Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

22 August 2013

Karut Lagi Marut

Bhai/DeeDee sekalian...

Gua sedih bila mendapat tahu bangunan surau di Tanjong Sutera Resort yang menjadi kontroversi penyalahgunaan oleh penganut Buddha dari Singapura telah diarahkan dirobohkan.... Aper yang gua kesalkan.... alasan yang diberikan oleh MDKT (Majlis Daerah Kota Tinggi) amatlah dangkal... antara alasan yang diberikan aderlah ianya dibina tanpa kelulusan MDKT....

Kalu inilah alasannyer... kenapa pula YDP MDKT sendiri yang meluluskan pelan pembinaan bangunan surau ini dulunya.... dan kalu beginulah caranya MDKT membuat keputusan.... sure banyak lagi bangunan dalam kawasan pentadbiran MDKT yang mesti dirobohkan juga.... sebab terlalu banyak bangunan dalam kawasan pentadbiran MDKT yang dibina tanpa kelulusan MDKT.... Sepatutnya jika sesebuah bangunan itu selamat dari segi rekabentuk dan kejuruteraan struktur... maka sewajarnya MDKT hanya perlu mengenakan denda dan kompaun kepada pemilik bangunan kerana membina bangunan tanpa kelulusan MDKT...

Inilah masalahnyer biler sesebuah Negeri dikuasai oleh "Penganut Agama Yang Taksub" ..... kerana isu sekecil penyalahgunaan oleh penganut Buddha... maka sebuah surau yang molek boleh digunakan terpaksa dirobohkan.... Malah dicari macam-macam alasan untuk melunakkan perobohan... gila....  agaknyer aaa.. kalu kena kat negeri Kelantan kot.... masak Parti PAS yang dipersalahkan... nih kena kat Johor... maka boleh la kot UMNO dipersalahkan.... hahaha

Kalu betullah cara dan tindakan ini... agak-agaknyer la mesti Hagia Sophia di Turki dulu dah kena beberapa kali dirobohkan... pasai sebelum tue pernah digunakan oleh penganut Kristian,,,, Malah pada masa ianya berfungsi sebagai Masjid... tiada perubahan pon kepada relik-relik yang berada didalam bangunan tersebut walaupun relik tersebut melambangkan Kristianiti... okeh jer... takder masalah

Pening aaa....  Penasihat Agama kepada Kesultanan Johor pon samer pening..... isu penyalahgunaan sekali sahaja oleh penganut Buddha kecoh jadi isu.... kononnya surau itu tidak lagi suci....  walhal ... biler Sultan dan kerabatnya menganjurkan Hari Puja Kubur (Hari Hol).... haram tak bergerak mulut Noh Gadut nih menegur kesesatan Sultan dan para kerabatnyer.... Semua kecut... semua penakut... semua tabrani..... giler aaa.... Noh Gadut lagi takut kat Sultan daripada takut kat Allah Taala..... Oh lupa.... gua lupa.... Sultan nih aderlah "Bayangan Tuhan di muka bumi" ......

Errr.... inilah jadinyer biler hadith Rasulullah s.a.w. dinisbahkan mengikut akal manusia yang taksubkan kepada manusia ..... walhal... hadith tue langsung takder kena mengena dengan Sultan dan Raja yang ader sekarang nih... bodoh betul lar...

Nasib baik lar dalam kes Maznah Yusuf itu hari... anjing yang dibelanya tidak diarahkan dibunuh atas alasan menghina Islam.... kalu tidak nampak sangat la jahil totok puak-puak nih.... hahahaha

Aper nak jadi aaa......  Akai takmo nak guna.....

6 comments:

  1. fobia sangat
    cuci bersih jer la..

    Masa zaman kegemilagan Islam dulu ada juga gereja diconvert jadi masjid ok je..

    Masa Nabi bersihkan mekah dulu dia bersihkan bahala je takda pun sampai nak runtuhkan Kaabah ganti baru hahaha.. Padahal sebelum tu Kaabah didirikan oleh Nabi Ibrahim.. takda berhala.. pun..

    mentaliti macam ni la merosakankan imej Islam..

    ReplyDelete
  2. inilah yg dikatakan akhir zaman ,mangkuk yg tak layak dok pegang jawatan jadi macam mat jenin @ pak kadok@ pak dogoi,manusia yg tarak layak pegang jawatan memerintah lagi teruk la negara ! ABU jangan lupa !

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum,
    Gua setuju lu punya pendapat, dalam hal ni nampak sgt tindakan-tindakan yang dibuat bukan atas dasar untuk memartabatkan islam, banyak tindakan hanya untuk menghancurkan bukan untuk memperbaiki dan memperbetulkan keadaan....gua rasa pengurus tu ada gak inisiatif untuk dirikan surau, kalau dia lakukan kesilapan didiklah dan beri kefahaman bukan menanam bibit kebencian kepada islam.......

    ReplyDelete
  4. ada otak pakai jangan gadai nanti jadi macam kaldai

    ReplyDelete
  5. Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid memberi amaran keras kepada ahli politik di peringkat persekutuan agar tidak mempertikai sebarang keputusan kerajaan negeri dalam isu surau di Tanjung Sedili, Johor.

    Tindakan itu jika dilakukan dianggap "derhaka" kepada kerajaan Johor kerana mencampuri urusan yang terletak di bawah bidang kuasa jabatan agama negeri, katanya.

    Amaran keras itu yang dilontarkannya sewaktu membahas titah pembukaan Sultan Johor dalam mesyuarat pertama penggal pertama sidang DUN ke-13 turut ditujukan kepada ahli-ahli politik BN.

    ... seterusnya baca di 'http://www.malaysiakini.com/news/238698'....

    COBOL...

    ... Selamat Hari Raya Bhai...

    ReplyDelete
  6. masjid kristal kalau x silap pun tak betul kiblatnya...nape x roboh?. hemmm.. nak wat camner, kitab dorang bersusun dlm almari...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1