Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

01 September 2013

Bila Bashar Al Assad Dikalahkan

Bhai/DeeDee sekalian..

Kepada para pentaksub Sunni... Nih gua nak tanya... Aderkah lu orang akan seronok dan terkinja-kinja bersukaria apabila Bashar Al Assad dikalahkan oleh Amerika Syarikat..

Aderkah lu orang akan seronok melihat Bashar Al Assad dibunuh seperti mana Saddam Hussein dan Muammar Ghadafi dulu... Aderkah lu orang akan bertepuk tangan biler kerajaan sah Syria dimusnahkan oleh Amerika Syarikat dan Israel dengan bantuan Arab Saudi, Qatar dan UAE...

Aperkah lu orang suka Syria dikuasai oleh celaka-celaka proksi Amerika Syarikat dan Israel... seperti yang berlaku di Iraq, Libya dan jugak di Afghanistan...

Kalu lu orang suka Amerika Syarikat menyerang Syria.. Maka lu orang samer lah perangainya dengan Yahudi Israel... Sebab Yahudi Israel la yang palinh seronok biler Syria dapat dikalahkan... Makanyer kalu Syria dapat dikalahkan... Bukit Golan tidak akan lagi diserang oleh puak Mujahidin...

Senanglah Israel lepas tue nak bantai Iran pulak... Sebab Iran memang mengganggu gugat keselamatan Israel... Tapi... Oh yer... Puak Sunni macam lu orang mana suka kat Iran yang kuat Syiahnyer tue...

Lu orang lebih suka Syiah dimusnahkan... Lu orang memang suka kalu Iran pulak dibantai oleh Amerika Syarikat dan Israel...  Hahaha

Elok sangat la perangai lu orang nih... Hahaha... Terbaek... Hahaha... Biar pihak kuffar berkuasa... Janji jangan ader kumpulan Islam yang tidak sealiran dengan kapla hotak lu orang kekal berkuasa... Hahaha... Sebab itulah Islam berpecah belah.. Dan puak kuffar cukup tahu dan arif pasai benda nih..

Rasulullah pernah citer pasai benda nih.... Hahahaha... Itulah jugak yang pernah berlaku di Afghanistan dulu.. Lu orang (geng Sunni Wal Rasuah) samer-samer sokong Amerika Syarikat bantai Taliban... Semata-mata nak kasi talibarut dan boneka Amerika Syarikat dok pegang Afghanistan... Hahahaha

Terbaek....

P/S: Gua takder taksub dekat mana-mana mazhab... Gua terima semua pandangan mazhab... ASWJ tak bermaksud hanya Mazhab Shafie sajer macam aper yang ader dalam kapla otak ramai orang Islam di Malaysia.. ASWJ bermaksud semua mazhab dan aliran yang mengikut Al Quran dan Sunnah... Kalu lu orang nak kata Syiah ader mengamalkan bidaah... cuba semak aderkah lu orang sendiri tidak mengamalkan bidaah... Sori bidaah aderlah bidaah walau aper pon kategorinya... 

24 comments:

  1. As salam bro cipan,
    Wa pun pening kapla...so lu sokong la tindakan bashar tu? Kalau camtu baik kite sokong mamak mahathir je...drpd kite sokong yahudi@amerika hehehe...

    ReplyDelete
  2. Musuh Islam yang sebenar ialah puak Wahabbi

    ReplyDelete
  3. As salam bro c++
    Wa pun poning kapla...so lu setuju ke dgn tindakan rejim Bashar tu? By the sound of it, baik kiter sokong je mamak mahathir kalau dah lagu tu drpd kiter sokong amerika@yahudi...hehehe

    ReplyDelete
  4. Aku ingat ko tahu keaddan di syiria tu macam mana.. situasi dia berbeza dengan keaddan seblum2 ni bro..

    Kat Syria tu ada yang aku tngok siap suruh kata bashar tu tuhan lagi, pastu siap tanam orang hidup2..x zalim ke tu..

    dahlah puak syiah tu miniroti je kat syiria.. apa yang aku tengok diorang boleh berkuasa sebab diorang kuasai pemerinhan, tentera..

    takkan nak biar puak2 yg tindas tu berkuasa selama-lamanya walaupun diorang bukan amarika.

    ReplyDelete
  5. aku sokong us serang syria.. adakah ini bermaksud aku sama cam yahudi...? tulis pakai otak lah bro cipan.. jgn jd cam blogger umno otak sempit.. setiap org ada sebab sendiri kenapa sokong us serang syiria. aku sokong hadi awang di gantikan dgn mat sabu,,, adakah aku ni syiah atau umno atau yahudi?

    ReplyDelete
  6. anon 11:36 ko duk kat syria ker atau ko baca ko dengar puak wahabi bercerita...saja tanya, kalau ko duk sana dan saksikan aku cayer lah, tp kalau setakat dengar puak wahabi punya cerita,,hehehe.
    aku stuju ngan anon 11:12 musuh sebenar adalah wahabbi=saud

    ReplyDelete
  7. Gua dh lama x post just baca n diam je, tp dlm hal ni rasanya gua terpaksa bunyik, sbg ASWJ. Dlm ASWJ hanya ada 4 mazhab, syiah bkn salah satu mazhab tp ajaran mendewakan sahabat nabi yg dicucuk jemaahnya (kaum kerabat, penyokong) oleh yahudi untuk pecahbelahkn Islam mengikut sejarah. Gua n yg bersependapat x setuju ngan pembunuhan oleh syiah atas ASWJ or american intrusion in Syria. tlg jgn kelirukn ngan statement lu yg seolah2 ASWJ lebih rela berpaksikan yahudi. Gua nk tanya satu soalan cepumas, apa pendirian yg jelas lu tentang
    syiah? Adakah sebagai salah 1 cabang mazhab? Or Islam yg sebenar? Tolong nyatakan biar pembaca jelas n x keliru.

    ReplyDelete
  8. Lupa pulak gua nk tambah. Kelihatan mcm lu ni terlalu sceptical ngan malay muslim yg rata2 mengikut mazhab syafiie. Bg yg mengetahui serba sedikit tentang amalan mazhab lain, diowang x pernah kata amalan/perbezaan tu bidaah,dosa or haram, cuma x ikut je sbb x berpegang dgn imam2 mazhab lain. Nk amik, amik sume, nk ikut ikut sumer. Cmtu gk la ngan mazhab lain bila bab amalan syafie. Bkn jadi lalang, sesumpah cedok mana yg best je.yg nyata xde mazhab 4 imam yg setuju ngan karbala yg ala2 yahudi or taipusam, penambahan ayat quran, pendewaan Saidina Ali, Pengkafiran 3 sahabat yg lain etc. Jelas? Setuju/ x?

    ReplyDelete
  9. pandangan gua berbeza dgn lu. Jgn lupa, mujahidin berperang kerana Alla Taala. Di mana saje ada konflik antara org islam(sunni)dan puak kuffar maka mujahidin dri segenap pelusuk akan dtg berjihad fisabillah. Mmg, Amerika dan Israel akan mengambil kesempatan dlm keadaan huru hara tapi kalau di lihat sehingga sekarang, di setiap negera yg mana Amerika dan Israel campur tangan, mujahidin terus kekal menentang. Mereka merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang. peace

    ReplyDelete
  10. Apasal lu org anggap hanya 4 mazhab dlm islam? kalau gua cakap lu org bodoh, bangang & bahalol, melenting marah lak... Cuba lu org kaji betul2.. Ijmak 500 ulama dunia, mengiktiraf 12 mazhab sebagai aliran dalam islam.. bukan 4, tapi 12 laaaa...! kalau syiah tu bukan islam, gua mintak lu org cadangkan pada oic buang iran dari oic... suruh saudi halang jemaah haji iran mengerjakan haji... suruh govt mesia ni jgn lagi jemput qari dari iran... apa la bodoh bangang punya budak2 ostad ni.. pada gua, ostad2 yg memandai sesatkan org lain ni yg patut kena rejam dulu sebab memecahbelahkan kesatuan islam.. pasal syria, bagus sangat la tu sokong zionis... apa punya bebbbbal laaa... kompom dah diperbudakkan zionis... PAS, dulu kini @ selamanya bebal, bahalol, sombong & angkuh... umno, dulu kini & selamanya jadi budak amerika zionis.. pkr? hmmm... boss dia ni budak manja wahabi saudi... mamposssss....!

    ReplyDelete
  11. yang tak mau jalankan amanah bila berkuasa dinegara Islam wajib digantikan dengan puak yang nak semampu mungkin ikut perintah Allah urus tadbir negara tak perlu teperangkap dengan sokongan negara pro yahudi.musuh Islam tetap musuh walau nampak baik .awas.

    ReplyDelete
  12. ha ha ha, sokong pun tak betul, tak sokong pun tak betul,yang mana satu pilihan kalbu... sonang je bhai...minta petunjuk dari yang maha Mengetahui...tak salah untuk berfikir tapi kena ada iman baru kita dapat berfikir sampai sujudnya akal dan baru boleh tahu yang mana yang Haq dan mana yang Batil...

    ReplyDelete
  13. Sdg elok lah tu bhai melingkup bahana. Arab tu lebih melayu dr melayu asli. Huhuhu

    ReplyDelete
  14. ramai nya golongan wahabi kat atas tu yg mengomen.....yg mazhab yg 4 tu mazhab ilmu fiiqah....pertelagahan dlm ilmu fiqah tak le sampai sesat jadi kapir....yg aswj mazhah berpaksikan ilmu tauhid abu hasan asyaary yg tu le pegangan kita,kita sering bertelagah masaalah khilafiah,sampai dengki mendengki,tuduhan2 liar sering di lontarkan,sampaikan kap;ir men gkapir,,,,entah le aku bukannya arif sangat,tapi aku naik muak tuduhan yg m engarut keluar dari pemikiran org2 jahil,harap yg lebih boleh le betulkan klu aku salah....wallahualam

    ReplyDelete
  15. Bro cipan lu punya entry kali ni agak pening sket untuk difahami orang lah.. seperti bercampur baur disitu.. orang yang membacanya pon jadi bercampur baur jua...

    - H.P.

    ReplyDelete
  16. Woi Muntazhar..

    Gua komen sket bab syiah dan mazhab...

    1. Memang kita ada banyak Mazhab. Tapi Mazhab yang 4 adalah paling utama..

    2. Lu pernah kaji ke Syiah tu apa & siapa? Gaya lu cakap macam tak faham je apa syiah tu. Gua tak kate gua perfect. tapi gua tau pasal syiah, dan gua ada kawan iran yang aliran syiah masa study dulu. gaya depa memang lain 100% sebab gua dah berdialog dengan dia selain ngan kajian gua sendiri dan juga pengajaran dari mursyid gua(bukan ustad politik yer).

    3. Iran tuh memang syiah, lagipon dorang bukan keturunan arab pon sebab dorang persian. Buat pengetahuan lu, Amerika takkan serang Iran, Israel takkan serang Iran. sebab Syiah dan Yahudi itu bersekutu senyap2. Lu pegang cakap gua ni, yang 'amerika takkan serang iran'. sebab kalu dorang nak serang iran, dorang dh buat lama dah.

    4. Gua rase lu tak kenal siapa syiah, siapa Abdullah Sabaa dan apa itu karbala. Disebabkan tu lu dok backing syiah baek punye. Disebabkan Gua dah tahu pasal syiah la gua cakap yang syiah itu bukan Islam..

    5. Gua mazhab syafie.. tapi itu pon level orang awam je.. muslim kat malaysia ni kebanyakan orang awam .. maksudnya kita guna pakai mana2 pendapat mazhab yang didapati sesuai dengan keadaan tetapi mazhab syafie adalah sebagai rujukan utama..

    6. contohnya mazhab syafie kata kene bayar zakat fitrah kene pakai secupak beras, tapi kita kat sini bayar pakai duit..

    7, dari mazhab ni kita dapat rujukan dan garis panduan dari segi hukum, usul fikah, dll. Kita bukan hidup zaman Nabi atau sahabat yang boleh direct reference, jadi kita perlu rujukan dan pendapat dari ulama yang muktabar..

    8. Last sekali, tak perlu la nak sumpah seranah kata orang bodoh la apa la, lu pon bukan tahu semua benda kat dunia ni..

    H.P.

    ReplyDelete
  17. Bro cipan,

    1. Seperti yang lu tahu, berita kat CNN, reuters, dll tu semua adalah skrip Barat. Jadi apa yang boleh kita buat? even kalau lu ada maklumat paling tepat apa yang berlaku kat Syria tu, apa yang lu boleh buat? apa kemampuan lu?

    2. Utk pengetahuan, gua penah keje kat stesen tv, bahagian berita lagi tuh, tp bukan TV3 la. berita antarabangsa tuh adalah bersumberkan reuters, AFP, SNTV,APTN, CCTV, dan lain2. antara perjanjian bila kita pakai source news diorang, kita tak boleh ubah content yang diorang supply. Jadi kalu berita nya pro barat, yang keluar kt tv tempatan pon pro barat le jugak.

    3. Kalau kita nak keluarkan News sendiri berkenaan apa yang sebenar terjadi di Syria, kita kene hantar reporter ke sana dan cari story tu sendiri. baru dapat news yang ORIGINAL dan FRESH dari ladang. agak2 berbaloi ke stesen tv nak buat camtu? bukan satu negara je yang bergolak kt dunia ni. kalo hantar untuk seminggu boleh la. tapi perang ni terjadi bertahun bro... sapa nak sponsor reporter hidup kat sana berbulan bertahun? nyawa pon tak tentu selamat balik ke tak.

    4. Ditambahkan lagi bos2 berita/ n reporter kat stesen tv kita ni bukannya alim sangat(tak semua tapi bole kata sebahagian). Dorang apa peduli pasal berita betul ke tak. syiah ke sunni ke, obama ke. ali ke, ahmad ke, sebab news masuk hari2.yang penting story keluar.tu je.

    - H.P.

    ReplyDelete
  18. Nabi SAW tlh berpesan..
    kaum/umat bani israel tlh brpecah kpd 72 & umat ku akan berpecah 73..& semua semua semua mrk itu ke NERAKA kecuali.."SATU"!

    Semua & ke'SEMUA' mrk itu ke NERAKA kecuali "SATU".."SATU" yg sprt mana aku(nabi SAW) & shbt2 ku..

    yg mengaku/obses sbg Sunni Syiah Wahabi Khawarij Kadiani Muktazilah Kadasiah Sufiah Qurdisiah dll...& yg 'obses' mndakwa sbg brmazhab Syafei Hanafi Hambali Maliki dsb nya..inilah GAMBARAN perpecahan yg akan mnjd 73 pecahan itu..

    SEMUA..ke'SEMUA' mrk ke NERAKA!
    ke'SEMUA' mrk ke NERAKA!!

    Habis..
    yg "SATU" itu siapa? siapa??
    yg sprt nabi SAW & shbt2nya itu bgmn???

    Visualisekan..
    Tafakkuri sdlm2nya..bhw:

    Nabi SAW & sume nabi2 TIADA TIADA TIADA skelumit pon pntingDIRI..
    Nabi SAW & sume nabi2 TIADA TIADA TIADA ssekali mintak gaji/UPAH ddlm menyampaikan WAHYU/sbnr7 KBNARAN..
    Nabi SAW & sume nabi2 TAKde 'niat' skelumit pon mintak glamor/popular/PANGKAT/sanjungan..

    Nabi SAW & sume nabi2 PENOH sePENOH2nya berJIWA "CINTA"..
    Mrk sePENOH2nya berJIWA peMURAH peNGASEH lagi peNYAYANG yg TIADA pen'dua' sbg bandingan..

    Nabi SAW & sume nabi2 melihat & bnar7 MENYAKSIKAN bhw dunia ini sume "SATU" drp ALLAH & sume umat manusia yg brbagai2 kaum/bngsa itu juga "SATU" drp Adam as..ALLAH!

    Sume yg'ZAHIR & yg'BATIN adalah "SATU" drp ALLAH..sume mahluk & sgl2nya adalah "SATU" dr NYA jua..

    TIADA sezarah pon milik mrk..
    Dimana & ada ke milik kita???

    "AHAD..AHAD..AHAD"..kata Bilal!?
    itulah 'rahsia' yg"SATU" itu!!

    Alangkah 'humble'nya mrk itu..
    Alangkah MULIAnya mrk itu..
    Alangkah INDAHnya mrk itu..

    Itulah "SYURGA" buat yg"SATU" itu.

    ReplyDelete
  19. Bhai, Aku bukan penyokong Syiah tapi aku beranggapan bukan semuanya Syiah itu sesat. Sama lah juga dgn sesetenga ASWJ kita, bukan semuanya mengikut ajaran Nabi sebagai mana dakwaan mereka.Dalam kita taksub dgn pegangan masing-masing dan berbalah, Amerika juga yang ambil kesempatan ... mungkin itu yang lu nak sampaikan iaitu, konflik Syiah-Sunni ini hanya akan menguntungkan musuh Islam kan? Aku setuju dgn pandangan lu itu.

    ReplyDelete
  20. salam,

    Jgnlah berperangai " semua orang lain salah, aku sorang je betul.". Dahlah orang lain dianggap salah, siap kena hukum kafir dan bunuh pula tu...nyawa milik Allah, sayangilah insan lain walaupun berlainan agama/mazhab..kalau dah takde sifat kasih sayang, lebih hina dari binatang..binantang pun sayang kengkawan dia..

    aymy8888

    ReplyDelete
  21. Pasal akidah tu wa tak tau la sunni ni pun belum tentu jaminan masuk syurga kalau dalam hati tak betul..

    Syiah pon tak tau juga sebab hanya Allah saja yang tahu keimanan seseorang bagaimana..

    Tapi biasa la musuh Islam ni banyak.. luar dalam tu banyak sangat perpecahan..

    ReplyDelete
  22. Bagi saya tak kiralah Islam syiah atau sunni, jika pemerintah zalim mereka mesti ditumbangkan oleh rakyat sebab menindas rakyat. syiah iran juga membunuh ramai ulama2 serta pengikut sunni di iran. Apakah kita menyokong puak yg zalim?

    Bila pemerintah zalim tak kira mereka Islam pasti dijatuhkan rakyat atau musuh Islam spt hadis nabi SAW. syiah ni dgn yahudi & bani saud sama aje sebab semuanya keturunan yahudi.

    ReplyDelete
  23. Bab Syria Iran ni jgn la layan cipan ni ... dia pun dah pening ngan pgangan dia wakakaka

    ReplyDelete
  24. Cipan, US takkan serang iran. kalau betul bashar ancaman kpd israel/US sudah lama bashar diserang mcm iraq. kenapa US biarkan iran sampai ade muklear, tk habis2 mesyuarat sekatan sana sini tp tk serang pun.

    syria adalah benteng akhir umat Islam. jika bashar menang maka pembunuhan umat sunni akan lebih dahsyat. US/Israel berharap bashar menang dn terselamatlah israel dpd mujahideen.

    ini bukan soal taksub sunni. yg taksub adalah syiah sampai mengkafir dn menghalalkan darah sunni. ini bukan provokasi barat tp memang termaktub dlm kitab syiah.

    syiah bunuh umat sunni kerana ajaran syiah kata akan mempercepatkan bangkit AlMehdi (dajjal). apakah kanak2 wanita yg dibunuh rogol di syria itu teroris?

    apakah merogol membunuh wanita kanak2 itu ajaran islam Nabi saw? itu adalah ajaran syaitan syiah yg menunggu AlMehdi (dajjal)

    Cipan,

    maybe u syiah la kot.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1