Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

17 December 2013

KDN Memang Cuai Dan Tak Ikut Prosedur

Bhai/DeeDee sekalian...

Aper nak jadi aaa.... Itu hari kes pengawal keselamatan yang merompak dan membunuh di Ambank melibatkan warga asing yang pengesahan identiti dan tapisan keselamatan meragukan...  Kecoh satu Malaysia kononnya KDN akan amik tindakan drastik untuk semak dan siasat semua pengawal keselamatan.... Tapi KDN sendiri takmo nak mengaku yang mereka sendiri cuai dan leka...

KDN sendiri takmo nak ngaku yang diorang tak ikut SOP.... KDN sendiri takmo nak ngaku yang diorang tak buat kerja yang sepatutnya.... Semuanya disalahkan kat syarikat kawalan keselamatan.... yang lagi best tue... syarikat kawalan keselamatan yang punya tender tak ngaku yang mereka terlibat... dipersalahkan plak kat syarikat kawalan keselamatan yang jadi sub-con ..... Hahahaha

Takper la..... nak buat camana.... KDN pon takmo nak mengaku yang diorang cuai... aper lagi syarikat keselamatan.... Hahahaha.... Menteri KDN pon boleh lepas tangan... sebab Menteri KDN lebih amik berat isu Syiah (Gred B) dari isu keselamatan dalam negara... hahahaha

SUMBER

Nih.... ader kes terbaru.... melibatkan kakitangan syarikat kawalan keselamatan yang merompak van keselamatan yang dipandunya dimana melibatkan wang bernilai RM250 ribu..... Persoalan yang gua nak bawak.... kenapa biler dah jadi kes camnie... baru la dapat tau yang suspek tue ader rekod jenayah lampau ... tak kisah la rekod jenayah berkaitan dadah ker... aper ker... yang pastinya suspek ader rekod jenayah....

Macam mana kerja tapisan keselamatan yang sepatutnyer ader dalam SOP syarikat keselamatan dan KDN nih... macam mana suspek nih boleh lepas dan berkhidmat semalam lebih 3 bulan..... takkan la cuai sangat kot....

Aper nak jadi aaa.....

7 comments:

  1. Guard-guard yang problem tu di bawah kategori Guard Gred B...

    Cobol

    ReplyDelete
  2. guard tu diminta untuk menujukan bukti yang dia tak bersalah melarikan wang itu , atau bermuzakarah dengan pihak pengurusan ,

    ReplyDelete
  3. dengar bukan main hebat tapisan ketat
    la ni tengok apa yang duk jadi berhati hatilah apa saja kemungkinan akibat kecuaian manusia yang tak mau ikut aturan manusia juga.nasib baik tiada nyawa hilang cuma wang orang

    ReplyDelete
  4. Bhai...

    Aku nak komen sikit pasai 'Menteri Gred B'...

    hari tu aku balik kampung - Kuala Pilah... masa sembang-sembang ngan member yang still duk kampung, aku nak sembang pasal Hassan Malek yang 'Hassan Malek' tu... tapi tak jalan Bhai sebab bagi depa Hassan Malek memnag MP yang baguih... BRIM ada masalah, bantuan OKU ada masalah, apa saje bantuan yang ada masalah... panjat je pejabat dia, kira settle semua problem tu... kenduri-kendara rajin hadir... akhirnya aku buat rumusan... macam mana teruknya tahap ke'hassan malekkan' hassan Malek tu di peringkat nasional tak akan diterima oleh pengundi yang terasa nasib mereka terbela...

    COBOL

    ReplyDelete
  5. Mesia semakin jadi bahan lawak antarabangsa. Tak lama lagi penyamun pula akan jadi pengawal bank pula. Patutlah wang bank negara semakin susut sebab pemimpin penyamun ygb tolong perhabiskan. Satu utk kau satu utk aku macam penyamun dlm cerita Nujum Pak Belalang.

    Tak apa nanti negara bankrup kepala penyamun akan salah pembangkang kerana sabotaj ekonomi negara. Hidup Melayu X3.......

    ReplyDelete
  6. betul kata cobol...tu guard gred B. Yg bunuh staff bank tu gred A. Dan dgn anon 10:25pun gua setuju. Guard tu perlu gusar gelisah. Buktikan yg anda x bersalah dan sila ke balai polis yg berhampiran atau masuk YOUTUBE dan berbincang secara ilmiah bahawa anda tidak bersalah.

    ReplyDelete
  7. Apa yg boleh diharapkan dgn "The-WHOLE-old'SYSTEM' yg dah corrupt to the core!

    Hari tu masa PRU kita sbg rkyat sgt2 brharap dpt tukar dgn "THE-WHOLE-new'SYSTEM' yg baru,,,rupa2nya ada yg lebih KHIANAT dr "dlm" dgn auta pil kuda dan komunis yg sengaja direka2!

    Selagi geng2 'auta' ini berada konon2nya bersama2 dgn PR atau dgn RAKYT selagi itulah akan keLAUT sgl impian murni sluruh ummat!

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1