Najib Razak akan jatuh bukan kerana jolokan daripada pihak luar. Bukanlah akan jatuh kerana asakan Pakatan Rakyat. Tapi Najib Razak akan jatuh kerana "inner circle". Rebah kerana orang sekelilingnya. Rebah kerana terlalu mengikut cakap-cakap penasihat yang rapat dengannya. Rebah kerana sikap ahli keluarga beliau. Memang inilah masalahnya setiap kali bila ada sokongan yang membawa rebah. Bila ahli keluarga yang lebih sudu dari kuah.
Kah Kah Kah.
Hadi Awang juga akan jatuh bukan kerana jolokan daripada pihak luar. Bukanlah juga akan jatuh akibat asakan dari kumpulan professional dalam PAS. Tapi Hadi Awang akan jatuh kerana "inner circle". Rebah kerana orang / penyokomg sekelilingnya. Rebah kerana terlalu mengikut dan percaya kepada cakap-cakap penasihat yang bertempek disebelahnya. Rebah kerana sikap ahli keluarga dan menantunya. Memang beginilah masalahnya setiap kali bila terlalu banyak sokongan yang membawa rebah. Bilamana ahli keluarga yang terlebih senduk dari periuk.
Kah Kah Kah.
Dalam kedua-dua kes, nyata tidak mahu mengambil iktibar dari kisah terdahulu. Nyata sengaja memekakkan diri. Nyata tidak mahu berpijak dibumi yang nyata. Kedua-dua pemimpin yang pernah memaki hamun ahli parti sendiri. Kedua-dua pemimpin yang sedang lena diatas kerusi pimpinan dengan dibuaikan lagu-lagu bahagia yang bukanlah realiti.
Kah Kah Kah.
Ahli parti banyak yang tidak puas hati dengan gaya kepimpinan kedua-dua makhluk Allah ini tapi oleh kerana adanya penasihat yang berlingkar disekeliling mereka, maka mereka terpesona hinggakan tidak dapat menilai berita yang benar dengan berita yang ditambahkan "ajinomoto". Ini kerana penasihat lebih pentingkan kedudukan dan kuasa serta kewangan daripada masalah rakyat. Akhirnya yang akan tersungkur bukanlah penasihat tetapi dua pemimpin ini.
Kah Kah Kah.
Selamat jalan kami ucapkan kepada kedua-dua pemimpin ini.
Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu
Persoalan pertama yang harus ditanya adalah (1) Adakah Hadi Awang seorang Islam yang mukmin? atau kafir berwajah Islam? (2) Semasa menjadi MB Terengganu berapa banyak wang Yayasan Islam Terengganu dan Yayasan Terengganuyang disonglap untuk menghantar anak-anaknya, anak saudara da anak Harun Taib ke Jordan untuk dihabiskan?
ReplyDeletemukmin dah tentu muslim tp muslim tak gerenti mukmin.
ReplyDelete