Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

16 February 2015

PDRM Akan Sertai Maharaja Lawak Mega 2015

Kah Kah Kah.

Tanyalah siapa sahaja waima budak sekolah rendah sekali pun tentang adakah mereka berani melakukan conteng kepada kenderaan PDRM? Pastinya semua akan mengelengkan kepala. Untuk berada dekat dengan kenderaan PDRM pun sudah menimbulkan rasa cuak kepada sesiapa sahaja. Tambah lagi jika ada demonstrasi jalanan.

Kah Kah Kah.

Orang gila pun tidak akan menghampiri kenderaan PDRM. Tambah lagi dalam keadaan demo jalanan dimana LSF dan FRU ada dimana-mana berkawal. Malah anggota Cawangan Khas dan Polis berpakaian preman juga cukup ramai berada sama ada dekat dengan kenderaan PDRM ataupun berada bersama menyelinap didalam kumpulan orang ramai yang melakukan demo jalanan.

Kah Kah Kah.

Jadi, tentulah cukup pelik lagi ajaib sekiranya kenderaan PDRM mampu diconteng dengan menggunakan "spray paint. Sungguh pelik. Mungkinkah contengan ini dilakukan oleh pelaku yang halimunan? Adakah ianya dilakukan oleh Jin?

Kah Kah Kah.

Pastinya tuduhan yang mengatakan ada pihak awam (peserta demo jalanan) yang terlibat melakukan "vandalisma" terhadap kenderaan PDRM ini cukup melucukan. Orang gila pun tidak akan mampu melakukan perkara ini tanpa dikenalpasti, ditangkap mahupun dibelasah dengan cota Polis.

Kah Kah Kah.

Tahniah kepada PDRM, Anda mampu untuk menjuarai Maharaja Lawak Mega 2015 yang akan datang. Sila hantar satu kumpulan pelawak anda untuk sesi ujibakat Maharaja Lawak Mega 2015.



Pok Dee
Tanjung Jara, Dungun
Terengganu

5 comments:

  1. jin yang buat tu..tetiba je ada

    ReplyDelete
  2. masih ingat lagikah bersih 1,2,3 sapa yng mula wat provakasi?ada mamat2 yang pakai gelang getah macam hisammudin ngan anu zain pakai tu! cukup2 la wt lawak tu! cari idea lain la! Pasai Orang Lain Ia Sibuk!

    ReplyDelete
  3. mungkin depa ada baca itu ayat dari surah Yaasiin
    sebab tu tak nampak masa depa buat
    macam macam jugak bole jadi
    1 tapi banyak macam

    ReplyDelete
  4. PDRM sibuk nak tangkap orang yang conteng bas tapi bila nak tangkap ahlong2 yang bermaharajalela. Tiap2 minggu kita akan lihat di Harian Metro mangsa mengadu di di pukul, di ugut bunuh dsb tapi tiada tindakan pihak polis.Kenapa? Adakah jenayah menconteng bas lebih berat dari ugutan atau perbuatan jenayah?

    ReplyDelete
  5. rocky the great brown unused dick says: tapi wa tengok tokeh2 tow truck worksyop sinang2 saja masok balai pigi meja IO? lagi diaolang angkat lokok IO loh..

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja