Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

12 November 2013

Persoalan Yang Tidak Terjawab

Bhai/DeeDee sekalian...

Ader beberapa perkara yang masih menjadi persoalan yang tidak terjawab bagi kes rompak dan bunuh di Ambank USJ...

1. Kenapa sampai ke hari ini pihak bank tidak membatalkan kontrak syarikat kawalan keselamatan yang terlibat?

2. Wakil syarikat keselamatan tidak hadir langsung sebagai unjuk simpati kepada waris mangsa.

3. Bagaimana urusan tapisan keselamatan yang dilakukan oleh syarikat keselamatan adakah mengikut SOP?

4. Bagaimana mereka menyemak maklumat kakitangan? Adakah MyKAD itu sebenarnya MyKAD asli?

5. Bagaimana lemahnya tadbir urus dan keselamatan maklumat di JPN (dibawah KDN). Adakah memang terdapat unit tertentu didalam JPN yang mengeluarkan  MyKAD ini seperti yang didedahkan dalam kes Projek IC di Sabah?

6. Bagaimana urusan tapisan keselamatan oleh KDN sehingga suspek boleh lolos dan dapat lesen senjata api?

7. Siapakah dalang yang sebenarnya yang menjadi pemangkin kepada semua ini?

8. Kenapakah syarikat kawalan keselamatan yang dikambing hitamkan seakan mengamuk. Adakah mereka telah dikambinghitamkan oleh kumpulan pemodal yang berstatus VVIP?

Terlalu banyak yang pelik dan anih dalam kes ini... Tak tau aderkah ianya akan menjadi seperti kes Altantuya versi Indon.... Hahaha

Yang best tue..... Ader plak yang buat gempak ugut sana sini.... Last-last sampai ke hari ini senyap.... Aper daaa....

4 comments:

  1. Bhai..

    jawapan tak penting.. yang penting tindakan... hari tu kan dah ramai guard yang kemasukan mereka ke Malaysia nie yang diragui sudah ditahan... siap masuk TV tu lagi... dia orang tu yang bersalah...

    ... lagi pun Bhai, lu banyak bisinglah Bhai... suspect, weapon dan motive semua sudah dapat... apa lagi lu mahu... lainlah macam ada satu case tu... tak jumpa waepon and motive... tu yang lepas suspect-suspect tu...

    COBOL

    ReplyDelete
  2. banyak yang nak dijawab pilih dulu yang mana senang bagi jawapan
    tindakan dan harapan masih dalam kesamaran

    ReplyDelete
  3. "Adakah MyKAD itu sebenarnya MyKAD asli?.."

    aku pun agak mcm tu la jugak...
    dah penjenayah/perompak/pembunuh tu pun org melayu kita jugak..
    org kedah/sempadan perak ..

    camna.. apa pendapat korang..?

    ReplyDelete
  4. Ha ha ha ..Bhai..

    Problem dengan MyKad ni satu aje ..CIP chikai..mudah rosak..

    So jika CIP rosak..pihak bank kena manualy verify..lagi pun JPN tak de kemudahan untuk veryfy online dengan bank..kalo agensi kerajaan aku tak tau ler pulak..ha ha ha..

    Jadi bila semua pihak anggap MyKad tipu tu MyKad rosak..jadi senangler penyamun tu nak menipu..tak gitu Bhai..


    Ha ha ha.

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Popular Posts

YouTube CipanTapirTenuk

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1