Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

11 March 2015

Dalang Tok Dalang

Bhai/DeeDee semua...

Ader sorang rakan gua (ahli akademik) dok tanya gua tentang aper yang berlaku dalam percaturan politik negara.... Jadi ini gua nak hidangkan kepada lu orang sumer aper sebenarnya yang berlaku dalam Malaysia selama lebih 50 tahun nih... Sesuatu yang mungkin lu orang tahu dan mungkin jugak lu orang tak tahu... Tapi yang gua pasti... Ramai yang tak sedar benda nih berlaku "right in front of their nose" .... Hahaha

Ini semuanya berkaitan dengan pertembungan .... Pertembungan ideologi... Pertembungan strategi dan taktik.... Dan jugak berkaitan dengan pengekangan... Gua nak citer secara indirect .... Sebermula dari awal tahun 1960 .... Just right after merdeka.... But just before pembentukan Malaysia... Cerita-cerita dibelakang tabir...

Ancaman utama negara pada awal 1960 yang rakyat Malaysia tidak tahu aderlah bukannyer datang dari Komunisma, Fasisma, atau sebagainyer... Tapi datang dari negara Kolonial ... Britain.... Sebelum Britain mengundurkan diri dari Malaya ... Britain telah meletakkan ramai agen mereka termasuklah sleeper dalam pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu....  Tujuannya cukup mudah ... Untuk mengekalkan Persekutuan Tanah Melayu ini kekal mengikut corak dan agenda Britain... Cukup ramai anggota MI6/MI5 serta Special Branch yang ditanamkan dalam organisasi Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu... Malah sehingga kehari ini agen ini masih tidak dapat dikesan dan dibenteras sepenuhnya oleh beberapa agensi keselamatan dalam negara... Agen ini biasanya akan berada selangkah dihadapan hanya kerana mereka mempunyai akses tertinggi dalam hirarki pentadbiran Kerajaan Malaysia...

Pada masa Komunisma kuat di Malaya, agen MI6/MI5 serta Special Branch British ini juga ader menyusup didalam Partai Komunis Malaya dengan tujuan mengkucar-kacirkan serta melaga-lagakan anggota PKM... Malah terdapat beberapa kes agen ini telah berjaya memperlihatkan bahawa PKM aderlah kejam, khianat dan ancaman berat.. dengan mereka memintas arahan pucuk pimpinan PKM lalu mengubahnya menjadi satu bentuk yang lebih sadis... Ini tujuan mereka... Untuk membuatkan rakyat benci kepada PKM.. Mereka berhasil melakukannya dengan berjaya malah sehingga ke hari ini rakyat Malaysia cukup bencikan PKM...

Dalam pada itu agen ini juga membuat beberapa tindakan bagi mengekalkan Persekutuan Tanah Melayu menjadi sebuah negara sekular dalam komteks Asia... Ianya dibuat dengan cara agak mudah iaitu mempengaruhi para Sultan dan Raja agar kekal meneruskan aper yang telah dibentuk oleh penjajah tetapi dicorakkan dengan sisi keMelayuan... Ianya dipermudahkan kerana sikap orang Melayu selaku pendominan dalam negara amat taksub dan hormatkan para Sultan dan Raja-Raja Melayu... Even para alim ulama pun amat menghormati dan menyanjungi titah perintah para Sultan dan Raja-Raja Melayu...

Jadi.... Fast forward kepada tahun 1985/1986 .... Biler mana kedudukan UMNO agak goyah dari segi agama... Agen ini berjaya membentuk/melakarkan plan untuk memperlihatkan bahawa Parti Islam SeMalaya menjadi semakin radikal dan agresif... 

Oops... Lupa gua nak story... Pada awal tahun 70'an ... Ujud satu agensi yang dibangunkan untuk mengekalkan status quo Malaysia dari segi keselamatan dan ekonomi... Dan agensi ini pula tidak dibentuk dibawah kuasa-kuasa eksekutif seperti mana penubuhan Bahagian Hal Ehwal Khas (kini dikenali dengan nama JASA) akan tetapi ianya dibentuk berasingan... Dan agensi ini sebenarnya ditubuhkan  khas untuk mengenalpasti/menganalisis/mengkaji/bertindak untuk memastikan semua agensi lain yang ada dalam negara tidak diresapi oleh agen negara luar mahupun pihak-pihak yang berkepentingan didalam negara ini... 

So... Semenjak 1970 lagi... Memang telah dikesan kemasukan agen-agen / sleeper dari Kerajaan Malaysia kedalam semua partai politik dalam negara ... Malah bukan hanya parti politik... Tetapi hampir semua organisasi bukan kerajaan pun ader agen / sleeper ini... Dan mereka ini bukanlah berrtujuan untuk mengekalkan keseimbangan tetapi sebenarnya menjadikan duri dalam daging untuk memastikan bahawa Kerajaan Malaysia yang diserapi dengan agenda Britain (kapitalis) tidak terjejas sama sekali.. Mereka inilah juga yang selalu melaga-lagakan mana-mana partai / organisasi / institusi agama dan sebagainya demi untuk tidak menjadikan tergugatnya Kerajaan Malaysia yang kekal patuh kepada acuan dan bentuk yang telah ditentukan oleh penjajah...

Lu orang sumer jangan terkejut kalu gua bagitau lu orang bahawa selama lebih 40 tahun permainan dalang ini telah dan sedang dibuat demi untuk kepentingan pihak tertentu yang menjadikan rakyat Malaysia sebagai mangsa. Mahathir Mohamed juga dikenalpasti diresapi oleh pengaruh agen-agen ini... Malah gua tidak terkejut kalu mendapat maklumat bahawa Nik Aziz juga sama pernah diresapi oleh agenda agen-agen ini....

Maklumat yang gua ader... Semua pimpinan utama yang ader dalam Malaysia kala ini memang sudah diresapi oleh agen-agen ini yang bertindak talam banyak muka... Even Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Karpal Singh, Lim Kit Siang malah Lim Guan Eng pon jugak diresapi oleh agenda kumpulan ini... Dan selagi mana kiter tak dapat membersihkan pengaruh dalamg-dalang ini... maka selagi itulah Malaysia kekal sebegini... Dan silap-silap Sabah dan Sarawak pun akan keluar dari Persekutuan Malaysia.....

Jadi... Kesimpulannyer... Kita semua kena main dan mengikut rentak dan corak yang telah ditentukan dalam "grand masterplan" yang telah ujud sejak sebelum tanah tercinta ini mendapat kemerdekaan....

Oh yer.... Jangan lupa... Tindakan menjatuhkan kekuatan ekonomi Malaysia bukanlah agenda pihak luar... Ini semua tangan-tangan dalam negara... Yang dikepalai oleh dua "ekor" makhluk yang mahu mengekalkan status quo mereka... Permainan mereka ini bukan setakat RM40 bilion... Tapi dikesan lebih dari 10 kali ganda .... Malaysia kini sedang dilelong kepada pembida terbaek... Yang mampu membida lebih dari ratusan billion..

Hahaha... Ader paham ka? Tadak paham kalu... nasib la labu... Hahaha

5 comments:

  1. "Dan silap-silap Sabah dan Sarawak pun akan keluar dari Persekutuan Malaysia....."

    Siapa yang selalu kempen supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia??

    ReplyDelete
  2. cukup benci dengan british pasai paksa bagi hak melayu pada orang lain dan tinggai ajaran kristian
    dalam negara ini
    kalau jepang tidak kalah dah tentu itu orang luar tak ramai kat sini
    yang penting depa pastikan tm tidak jatuh ketangan Islam

    ReplyDelete
  3. berserah n berdoa la pada ALLAH SWT.. tu je aku nampak jalan nya :(

    ReplyDelete
  4. RM400b!!!
    Habes lah kena main..dh tu kena jual pulak.
    Apa nak jadi lahhhh ni.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1