walaupun hanya minum air sejuk sahaja... itulah yang dinamakan MABUK KUASA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majlis Syura Ulamak perlukan notis tidak kurang 14 hari dari tarikh mesyuarat dan cukup korum untuk bermesyuarat iaitu sekurang-kurangnya sembilan (9) orang ahli Majlis seperti peruntukan Fasal 8..

      Dan bila notis dikeluarkan soalnya?

      Baca apa yang ditulisnya ini...

      Asas
      Menurut Fasal 8(9) Majlis Syura perlukan notis tidak kurang 14 hari dari tarikh mesyuarat dan cukup korum untuk bermesyuarat iaitu sekurang-kurangnya sembilan (9) orang ahli Majlis seperti peruntukan Fasal 8 (10). (Nota: Jumlah keseluruhan ahli Majlis Syura adalah 16 orang)

      Isykal:
      1. Bilakah Majlis Syura Ulamak (MSU) bermesyuarat dan menamakan tiga nama calon Menteri Besar Selangor, sebagaimana dalih Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang?

      2. Bilakah notis panggil mesyuarat dikeluarkan? (tunjuk bukti hitam putih surat itu)

      3. Namakan sekurang-kurangnya 9 ahli Majlis yang terlibat berbuat keputusan tersebut, jika mesyuarat MSU itu rasmi?

      Tiga soalan ini perlu dibuktikan terlebih dahulu.

      Delete
    2. jawapan pada cipantapirtenuk@ sb yang makan gaji dengan UMNO tapi berlagak alim

      Written By FZT on 06 September, 2014 | 9:19 PTG
      - See more at: http://freezoneterengganu.blogspot.com/2014/09/jawapan-pada-cipantapirtenuk-sb-yang.html#sthash.h4zGuscz.dpuf

      Delete
    3. Bhai Anonymous...

      Kan gua dah kater.... Mesti machai Rusila akan menjawap punya.... tapi jawapan serupa takder akai.... hahaha.... lintang pukang... tak tau mana pangkal mana pucuk.... Hahahaha....

      Kesian..... kesian..... machai Rusila memang takdak akai.... Macam mana la Hadi Awang kasi tarbiah kat diorang nih.... Hahahaha... kelaut sungguh....

      Hahaha.... takder satu point pon yang dapat dijawab dengan fakta.... Hahahaha... lawak siot.... Hahahaha

      Delete
    4. alamak hai... adoi... gitu-gitu jawapan geng rusila ni ke? alahai... nak balun cipan, balun je tapi kenalah balun bang oiii.. ini tak, serupa cam tuan haji hadi die... gaya tajuk mcm nak balun tapi bila baca isi tak jumpa2 isi, takde isi.. isk2. cakaplah tang mane salah-silap cipan pastu balunlah.. takde plak, cakaple ape die nas2@strategi buat gitu2, tak jugak... ini cite ke laut - bole bagi cth IGP buat keputusan takyah rujuk org bawah pun.. huh? ape kebendalah.. ini bukan kire maksum dah tapi taksub namanya

      Delete
    5. bukan2, belum mabuk kuasa lagi tp baru mabuk pil kude bukit besi pru 13 ari tu! kalau mabuk kuasa x tahu lagu mana gamaknya ye?

      Delete
    6. Aku baca juga komen Rusilang tu...mmg mcm boss dia juga...tadak hujah selain merapu

      Delete
    7. budak fzt tu memang pening...meraban je...cakap cam bagus, pastu pro ulama konon...baca entry, sadis tahap dewa...takde ciri ulama langsung...pening gak aku, hadi rilek je ada macai cam tu...

      walawalawalaueeeyyy...hohoho...

      Delete
    8. anak tapir ni perasan bagus lak. kalo lu berhujah depan2 face2face dgn hj hadi bab politik dan segala hukum hadis mau terkencing terberak dlm spender lu nanti. nak tarik pembaca byk lagi cara lain la tapir.

      Delete
    9. Bhai Rivaldos...

      Hahaha.... ini jer jawapan lu ader.... Hahaha.... ingatkan nak berhujah kasi fakta ker mender.... Hahaha.... relaks bhai... gua tak perlu tarik perhatian pembaca.... Diorang sumer sudah matured... semua tau yang mana betul yang mana tidak....

      Tak payah la nak suruh mender face2face ngan Hadi Awang.... memang dah pernah pon.... Hahaha.... cuma satu jer... sebelum aper-aper nak story lebeh... kasi jawab dulu hujah gua yang gua tulis tue...

      Hahaha..... lu nih mesti baru first time singgah blog gua nih... Hahaha

      Delete
    10. Memang bingai jawapan FZT tuh...kahkahkah
      Kata benci UMNO...tapi banding apa yang UMNO buat nak pertahan presiden...kahkahkah

      Delete
    11. Woi.. ini je ke hujahnya... kalau aku berhujah face2face dengan TGHH bab statistik n matematik, boleh ke TGHH boleh jawab?... nak cakap pun pada-pada la broo...tengok bidang masing2... Sanggah bukan sebab ilmunya, sanggah sebab tindakan politiknya...

      Delete
  2. Memang terbaek bro lu punya penerangan. Hadi ni mmg layak nak kena penarajangan la

    Fread

    ReplyDelete
  3. Muktamar kata perkukuhkan PR.
    Bukan Pak angguk untuk semua ARAHAN PKR.

    Berbeza tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai/DeeDee Anonymous...

      Betul tue... cumanya... jangan la plak PAS memandai-mandai lebih dari yang sepatutnya... Lain la kalu PAS pegang majoriti.... itu citer lain la...

      Ader paham ka.....

      Nih masalahnyer... Hadi Awang cakap berbelit-belit pusing sana pusing sini...ngalahkan lidah biawak.... tue la masalahnyer.... Hahaha

      Delete
    2. Bhai, Lidah awak memnag jenis tenuk mengatakan Presiden kami. Di mana salahnya TGHH mencalonkan nama2 untuk MB Selangor? Apa masaalahnya. Suka hati Pas lah nak calonkan siapa pun asalakan kemelut tersebut dapat diselesaikan cepat. Kenapa kamu semua berdiam diri terhadap perangai pemimpin2 PKR yang degil macam tunggul mati? Kalau Pas nak rebut jawatan tu patutlah kamu orang2 PKR jadi sawan. Adakah Hj Hadi kata Pas demand tempat itu? You orang yang tak ada kena mengena dengan Pas buat apa sibuk2 masuk campur urusan Pas?? Pergi selesaikan masaalah parti2 kamu. Pas tak perlu "nasihat" bodoh kamu. Ingat Pas dah lama hidup, PKR baru dua tiga hari keluar dari kerandut umno,. itu pun melalui air kencing. Biasanya air kencing masuk ke mana?

      Delete
    3. dah lama hidup kalah merempat. Ada kuasa sket lupa diri, jual agama. PAS dulu satu parti dok dlm BN, bersengama dgn UMNO buat benda taghut lagi mau cerita ka?.

      Delete
    4. XUMNO--- salahnya ialah tidak melalui AJKPP,,,, Jangan buat parti mcm sendiri punya... ada perlembagaan kena ikut... Tak ingat ke 17 Ogos JKPP dah beri dua nama, Wan Azizah and Azmin Ali sebagai calon dan TGHH dah beritahu jawatan MB Selangor milik PKR... ada surat lagi ... kenapa tiba2 buat U-Turn? Kalau buat U-turn, surat setuju nama asal tu dah dibatalkan ke blum? Mana minitnya? Nak berorganisasi kenalah ikut peraturan... ini bukan parti tupperware...

      Delete
  4. Mmg kes haru haji hadi nie... gone kes die ni, hujah dgn strategi udah ke laut.. tambah plak ade setiausaha yg serabut .. Mcm mane PAS ni.. Mmg patut hilang ganu, kedah - celaru kat ats tu, maksumlah sgt. Ape org ahli PaS nak bikin skrg????

    ReplyDelete
  5. AKU GI BERAK DULU BRO, JAP LAGI AKU KOMEN

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai pampers bila masuk sini.Ingat tu..kah!3

      Delete
  6. Terkenang aku semasa perlantikan Omar radiallah hu anhu menjadi khalifaf. Omar bertanya kalau omar slah/silap siapa nak tegur Omar. Diantara khalayak ramai ada yang sahut pertanyaan omar. Maklumlah omar bukan sahaja digeruni dan ditakuti , malah lorong yang dilalui omar pun syaitan laknatullah tak berani selama bertahun tahun lamanya. Lalu omar pun jawab syukurlah masih ada orang yang berani menegur omar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai Yen Uchop...

      Betul tue bhai... Umar yang memang garang pon ader orang berani kritik dan tegur... inikan plak Hadi Awang.... Hahaha

      Delete
  7. mintak bukti kat Tuang Presideng?....korang jgn buat lawak la. Bukti pil kuda pun buat muka bodoh je bila org mintak ni plak bukti minit mesyuarat...weiii dorang mesyuarat tingkap je bro mana adad minit2 ke surat rasmi ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde minit bro...kalo mintak saat pon dia tak dapat nak bagi gak...

      Delete
    2. Bhai BunBinBan...

      Macam mana nak ader bukti pil kuda... sudah kena telah daa... Hahaha

      Delete
  8. Memang pelik bila ulama' bermuka tebal bila dah fitnah pil kuda dan cakap tak serupa bikin, ada pulak tu yang taksub dan wala' membabi buta. Yang disalahkan orang lain, diri sendiri dianggap maksum.

    ReplyDelete
  9. blogger ni mmg sesuai letak nama cipan..tapir ngan tenuk...kurang ajar...kalau x setuju bukan ni caranya...kurang ajar..mmg kurang ajar...kalau ahli pas mcm ni ..sah kaki ponteng usrah ni..cakap sebijik tune Umno..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai/DeeDee Anonymous...

      Hehehehe.... awat marah bhai.... Hahaha.... macam la Geng Rusila tue punya ayat lagi bagoosh dari gua... Hahaha...

      Oh yer... mana lu tau binatang cipan tapir dan tenuk tue kurang ajar... Lu spesis binatang gak ker sampaikan lu tau binatang lain kurang ajar.... Hahaha

      Delete
  10. Penat gi kenduri hari ni aku malas....aku kopi pes lu punya masuk blog...OK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai Al Husseyn....

      Rembat ja.... takdak copyright dan takdak copyleft... Hahaha

      Delete
  11. Gua setuju dgn hj hadi,kalau jiwa lu orang lebih sesuai dengan pkr,apa barang lu duduk dalam pas bhai?Baik lu ikut saja bontot anwar terus masuk dalam parti anwar sdn bhd.Atau lu orang macai2 anwar (yg sibuk dengan nepotisme ke hulu kronisme ke hilir masa dalam umno, sekarang dia yg lebih)tapi menyibuk nak suruh pas jadi liberal,sekular macam pkr?Kiranya trojan horse pkr dalam pas?

    Oh ok gua faham,lu takut pas keluar dari pr pasal takut pr tak boleh survive tanpa pas kan?PR tak mampu lawan ubn tanpa pas.Itulah hakikat sebenarnya huhuhu..

    Kalau takut kasi respek sikit sama pas meh,jangan suka2 mau langgar pas punya taiko busat loo

    p/s:cakap macam cerdik,tapi bodoh bertingkek2 setuju dengan nepotisme anwar..oo lupa macai anwar..sori

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu hj hadi terer sangat takkan sampai skang terkial kial kat teganung, tak leh nak merentah negeri lepas tu kuca negeri dan satu kebijaksanaan hj hadi adalah bagaimana untuk terus kalah.... macam teganung

      Delete
    2. Bhai PAS PJ...

      Hahaha,.. Gua kesian sama lu... bukan aper.... at least nak bantai gua pon cari la hujah lawan hujah gua tue... ini tidak... merapu jer.... kesian....

      Kami ahli PAS yang bukan taksub buta tetap akan berpegang kepada prinsip " yang betul adalah betul, yang salah adalah salah... waima kepada sesiapa pun" ... Dan tidaklah kami akan taksub kepada pimpinan sampai semua yang salah pun akan dikatakan betul...

      Itu mengampu namanyer.... Mengampu tue bukan sunnah Rasulullah s.a.w.,

      Delete
    3. WALA KEPALA BAPAK

      Delete
    4. TGHH MUNGKIR JANJI, MENIPU, GILA KUASA, LANGGAR AMANAH MUKTAMAR ..IN LU KATA HEBAT.. HAK PTUUUII

      Delete
  12. kahkahkah...blogger penjilat bontot anwar dh panas dgn TGHH..kesian lu..serious gua simpati...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai/DeeDee Anonymous...

      Hehehehe.... kesian sama lu.... hujah takder tapi mau komen gak.... kesian sungguh la... Malang PAS dapat ahli macam lu.... taksub buta..... hahahaha.... kesian....

      Kalu macam nih la rata-rata ahli PAS (opps... gua pon ahli PAS) berhujah dan berfikiran... patut la pon PAS akan kekal jadi parti kampung.... sebab ader ahli jenis "takdak akai" ... jenis taksub menonong.... Hahahaha

      Delete
  13. Pening aku baca jawapan diorang. Tak jumpa isi, tak jumpa pangkal. Macam mana lah diorang berdakwah dan mengajar agama kepada orang bawahan diorang? Macam mana lah diorang ni mengajar agama pada orang2 awam bawah tanggungan diorang, kalau macam ni cara explanation diorang?

    Memang haru lah, kalau orang2 macam ni yang diberi tanggungjawab mengajar agama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai Anonymous...

      Tue yang gua rasa aaa.... kalo ngajar kitab kuning... mau kejap muka surat depan.. kejap muka surat tengah..... pening aaa

      Delete
  14. Aku baru sahaja mengulang kaji "PERLEMBAGAAN PARTI ISLAM SE MALAYSIA - PAS" entah kali yang keberapa pun aku tak ingat.

    Ungkapan Haji Hadi yang menyatakan bahawa President berkuasa penuh di atas perlantikan M.B - M.B tidak pula aku ketemui. Mungkin ia nya berada di lampiran yang di khas kan untuk president sahaja kot!!! atau pun "KITAB" yang aku miliki ini bukan yang original kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai Saadun Sulaiman....

      Tue la pasai.... semalam dari Maghrib sampai awal pagi pukul 2 gua stadi dan belek-belek perlembagaan PAS... memang tak jumpa gak..... Maybe la kot macam lu cakap... yang kiter punya perlembagaan PAS dalam tangan tak ori.....

      Delete
    2. Saudara Saadun Sulaiman......

      Kamu cari tu kitab warna Hijau mana nak jumpa.....Cuba jumpa semula Tok Guru dan bawa (buah tangan) bersama seguni jagong madu atau seguni petai, maka nanti Tok Guru pasti akan dapatkan jawapannya di dalam kitab Merah pula. Kalau mahu kepastian sila jumpa menantu abah "Din Ayam" pasti dia ada menyimpan kitab Merah tersebut.

      Delete
    3. haha ..PAS is now a laughing stock !

      Kudos to Presideng kita !! Hail TGHH !

      PAS pun join SARKAS anjuran UmNo nampaknya.

      Delete
  15. Aku faham maksud anda... tapi bagaimana pula kalau semua ahli mesyuarat tertinggi dalam PAS dah tak boleh guna pakai lagi... Presiden perlu dengar cakap anak buah, anak buah tak perlu dengar cakap presiden lagi ke... ia memang berbeze dengan kes yang ada di kelantan, terengganu dan kedah, tapi hal di selangor ini menjadi beza bila ahli bawah tidak dengar jawapan ahli atas... ahli ulama kata camna, hadi kata camna... sekarang ni terlampau banyak jawapan yang memihak kepada perkara yang tidak benar... disini jangan kaitkan dengan umno, menyampah bila hujah diselitkan kata ni sume salah umno...

    Presiden mengikut perlembagaan PAS sendiri mengatakan bahawa die perlu memastikan ahli semua hendaklah berpandukan islam... jadi pabila menurut die ahli bawah tidak lagi mengikut arah islam, maka kuasa die sebagai presiden untuk override arahan jawatankuasa pusat... jawapan hadi dipersetujui dengan ulama dalam pas yang lain... jadi simple, ini bukan jawapan hadi sebagai presiden sahaja, juga merangkumi yang lain... kalau masih tak boleh diterima, maka buatlah gerakan turunkan presiden secara terhormat... tak perlu kaitkan die dengan UG ke, UMNO ke, Perkasa walau apa jadah sekalipun... ni masalah dalaman parti, kalau tak setuju cara ketua, sama ada kita berundur atau minta ketua yang berundur... jangan peningkan kepala...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai Estilo...

      Gua paham maksud lu.... Cuma satu jer.... Hadi Awang masih lagi tabley nak bawak bukti... macam contoh diorang kata ader mesyuarat MSU dalam masa terdekat itu hari..... Yang itu pon takder bukti ader mesyuarat MSU...

      Masalahnyer... dalam kes Pil Kuda pon Hadi Awang tabley nak bawak bukti... jadi camana Ahli PAS nak terima bulat-bulat cakap Hadi Awang.. Hadi Awang kena belajar bawak bukti masa nak bagi hujah tue.... Jangan main taram jer.... kalo main taram jer kuar statement takder bukti.... tue yang jadi orang tarak respek sama Hadi Awang.,...

      Ader paham ka??

      Delete
  16. Bhai cipan,

    Lu lupa ka pura2 tak nampak(pasal lu bias), hj hadi bukan buat keputusan sdn bhd.Keputusan hj hadi adalah tertakluk kepada keputusan sebulat suara Majlis Syura.Dalam pas majlis syura adalah badan tertinggi dalam membuat keputusan.

    Kalau majlis syura tak bersetuju dengan jkk pusat,anytime majlis syura boleh override keputusan jkk pusat.Itu yg hj hadi buat yg lu dengan geng2 anwarinas lu buat2 bingung.Pokoknya hj hadi bukan buat keputusan sorang2 sebenarnya.

    Lu baca apa statement haron din terbaru.Apa pula kata nik aziz.Semua taiko2 besar kepimpinan tertinggi sudah bersuara sokong hj hadi.Lu dengan anwarinas mau kata apa lagi macha?Kalau tak puas hati baik lu buka apa kitab lu nak buka,pasal bidangkuasa majlis syura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai PAS PJ.

      Masalahnyer.... mesyuarat Majlis Syura Ulama tue tak tau biler dibuat... dan siapa anggota korum dier... Sebab pemberitahuan untuk mesyuarat sepatutnya kena ader 14 hari... dan mesti kena ader cukup korum... Lawyer Zulhasmi ader terangkan benda nih....

      Dan sampai la nih takder bukti yang menunjukkan adernyer mesyuarat MSU tue pada masa yang diorang katakan tue.... Selagi takder bukti... kiter anggap cakap Haron Din sekadar nak cover up jer....

      Sori aaa..... buktikan dulu....

      Delete
    2. Depa pakai mesorat dlm wasap ja kot...

      Delete
    3. Sejak bila pula MSU ada kuasa melantik jawatan MB?... siap bagai beritahu Wan Azizah tak layak... MB Kedah dulu dan Perak ada ke melalui MSU? Jgn pergunakan MSU atas untuk membenarkan tindakan broo... buruk rupanya...

      Delete
  17. C++

    Teman dengan sukacita melancarkan kempen "Kick that fella TGHH out & his ambiguous fellow-sheep" ... Whos in then?

    ReplyDelete
  18. Saudara 1Crony,
    Malang nya "DIN AYAM" yang kamu katakan tu sudah di sembelih dan di jual kepada tawkey satay di Kajang.

    ReplyDelete
  19. Ha ha ha..Bhai

    46 komen..wow..satu jumlah yang tinggi Bhai...famous la lu....ha ha ha..

    Anyhow, Niat TGHH menyangah PKR tu Bagus..tapi tak kena cara..Aku setuju TGHH tu tak setuju dengan Calon Anwar bagi (calon MB Selangor)..sebab dari segi Hukum Calon tu memang tak Sesuai.. Ha ha ha..

    Tapi, Cari TGHH menangani isu ini carcamerba...lebih guna Perasaan dari guna Akal dan Hukum. Hal ni kecik aje, yang semua pakat pakat guna stail Utusan Meloye jadi jurucakap..Hancus la...

    Yang PKR pun bangang gak...Saja hentam PAS, Provoke PAS, Character Assassination on PAS sampai orang PAS sendiri rasa macam kena pijak, kena giling , macam kena tikam belakang walhal PKR sendiri tak bincang betul betul. Jika PKR n PAS berpecah, Yang untungnya sekarang siapa AMNO gak...Ha ha ha.

    (Orang ateh Pagor)

    ReplyDelete
  20. rocky the great brown flesh vibrator says: wek wek wek (soli aaa wa ala muntah siket) wa maca lu punya tulis, haiya wa manyiak suka woo.. tapi wa manyiak helan, itu MB silangor punya hat, PAS ala hat musti Silangor punya Pas kasik kautim la; tapi aaa, apa hat ini Centerel punya Pas mao kasik campoh silangor punya hat? itu silangor punya pesulo jaye tala kuase ka? haiyaa manyiak susa ini maciam.. molo macam kambing wooo

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1