Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

09 February 2015

Belum Pun 24 Jam Berlalu

Kah Kah Kah.

PAS memang susah hendak berpegang dengan keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat. Belum pun 24 jam berlalu selepas pengumuman akan ada satu mesyuarat khas berkenaan isu Hudud, terus sahaja diumumkan bahawa ianya akan dibentangkan dalam DUN bulan depan. Bukankah PAS sudah bersetuju untuk satu mesyuarat khas dalam masa terdekat ini?

Tidak bolehkah PAS menghormati persetujuan dan keputusan mesyuarat. Inikah contoh yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.? Sikap sebegini sebenarnya menghina dan memalukan Islam. Yang selalu mungkin janji @ persetujuan sepertimana diterangkan didalam Al Quran hanyalah kaum Yahudi sahaja. Adakah PAS kini sudah semacam kaum Yahudi? Nauzubillah.



Kah Kah Kah.

Nasib baiklah Enakmen Kanun Jenayah Syariah II ini hanya untuk Kelantan. Kalaulah juga dimaktubkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, mungkin pesalah pertama yang akan dibicarakan dan ditahan adalah seorang pemimpin atasan PAS Pusat nampaknya. Itupun kalau Enakmen ini telus dan bukannya seperti Enakmen yang sama dibuat di Brunei dimana Sultan dan Kerabatnya tidak tertakluk kepada enakmen hudud sama sekali.

Kah Kah Kah.

Janganlah anda semua ingat tiada "double standard" dalam perlaksanaan mana-mana undang-undang @ kanun di Malaysia. Sudah sekian lama memang berlakunya "double standard" waima dalam undang-undang syariah sekalipun. Bukan tidak pernah ada kes syariah yang sepatutnya sabit kesalahan, tetapi apabila melibatkan golongan VVIP maka ianya jadi lain. Bebas dan dilepaskan. Anda cuma perlu semak kembali kes-kes yang pernah berlaku dalam masa kurang 30 tahun ini.

Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

5 comments:

  1. Solat memang wajib, hudud boleh ditangguhkan bila rakyat dalam kesusahan macam Saidina Umar RA buat. Dah kantol balak? Nak cover ape ni sebenarnya bila terburu2. Tumpukanlah pada pembangunan semula, jangan pergunakan agama untuk kepentingan gerombolan ustaz. Memang tak sensitif langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa Saidina Omar ra tangguhkan hukuman tu.. hukum Allah secara keseluruhannya dilaksanakan. Yang ditangguh hukuman kpd yg berkenaan shj.

      Jangan tunggu kondusif baru laksanakan hudud, tapi laksanakan hudud makan situasi akan jadi kondusif.

      Delete
  2. e eh pok dee ni...

    kata nak sidang dun dari tahun lepas lagik...

    tangguh pun sebab banjir luarbiasa...

    keputusan mesyuarat datang kemudian kena tunggu giliran la...

    ReplyDelete
  3. Kepada kerajaan PAS K'tan, teruskan usaha murni anda dan usah dipeduli dengan serangan dan kritikan dari golongan liberalisma, lakukan lah apa yang wajib keatas kamu sebagai pemimpin. Serangan dan kritikan datang dari golongan yang tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab tidak sepertimana kamu dipertanggungjawabkan. Anggaplah mereka ini umpama debu dan akan hilang apabila dibawa angin yang tidak meninggalkan kesan walaupun sebesar zarah terhadap amanah yang telah diamanahkan olehNYA kepada kamu.

    ReplyDelete
  4. Sdr Jawe

    Boleh sdr beri jaminan bahwa pada tahun sekian2 dah tkde orang miskin, semua dah kaya raya, selesa kehidupannya. Tahun bila tu ekkk?

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja