Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

07 November 2013

Berita Dari Kubur Di Segamat

Bhai/DeeDee sekalian...

Hari ini sudah masuk dua hari urusan memindahkan kubur lama di Kampung Batu Badak di Segamat dijalankan. Ianya dibuat bagi melebarkan jalanraya. Surau lama di Batu Badak yang ada tanah kubur disebelahnya terpaksa dialihkan...

Jenazah beberapa anggota keluarga sebelah isteri gua ada dikuburkan disana... Kubur atok, mak tok dan beberapa bapa saudara ada disana... Oleh yang demikian, ayah mertua gua menjadi wakil keluarga kami untuk urusan memindahkan kubur lama ini.

Bapa mertua gua dok amik gambar urusan yang terlibat untuk dikongsikan dengan saudara mara dan anak beranak.  Dan..... Subhanallah....  Ader beberapa peringatan dari Allah telah ditunjukkan berlaku disini.... Antara yang gua cukup takjub aderlah berkenaan beberapa jenazah yang telah lebih dari 7 tahun dikebumikan...

Jenazah-jenazah ini langsung tidak rosak atau hancur kain kapannya... Malah ianya sekadar kotor kesan air dan tanah sahaja...  Struktur jenazah masih "intact" dan baik... Maha Suci Allah yang telah menunjukkan kekuasaannya... Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar... Walillahilhamd... SubhanAllah...

Mengikut cerita saudara mara arwah-arwah ini.. Arwah aderlah seorang yang tidak melambat-lambatkan solat, tidak bermusuh dengan sesiapa, zuhud, tidak mengeluh walaupun hanya kerja kampung (menoreh getah) dan tiada kemewahan...

Jadi...

Disini gua sertakan gambar yang berkaitan... Agar menjadi panduan dan ingatan kepada gua dan lu orang sumer... Moga Allah Taala menjauhkan kita semua dari siksaan kubur...





6 comments:

  1. 22:5. Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan berangsur-angsur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai nyanyuk, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

    takutlah hai manusia ancaman dari Allah.

    ReplyDelete
  2. As'salamualaikum Jkkk Fan Club,
    Saya, salah seorang waris, yg menguruskan pemindahah jenazah-jenazah ini mohon jasa baik saudara untuk delete gambar-gambar jenazah di atas, FB post ini dan yang dalam simpanan anda kerana ia bukan untuk tontonan/jadi bahan bualan umum. Posting ini tidak menghormati jenazah-jenazah ini dan isteri/anak arwah yang masih hidup.

    Sudah kah anda meminta izin dari yg berhak keatas jenazah-jenazah ini sebab semasa kerja mengeluarkan jenazah-jenazah ini saya ada mengumumkan bahawa kami tidak izinkan sesiapa, melainkan yg berhak, mengambil gambar jenazah yg dikeluarkan dan mengharamkan ia di muatkan ke media social/internet.

    Sekali lagi saya mohon agar saudara delete gambar-gambar in dan minta sesiapa yg muat turun gambar ini untuk delete gambar-gambar ini melainkan mereka adalah yg lebih berkah keatas jenazah-jenazah ini.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  3. dah habis ikhtiar ke sampai kena alih kubur..cuba buat jalan yang lebar guna laluan lain...

    aymy8888

    ReplyDelete
  4. tak ramai yang mahu ambil pengajaran bila melihat kubur walau pun ada yang dah uban bertabur gigi dah gugur mata dah kabur.itulah manusia.

    ReplyDelete
  5. saya menghormati ahli waris yg tak bersetuju utk gambar dimuatnaik ke media social tetapi utk renungan bersama apa salahnya. lagi pun gambar ini bkn menunjukkan keaiban simati malah menunjukkan kebesaran Allah ke atas manusia yg berlaku baik semasa hayatnya di dunia. Ini adalah utk renungan kita yg masih hidup tentang kebesaran Allah.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1