Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

31 December 2020

Buruh Paksa Satu Realiti

Bhai/DeeDee semua...

Sistem buruh paksa dihapuskan oleh British di Malaya pada tahun 1911. Maka sejak dari itu tidak ada mana-mana Pembesar Melayu dibenarkan menggunakan perkhidmatan buruh paksa. Sebelum tahun itu ramai orang-orang Melayu dan orang Asal yang berhutang dengan Pembesar Melayu telah dipaksakan bekerja tanpa upah (hanya menerima makanan ala kadar sahaja) di ladang-ladang dan lombong bijih timah milik Pembesar Melayu.

Sebelum 1911 jika seorang bapa terlibat berhutang walau secupak beras dengan Pembesar Melayu, maka semua ahli keluarga itu akan menjadi hamba berhutang dengan Pembesar tersebut. Dan mereka perlulah bekerja dengan Pembesar tersebut sehingga hutang selesai. Biasanya nilai kerja yang dibuat adalah berlipat kali ganda dengan nilai hutang yang termetrai.

Pembesar Melayu memang terkenal memanipulasikan buruh paksa ini dan mana-mana pihak yang tidak berpuas hati maka akan hilanglah nyawa mereka. Orang-orang kampung tidak mampu berbuat apa-apa atas kebejatan perangai Pembesar Melayu atas sebab patuh dan hormat dengan waad Sang Sapurba.

Sebab itulah juga Partai Buruh Malaya di haramkan oleh British bila mana partai ini cuba mencorak politik negara dengan memberikan penekanan terhadap dasar dan imbuhan serta polisi pekerjaan. British dan Pembesar Melayu berpandangan tindakan Partai Buruh Malaya ini jika dibenarkan akan menghilangkan dan meminggirkan Kolonial dan Pembesar Melayu.

Itu dulu... Sekarang sistem buruh paksa jugak dikenakan kepada para pekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan. Ini berlaku bilamana Kerajaan sedia ada tidak memantau dan membenarkan pekerja asing memenuhi sektor perkilangan. Apa yang berlaku, setiap pekerja warga asing yang masuk bekerja telah ditetapkan ada hutang yang perlu dilunaskan  (dengan macam-macam cara manipulasi) termasuklah hutang levi, hutang transit dan hutang permit kerja.

Paspot mereka ditahan oleh Majikan dan mereka perlu bekerja ikut apa yang dipaksakan kepada mereka yang mana biasanya nilaian kerja tersebut amat berganda dengan nilaian hutang para pekerja warga asing ini. Gua ingat kat satu team pekerja Nepal yang pernah gua berkawan. Mereka bercerita yang makan, minum dan tempat tinggal disediakan kepada mereka dan mereka perlu menjadi pengawal keselamatan lebih 16 jam sehari. Gaji disekat oleh Majikan (kononnya Majikan membayar RM1800 sebulan) walhal apa yang mereka dapat sebenarnya adalah RM200 sahaja sebulan... selebihnya dikira tolak bayaran makan, minum, tempat tinggal dan pengangkutan mereka.

Ini satu contoh buruh paksa. Sama jugak seperti yang berlaku di Synergy Drive (Sime Darby) dan Top Glove serta banyak lagi syarikat besar di Malaysia termasuklah didalam industri pembinaan.



1 comment:

  1. Bila jww birch terpengaruh dgn perang saudara amerika maka dia cuba hapuskan sistem perhambaan (sistem padi kunca) dan kutipan cukai pembesar2 dan kerabat. Itu punca perang di pasir salak yg dimomok2 perang menentang penjajah.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1