Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

26 January 2014

Peanut Butter Diragui Tidak Halal

Perhatian: 

Adakah anda penggemar "Mentega Kacang" @ "Peanut Butter"?

Jika iya, adakah anda tahu bahawa tidak ada satu pun produk mentega kacang yang ada di pasaran hari ini mempunyai logo halal JAKIM dan juga persijilan halal JAKIM. Ianya tidak termaktub sama ada dari jenama ternama tempatan mahu pun jenama asing.


Setakat ini hasil pemerhatian saya, semua produk mentega kacang yang ada di pasaran mempunyai "product of origin" yang sama iaitu dari Negara China. Dan setiap pengekspot dan pengedar menggunakan bermacam-macam persijilan halal yang agak meragukan.

Oleh itu, saya (CipanTapirTenuk.Blogspot.Com @ C++) mengalakkan anda semua membuat semakan dan pemerhatian yang rapi serta dapat memberhentikan sementara pengambilan mentega kacang sebagai diet harian anda bagi mengelakkan sesuatu yang diragui status kehalalannya.


Halalan Thoyyiban (halal lagi bersih) adalah satu keperluan dan kemestian. Malah mencari yang halal lagi bersih itu adalah satu kewajiban yang dituntut. Malah terdapat arahan yang jelas sama ada didalam Al Quran mahupun didalam Hadith Rasulullah s.a.w berkenaan perkara halal dan haram ini termasuklah perkara yang diragukan mahupun yang syubahah.

Artikel ini sekadar memberi peringatan kepada anda semua dan ianya bukannya bertujuan untuk menjatuhkan atau mensabotaj mana-mana pihak mahu pun produk yang berkaitan dengan mentega kacang.

Fikir-fikirkanlah.. (Sekiranya anda tahu mana-mana produk mentega kacang yang mempunyai logo halal JAKIM, sila beritahun saya, terima kasih).


Gua dah jumpa peanut butter yang ader logo Halal JAKIM ... Yang diberi nama SunBear (Lepa Kacang)... Produk hasilan dari FELDA







6 comments:

  1. nasib baik aku bukan peminat tegar...

    ReplyDelete
  2. Bro..

    Aku lebih suka persijilan HALAL dari Thailand.. even tho' Muslim di Thailand tu majority, bab-bab HALAL dowang mmg di perhalusi kerana HORMAT dgn AGAMA ISLAM bangsa lain..

    DI Malaysia ni.. aduiii.. Melayu sendiri HORMAT ISLAM..

    kikuikuikui.. melayu melayu.. kalau mamak plak camner??? yg jual Rojak Sotong + Kangkung bawa lori 1 tan tu kebanyyakan nyer HINDU... tapiiiiii... yg beli kebanyakkan nyer MELAYU..

    cuba lu orang perati di kawasan Lembah Kelang ni.. balik solat jumaat lelaju berlumba nak ke van jual Rojak Sotong + KANGKUNG :).. aduyaiiii.. apadapadiaaaa btul laaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan KingkOng. Contoh lain ialah produk2 Australia seperti daging lembu dan Kanbing...100% terjamin halal dan toyibah bebanding dengan sembelihan orang2 melayu di pasar2 di negara ini. Saya pernah tegur penjual daging ayam bangsa melayu yang berkopiah putih kerana menyembelih beberapa ekor ayam terus menerus menggunakan sebilah pisau yang penuh darah tanpa dicucikan darahnya terlebih dulu. Begitu juga di Amerika dan Manila barang2 yang tidak mengandungi/menggunakan lemak babi di asingkan pada tempat khas serta tertulis dengan jelas. bab perangai rakyatnya tak usah cveritalah.

      Delete
  3. Sijil halal pun ada yang boleh dibeli.

    ReplyDelete
  4. Alamakkkk typo la pulop...

    even tho' Muslim di Thailand tu majority, bab-bab HALAL dowang mmg di perhalusi kerana HORMAT dgn AGAMA ISLAM bangsa lain..

    It should have read as MINORITY..

    Maaf dipinta... MANUSIA ITU LEMAH DAN BNYK KESILAPAN SEPERTI WA JUGA..
    aduyaiii

    ReplyDelete
  5. abng c++ kt pasaran memg ada logo halal yg diiktiraf jakim http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1