Bhai/DeeDee semua...
Unit risikan di negara ini memang mempunyai jaringan maklumat yang terbaek... mantop.... malah boleh diklasifikasikan sebagai bertaraf dunia.... Lu orang jangan pandang rendah la wei... kita punya risikan memang mantap....
Tapi...
Tapi semua risikan yang terbaek nih sudah jadi tak berguna biler mana keputusan selalunya dibuat oleh orang politik yang Gred B..... Biler yang handle Kementerian yang berkaitan dengan keselamatan nih aderlah Menteri dan Timbalan Menteri yang dungu.... yang jenis Gred B.... maka jadilah aper yang berlaku di Lahad Datu dan sebagainyer....
Sebab terlalu sangat main politik sampaikan walaupun sudah ader diatas meja semua maklumat perisikan tahap terbaek.... tapi dibuat main-main sampai keluar statement "mereka bukan musuh kita" dan "mereka sekadar datang sekejap sahaja" .... maka aper la yang nak diharapkan...
Hancuss negara nih kerana Menteri dan Timbalan Menteri malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri aderlah dari spesis Gred B..... hancuss lar...
KUALA LUMPUR - Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata perisikan tentera negara ini amat mantap dalam menghidu sebarang ancaman, termasuk serangan yang dikatakan sedang dirancang oleh kumpulan Abu Sayyaf, atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
Beliau berkata anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa melakukan risikan bersama negara lain dalam mendapatkan maklumat berhubung desas-desus ancaman termasuk serangan atau pencerobohan.
"Saya menganggap (dakwaan mengenai kemungkinan) serangan itu hanyalah khabar angin yang disebarkan pihak tertentu, namun ini tidak bermakna kami dan pasukan keselamatan lain seperti polis mengambil mudah perkara (khabar angin) itu," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri Persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan Malaysia (MiDAS TALK) 2013 di sini hari ini.
Zulkifeli ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan beberapa kumpulan militan termasuk kumpulan Abu Sayyaf dan MNLF mahu menyerang tiga kawasan iaitu Pulau Selingan (Sandakan), Pulau Langkayan (Beluran) dan Resort Sukau (Kinabatangan) pada semalam dan Hari Krismas ini.
Katanya, perisikan turut dilakukan bersama kerajaan Filipina dalam membanteras sebarang aktiviti yang boleh mengancam keamanan negara.
Zulkifeli menegaskan keadaan keselamatan di Sabah jauh lebih baik dan terjamin berbanding sebelum ini dengan kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esszone). - Bernama
Custom Search
IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)
(untuk beriklan di sini sila klik DISINI)
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Host Laman Web Anda Serendah RM3.50 sebulan
Bina MINISITE E-Commerce Anda Semudah A-B-C
Bacaan Dakwah
- Mengambil Keuntungan Atas Kenaifan Orang Ramai
- Urusan Haji Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan
- Penting : Penjelasan Isu Berkaitan Nama Allah
- Buat Apa Kecoh Pasal Mengedar Bible
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 1
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 2
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 3
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 4
- Pengalaman Gua Dengan Gereja Episod 5
- Pengalaman Gua Dengan Masjid Episod 1
- Daulah Islamiyah Terhalang Kerana ...
Bacaan Akademik
Bacaan Geopolitik
Bacaan Pertahanan / Risikan
Sorotan Seminggu
PERINGATAN !!!
Bhai/DeeDee Sekalian.
Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..
Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???
Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...
19 December 2013
9 comments:
Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...
Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Cis... Takder kreativiti dan citarasa betul lar designer billboard nih... Hahaha... Mesti dier design pakai Microsoft PowerPoint nih... Haha...
-
It's a very nostalgic places in Malaysia.. complete with beautiful landscape and waterscape... it's a one and the oldest sight-seein...
-
Bhai/DeeDee semua... Kat Malaysia nih kita ada banyak sangat Antoo … Ader Antoo Raiya, Antoo Kopek, Antoo Penanggal, Antoo Kum Kum, Antoo T...
-
Bhau/DeeDee semua... Dulu… tanah ini kena serang dengan Chola, Ayuthia, Ligor, Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun, Komunis dan Indonesia se...
-
Bhai.... izikan gua menulis dengan menggunakan susunan bahasa dan ayat piawai.... Artikel ini ditulis sebagai menunaikan janji dengan seoran...
YouTube CipanTapirTenuk
Artikel Paling Popular
- Bangang Punya Kerajaan PM10 Ni.
- Sebijik Perangai Abdul Hadi Awang
- Apa Pulak Yang Akan Dijual Kepada China?
- Yeah .... Gaduh La Lagi... Hahaha
- UncleSeekers Dibelasah Dalam Lokap?
- Habislah PN
- Pusing Selagi Boleh
- Bukan Bukit Aman Yang Patut Siasat
- Billboard Lawak 1Malaysia
- Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?
Setuju dgn Tuan, risikan & tentera taraf A tetapi pemimpin & menteri setaraf dgn pencacai angkat najis.
ReplyDeleteSelama ini rakyat bermatian utk mempertahankan hak negara tetapi para dewa & bangsawan senang-senang aje jual & gadaikan hak negara spt Pulau Batu Putih dll.
Malang sungguh rakyat kita punya menteri taraf pencacai............
Bhai...
ReplyDeleteEntah betui atau tidak... dulu zaman Mahathir, MIO selalu dijadikan rujukan terbaik... baik untuk keselamatan dan juga politik....
COBOL
macam nak mampus pasukan keselamatan jaga sempadan dan perairan negara..tinggal anak bini berbulan2...mereka2 yg nak kekalkan kuasa sanggup bg ic mudah pd pendatang asing.. apa ayat paling sesuai utk malaon2 tsb ??
ReplyDeleteSalam C++
ReplyDeleteBukan Gred C ke? Yong ingat gred C. Second Class Lower jer... Kalau adapun yang gred B atau A bila campaur dengan gred C, paling tinggi dapat B- jer.
Kesian rakyat Malaysia!
kena terima akibat lahanat punya setengah pemilih yang pilih para penyangak & penyamun ali baba jadi pemimpin ! ABU !
ReplyDeletenegara sahabat pun boleh main kan kita bila bila masa jangan terlalu bangga jaringan info terbaik .apa yang selalu terjadi disebaliknya.
ReplyDeletemasing masing pun bersaing untuk jadi lagi terbaik dikalangan terbaik
penjajah britis sanggup ke falkland mempertahan kan sebuah pulau inikan pula depan rumah terlepas saja
Saudara Amuraria...
ReplyDeletememang kita tahu depa tu tak guna satu sen pun, tapi di kawasan depa tu... depa tu masih lagi dihormati, disayangi, dikagumi kerana apa saje masalah, lebih-lebih lagi kena mengenai dengan duit...depa akan datang menolong (bukan duit depa pun - duit kerajaan)... macam contoh di kampung saya, Kuala Pilah... punyalah teruk si Hassan Malek tu di peringkat nasional... sampaikan Tukar Tiub buat perumpamaan - bodoh macam Hassan Malek... tapi di Pilah, dia still hebat...
... satu lagi contoh... member saya nie... dia nie penyokong PR tapi kawasan dia BN yang menang...minggu lepas dia kahwinkan anak dia... Ahli Perlimen BN huloq sumbangan peribadi $500... apa jadi, dia siap kena smash ngan isteri dia,isteri dia tanya, kalau PR menang hari tu, ada ke AP PR tu nak huloq? ... tak terkedu dia nak menjawapnya...
... selagi tak dapat tukar mind set depa tu, susah jugak nak ABU...
COBOL
Memang Risik taraf A tapi bila berfungsi untuk UMNO dan digunakan untuk politik yg memererintah terabailah tugas utama maka jatuh taraf C-.
ReplyDeleteada yang semurah tu boleh dibeli jiwa raga 500 aja kalu macam tu jauh lagi la n9 nak jatuh
ReplyDelete