Maaf kerana lama tidak menulis di blog ini. Saya agak sibuk dengan program promosi "mari mencandat sotong" sempena musim mencandat yang akan bermula awal April sehingga hujung Jun. Bot yang saya miliki telah ditempah oleh beberapa kumpulan dari Johor dan Kuala Lumpur untuk bulan April dan Mei. Hanya bulan Jun saha belum ada tempahan. Harga yang saya tawarkan satu kepala cuma RM80 untuk dua hari satu malam untuk seramai 15 orang dimana ianya akan bergerak dari Jeti Raja Wali, Dungun.
Kah Kah Kah.
Walaupun sibuk, saya masih lagi mengambil tahu apa yang berlaku didalam arena politik tempatan melalui beberapa rakan yang menjadi "pemberi maklumat" dimana isu yang paling terbaharu adalah mengenai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan.
Kah Kah Kah.
Kini kecoh didada media bahawa telah ada diincangkan isu hudud dalam sidang Majlis Raja-Raja baru-baru ini yahg mana telah dinafikan sepantasnya oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Saya sekadar tersenyum sahaja apabila mendengar cerita penafian ini walaupun saya tahu duduk perkara yang sebenarnya.
Kah Kah Kah.
Tapi tidak apalah kalau penafian telahpun dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Kita terimalah penafian tersebut mengikut selayaknya. Apa yang pasti telah berlaku perbincangan isu yang sama tapi pada tajuk yang lain. Masa, lokasi dan siapa yang membincangkannya janganlah kita persoalkan. Kita terima sahajalah penafian tersebut secara "verbatim" kerana ianya datang dari petugas yang mengendalikan urusan "Seri Paduka".
Kah Kah Kah
Mereka durian kita mentimun, dilenyek kita sakit, melenyek kita sakit. Tapi jangan sampai durian menjadi tempoyak @ lempok.
Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu
durian jatuh dalam timbunan timun tersangkut tak boleh gerak
ReplyDeletesampai masa durian yang wangi jadi busuk jugak
jangan sombong sebab sombong tak boleh bawa ke kubur