Semalam gua pi kedai RM2 sebab nak cari penyapu.... Masa gua kat sana gua ader nampak dua senario... Senario yang cukup menyentuhkan hati gua sebagai seorang ayah...
Senario pertama... Ader sorang ayah tue singgah kat kedai RM2 sebab anak dier request nakkan span warna pink kerana nak bawak ke sekolah esoknya ... Anaknya perempuan telah bersekolah di PRA ... Sebelum nih ayah nih menghantar anak perempuannya di tadika Little Caliph tapi kini atas keadaan ekonomi yang gawat... Dier terpaksa antar anaknya ke PRA...
Setelah berjumpa span warna pink seperti yang diminta oleh anaknya, ayah ini menuju ke kaunter pembayaran... Span warna pink yang kecik itu diletakkan dikaunter untuk bayaran... Biler juruwang mengatakan ianya berharga RM2 ... Terus ayah ini terpaksa kensel pembelian sebab dalam tangan ayah nih ader RM1 dalam bentuk duit syiling... Itupon duit balance isi minyak motor buat balik kerja...
Gua cukup sedih tengok benda nih jadi gua amik span tue dan gua bayarkan lalu gua hadiahkan kat ayah tue untuk anak dier... Mengalir air mata ayah tue ngan gua biler mengenangkan benda nih..
Satu lagi senario.... Gua lihat dari jauh mulanya... Ader sorang ayah tue datang ngan anak lelaki dier dalam umur 4 tahun... Masuk kedai tue pasai ayah dier dah janji nak belikan permainan kereta... Belek punya belek... Akhirnya jumpa satu permainan kereta yang anaknya suka... Ayah nih dulunya kerja elok dan bergaji agak mencukupi.. Tapi selepas kegawatan ekonomi yang menyebabkan PERWAJA lambat membuat pembayaran gaji... Maka terpaksalah ayah ini bekerja rencam... Yang mana pendapatannya kini kais pagi makan pagi...
Masa mereka dua beranak berada di kaunter untuk pembayaran... Juruwang tue bagitau yang harga permainan tue ader RM2.30 .... Terkebil-kebil ayah tue disebabkan dia cuma ader RM2 sahaja dalam poket... Gua tak sampai hati tengok benda macam nih ... Jadi gua amik permainan tue dan bayarkan ... Lepastue gua hadiahkan kepada budak tue...
Sekali lagi gua mengalir air mata... Gua teringatkan "apak" gua ... Dulu dengan gaji RM250 kasar sebulan... Dier membesarkan kami adik beradik 7 orang... Tak mampu nak belikan permainan... Kalo ader duit lebih "apak" akan beli roti kepala lutut buat makan sambil cicah kopi...
Kadang-kadang "apak" akan singgah kat sawmill untuk ambil papan sayung (terbuang) dan bawak balik untuk digunakan buat besarkan rumah kitorang yang duduk di tanah milik kerajaan... Tahun 1996 baru lah permohonan kitorang untuk tanah tue dapat kelulusan... Itupon setelah abis beribu-ribu duit hilang akibat mainan JKKK UMNO dan Pejabat Tanah...
20 tahun menumpang kat atas tanah milik Allah yang dikatakan milik Kerajaan Malaysia... Giler aaa... Walhal tanah tue tanah bekas lombong bijih timah... Tak sepatutnya susah nak diberi milikan...
Gua sedih sebab gua rasa takkan dapat lihat perkara macam nih selesai di Malaysia... Kemiskinan... Kepayahan... Dan pelbagai lagi kesengsaraan terhadap anak-anak kecil akan berlaku.... Selagi mana UMNO/BN tidak dapat dijatuhkan... Selagi mana UMNO/BN dapat memperkudakan beberapa mangkuk dalam PAS yang sanggup berkhianat.. Selagi itu lah...
PAS jangan berkhianat... Kami rakyat sudah cukup susah... Para Pemimpin PAS ramai yang dah semakin hanyut dalam permainan UMNO atas kononnya sentimen Melayu dan Islam... Tambah lagi dah mola ramai pemimpin PAS yang menunjukkan belang mereka... Masak la rakyat lepas nih... Nak harapkan saper lagie...
Ya Allah... Lu ampunkan segala dosa kedua ibu dan bapa gua walau sebanyak mana pon ... Dan lu kasihanilah diorang dengan Rahmat lu sebagaimana diorang mengasihi gua sepanjang masa.... Masukkanlah diorang kedalam syurga Firdaus tanpa hisab... Ampunkan Ya Allah... Wahai Allah, Tuhan Sekalian Alam... Tuhan yang Maha Mendengar ...
Ya Allah, Lu dedahkanlah pengkhianat dalam PAS sehingga terbongkang agar kitorang semua selamat dari semua angkara jahat diorang... Walau betapa "faqeh"nya diorang kononnya.. Ameen...
Saya pun tumpang meleleh air mata membaca cerita kesusahan orang Melayu yang menikmati kemerdekaan sudah 57 tahun. Nak beli barang RM 2.00 untuk anak pun tak cukup wang sedangkan pemimpin pembela Melayu kita bercuti di Eropah, tinggal di banglo dan villa berjuta, kereta mewah 7-8 biji seorang.......Saya harap Melayu- Melayu Si Miskin ini bukanlah spesis tegar UMNO kerana jika itulah hakikatnya biarlah mereka terus merempat dan terus diperalatkan pemimpin yang mereka sanjungi.
ReplyDeleteTentang pemimpin PAS pula memang telah wujud sekelompok generasi baru yang baru sehari dua bermain politik berbekalkan ijazah dari Timur Tengah lalu menggelarkan diri mereka ulama. Sedangkan hakikatnya kumpulan ini amat pelahap kuasa dan bernafsu besar tanpa segan silu menggunakan agama dan bangsa bagi tujuan meraih sokongan demi mengejar kuasa.
Banyakan lagi komen dan penjelasan serta kritik yang pedas dan membina kepada Pemuda Pas yang mersakan diri mereka ulamak yang bijak tetapi mengkhianati kawan.ada udang dalam serban atau dalam songkok putih.Ketua pemuda Pas yang baru pun sudah tak bolih nak buat apa.keputusan majoriti dalam pemuada Pasa di kuasai oleh pemimpin ulamak muda.
ReplyDeleteGua paling sedih bab roti kepala lutut tu. Teringat kecik kami adik-beradik kepal2 kasi hancur then campur dgn kelapa parut tambah gula. Errr.... dah senang sikit ni pun gua masih buat roti kepala lutut hancur campur kelapa parut tu! kikiki! sedap woo!
ReplyDeletememang terbaek la,,,rendam ngan kopi pekat kasi kembang...
Deleteakunsehingga kini masih dgn biskut kapla lutut ni,,,,ranggup
Deletemoga yang ngaku perjuangan atas nama Islam jangan jadi hipokrit macam parti pandi kutty sekutu apco in sya Allah ,baca sejarah Allahyarham Dr Burhanuddin & yang seangkatan dengan nya, ABU !
ReplyDeleteabo asalkan bukan omno. ni nombo satu punya putar alam pastikan abo
ReplyDeleteorang tak penah rasa susah cakap pun kekadang macam haram jadah.
simpati juga untuk orang yang memang susah.banyak besobar.
Kalau mcmni la generasi PAS yang seterusnya, sejarah pengkhianatan golongan ini akan aku ungkitkan selagi belum Qiamat, selagi takde kesediaan meminta maaf pasal PRU13 tu. Lambat-laun, golongan profesional bakal meninggalkan PAS beramai-ramai nanti.
ReplyDeleteaduhai sayunya tapi benar sebab.aku pun tgh lalui cabaran sama... ekonomi hancus tapi tak semua rasai sebab Allah anugerahkan negara ini dgn mcm2 sumber.. tapi ibabratkan kite cite kat org padang pasir kdg2 kite takde air, bekalan putus.. gerenti pelik, negara khatulistiwa takde ayor? sama gak dgn ekonmi, tak urus dgn betul, pecah amanah sama gak walau byk mane sumber skali pun...
ReplyDelete.. dan malang skali sama gak dfn pas... esp kat Tganu, ari tu pre-PRU tu bukan yakin boleh ambik balik gannu.. skrg camne? so dah takleh gak tak nak usaha lagi ke??? ni sibuk nak berbincang dgn najib pasal ape hadi? ganu boleh tawan balik ke, ke dah giveup so kawtim benda lain... beza sunnguh dgn arwah fadzil noor dulu....
Harap PAS terima kritikan dgn terbuka...
ReplyDeleteBhai...
ReplyDeleteGua masa kecik-kecik dulu, tak pernah rasa susah sebab family gua orang ada-ada, tapi gua pernah rasa macam dua orang ayah tu rasa... masa time gawat dulu tu... gaji gua sangkut banyak bulan, company tak de duit, bini pulak gua suruh resign masa time baguih sebelumnya tu... dah tak tahan sangat, kenalah menghadap mak bapak and adik beradik balik... tapi sekarang dah ok dah tapi kesian pada anak-anak aku... kena mengalami era kepayahan tu, hikmah dia, terutamanya si abang... sangatlah berjimat... kiranya kalau jadi MB, tak payah tunggu lama, mesti ada yang nak topple
Aku ingatlah Bhai, kalau pemimpin PAS yang baru-baru nie join Unit Amal (kalau setakat sarung uniform and bergambar, tak acilah)... rosak unit amal tu...
COBOL
Bhai/DeeDee semua...
ReplyDeleteMemang sedih.... dikala kita semua nak bongkangkan UMNO/BN supaya dana negara nih dapat ditadbir dengan cekap, telus dan amanah.... ader jer mangkuk-mangkuk yang nak bagi life support kat UMNO/BN.... macam-macam cara dan teknik diorang nih...
Ntah aper jadahnyer boleh jadi bodoh dan bangang camnie gua pon tatau la.... aper daaa