Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

16 September 2013

Sempena Hari Malaysia

Bhai/DeeDee sekalian...

Sejarah tidak menipu kita semua... Kalu pon ader pihak yang cuba mengalihkan sejarah... Agar mencerita perkara yang tidak benar mengenai sejarah... Namun pada akhirnya... Sejarah yang sepatutnya akan timbul juga sedikit demi sedikit...

Tanah Melayu ini pernah dijajah... Bukan setakat penjajahan era moden... Tetapi era kuno juga... Semasa berlakunya penjajahan dari Raja Chola... pemerintah kerajaan Melayu lama di Bruas telah bersama menentang penjajahan ini... Namun kekalahan memang telah berlaku...

Semasa Kelantan kuno diserang oleh tentera Burma dan Ayuthia... Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong turut sama melawan dan berperang... Tiada istilah pengecut masa itu...  Dan juga tiada istilah bekerjasama dengan penjajah...

Semasa Kerajaan Ligor menyerang Kedah Tua... Semua rakyat dan pemerintah turun... Lawan tetap lawan..

Tapi... Biler masa penjajahan pada zaman moden berlaku... Iaitu di era penjajahan British,  Belanda, Portugis dan Jepun... Penentangan hanya berlaku dikalangan masyarakat (rakyat) peringkat bawahan jer...

Kalu pon ader golongan pemerintah terlibat menentang penjajahan .. Itu bukan kerana mereka menentang penjajahan... Tapi lebih kepada marahnyer mereka atas sebab tidak boleh lagi mengutip cukai dan menjalankan perhambaan...

Bila penjajah British menghapuskan perhambaan di Tanah Melayu nih pada tahun 1910... Hampir semua pemerintah... Dari golongan bangsawan ni telah melawan.. Melawan kerana mereka hilang punya pendapatan... Sudah tidak boleh lagi berjual beli hamba... Dan sudah tidak lagi boleh mengutip cukai kepala....

Maharaja Lela dan Dato' Sagor mengamuk di Pasir Salak terhadap JWW Birch hanya kerana mereka tidak dapat berjual beli hamba dan mengutip cukai di Sungai Perak...  Maharaja Lela cuma tinggal seorang Orang Asal iaitu Si Putum  yang masih kekal menjadi hamba sahaya miliknya..

Si Putum membunuh JWW Birch hanya kerana dia dijanjikan akan dibebaskan jika dia berjaya membuhuh JWW Birch.. Perkara yang sama juga berlaku di kawasan jajahan Long Jaafar... Kerana Long Jaafar disekat untuk mengutip cukai sebanyak 1 bahara bagi setiap 1 pikul bijih timah....

Kebejatan golongan bangsawan dalam mempergunakan sentimen dapat kita semua lihat diera penjajahan zaman moden... Cuba kita lihat siapakah dikalangan para Raja dan Sultan yang disiksa oleh para penjajah... Memang tiada kan... 

Semua raja dan sultan masa tue bekerjasama malah siap menandatangani perjanjian dengan penjajah hanya kerana mahukan sekupang dua duit belanja... Pulau Pinang dan Temasek juga sanggup dijual oleh golongan raja dan sultan inj hanya kerana wang seribu atau dua ribu atau juga sebanyak sepuluh ribu dolar sepanyol masa itu... 

Betapa bodohnyer mereka ini... Mereka inilah sebenarnya pengkhianat terhadap Tanah Melayu... Dan pada gua... Mereka tidak berhak untuk disanjung kerana sebab merekalah Tanah Melayu ini dijajah...

Ini semua sejarah la bhai... Kepada Ngo-Ngo (K) yang rasa nak buat laporan polis konon gua menghina institusi raja nih... Tolong pi belajar sejarah aaaa... Jangan la belajar dengan pelacur sejarah macam Zainal Kling ker... Ramlah Adam ker... Itu semua spesis profesor kangkong dan kongkang jer la... Hahaha... Nanti jadi bangang...

Oleh itu ... Sempena Hari Malaysia nih... Cuba kita semua mengenang sedikit sejarah pengkhianatan yang pernah dilakukan dulu dan juga sekarang oleh pihak yang mahukan orang lain menyembah mereka...

Poodah chit... Gua hanya menyembah Allah Taala... Dan sampai kiamat pon gua takkan menyembah manusia waima Dewata Raya sekalipon..

Ader paham ka???

5 comments:

  1. peristiwa tak pernah menipu tapi manusia yang cipta penipuan yang menjadi sejarah yang ditipu kepada yang tidak tahu

    ReplyDelete
  2. kuikuikui..komik dewata raya :D bila baca sejarah negara kedah..EMPAYAR BENUA SIAM ISLAM..patutla aku rasa byk tk betol dan pelik pasal sejarah kita. mmg chilake lakhanat gila kaum sukuthai n mat saleh ni. tak pikir lagi pembelot bangsa kita sendiri, ada raja palsu, siap ada yg dok gelapkan sejarah sebenar utk kepentingan diri sendiri T_T

    ReplyDelete
  3. Instigator? New Assignment?

    ReplyDelete
  4. Betulah yang sejarah ditulis oleh mereka yang menang :)

    kita kena kaji balik sejarah kita.. adakah semua tu betul.. banyak fakta dan penemuan yang bercangah..

    banyak dewa-dewata raya ni yang salahsilahnya pelik muncul entah dari mana..

    ReplyDelete
  5. Bhai/DeeDee semua...

    Sejarah tidak menipu... yang menipu dan ditipu aderlah kiter sendiri...

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1