Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

24 February 2015

Zikir Anjing, Babi & Syaitan

Kah Kah Kah.

Golongan yang mengaku diri mereka ulama (bersama dengan pengikut taksub mereka) kini setiap masa berzikir anjing, babi & syaitan. Hebat. Dahulu mereka berzikirkan kalimah tauhid, kini nampaknya kerana kepentingan jawatan, gelaran dan pangkat maka alunan zikir mereka pun berubah. Sudah semakin jauh zikir, tasbih dan tahmid mereka ini.

Kah Kah Kah.

Disana sini mereka melantunkan zikir anjing, babi & syaitan yang diselangselikan dengan tasbih barua dan broker. Hebat sekali ratib mereka ini. Kelihatan terlalu zuhud dengan menggunakan kereta mewah, rumah besar, motosikal besar malah kerap melancong keluar negara menggunakan duit dari tabung tin milo.

Kah Kah Kah.

Mereka memang mewah. Sekali bercakap merapu zikir anjing, babi & syaitan disana sini kemudiannya dihulur sampul tebal. Kos logistik semua dibiayai penuh. Makan minum pula ditanggung beres. Berdegar-degar diatas pentas walaupun sebenarnya menikus bila berhadapan dengan penguasa yang zalim. Malah dalam banyak keadaan sanggup pula bersekongkol dengan penguasa yang zalim itu walaupun di mulut mengatakan benci.

Kah Kah Kah.

Bila warga marhaen membuat unjuk rasa membantah penguasa zalim, mereka lah yang terlebih bermulut besar depan mikrofon tetapi bila disergah penguasa merekalah yang lari dan di"lari"kan lebih awal. Yang membakar rasa adalah mereka, yang dibelasah penguasa adalah warga marhaen. Mimpi kucing bertanduklah untuk melihat mereka-mereka ini diangkut "Black Maria" setiap kali ada unjuk rasa rakyat.

Kah Kah Kah.

Malah kalau dicula berapa ramai golongan penzikir anjing, babi & syaitan ini bila ada unjuk rasa rakyat marhaen terhadap penguasa zalim, mungkin anjing dan kucing liar yang ada dijalanan lebih ramai dari mereka ini. Takut kotor jubah dan sarban agaknya. Iyalah. Bukan lah harga jubah sepuluh atau dua puluh ringgit. Ada yang mencecah beratus-ratus ringgit. Bukan juga boleh dibeli di "bundle" atau dijual borong tiga "lima puluh ringgit".

Kah Kah Kah.

Penzikir anjing, babi & syaitan ini selalu mengingatkan warga marhaen supaya mencontohi Rasulullah s.a.w namun mereka sendiri pun tidak mengikut apa yang diucapkan. Sebab itulah tidak terkejut bila mendengar mereka ini berzikir anjing, babi & syaitan. Itulah perangai sebenar mereka ini yang kononnya pewaris para anbia dan para Nabi. Telunjuk lurus kelingking berkait.


Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

7 comments:

  1. Betul tu Pok Dee, orang2 yang tergolong sebagai ustaz jadian @ perasan sebagai ulamak ni memang teruk kalau dah dirasuk dengan kebendaan...buruknya kelaku dan tuturkata mengalahkan orang yang jahil! Sikap hipokrit ustaz jadian dalam PAS ni amat ketara..Sebaik meninggal je TGNA maka sikap sebenar mereka Allah tunjukkan..mereka mula menjual ugama dan hukum secara borong untuk pikat UMNO..oleh kerana gila kuasa dan oangkat serta kedudukan maka semua yang menentang sikap kluk klek dan tiada wibawa presideng di anjingkan dan dikhinzirkan..dan mereka sendiri tanpa malu dan sedar sebenarnya telah menganjingkan diri sendiri kerana mengkhianati pesanan almarhum TGNA supaya jangan bersekongkol dengan UMNO yang sangat nyata menolak Hudud... ataupun golongan gila kuasa dan pangkat dalam PAS hanya guna hudud utk bodohkan ahli saja..? Banjir diKelantan juga mungkin sebagai satu dari peringatan kepada golongan yang menggunakan agama untuk balak dan harta kekayaan diri dan anak pinak...akhirnya..Multaqa jadi majlis menzahirkan perangai dan sikap sebenar ustaz2 jadian @ perasan ulamak yang mengalahkan perangai orang UMNO! Belakon baik depan marhum TGNA...dasyat betul lakonan ustaz2 jadian nih...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Daripada layan diorang ni baik aku tolong Mak Mah. Kenduri dah dekat ni, mcm2 tak siap lagi.

    ReplyDelete
  3. Dulu PAS daif, nak bertanding pun tiada calon tapi kini PAS sudah merasa hebat jadi golongan profesional tak diperlukan lagi, maka mana2 profesional yang ada dalam PAS baik buat kerja profesional masing2. Tak sangka pula begitu busuk hati puak2 ustaz ni kepada golongan yang banyak membantu PAS. Apa pun selamat maju jayalah geng2 UG

    ReplyDelete
  4. over dos telan pil kuuuda.senang sikit nak meratib,bertasbih dan tahmid!

    ReplyDelete
  5. yang cakap lebih dari sifat dua binatang tu....tuduhlah macam macam.....fitnah lah lagi syaitan suka tu...

    ReplyDelete
  6. 61:3. Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan.

    fikir fikir pulak adakah kita pun termasuk dalam peringatan ini
    sesekali tengok diri sendiri jugak untuk betulkan mana yang masih bengkok

    ReplyDelete
  7. ok le tu,bahasa yg kau gunakan tu sama mcm bahasa aku juga

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja