Pengikut


Custom Search

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

19 April 2018

Calon HARAPAN Dari BERSATU Bakal Ditolak SPR

Bhai/DeeDee semua...

Ader banyak taktik yang boleh digunakan oleh BN untuk menang dalam PRU14 ini dan semuanya taktik itu sah disisi undang-undang  Malaysia dan peraturan Pilihanraya...

Tapi .... taktik yang paling senang sekali dan akan pasti digunakan dalam PRU14 nanti adalah dalam borang penamaan calon.... Yang ini perlu diisi oleh semua calon ikut keperluan yang tertentu...

Antara yang gua saspek akan jadi isu dan dibantah masa hari penamaan calon nanti adalah berkaitan dengan ruangan "Nama Parti" yang perlu diisi oleh bakal calon dalam borang pencalonan itu nanti...

Betul ... watikah dan surat kebenaran akan diberikan oleh PKR kepada calon Pakatan Harapan bagi mereka menggunakan logo PKR pada PRU14 ...

Namun itu mungkin akan memberikan masalah jika nama calon itu juga diletakkan nama Parti BERSATU ... Ini kerana Pendaftar Pertubuhan telah mengesahkan bahawa BERSATU dibubarkan sementara...  maka jika nama calon itu disertakan dengan nama parti.. ianya mungkin akan ditolak oleh SPR atas alasan teknikal..

Begitu juga dalam borang penamaan calon yang mana terdapat ruangan "Nama Parti" ... Jika calon tersebut dari Parti BERSATU.. maka jika dia menuliskan nama Parti BERSATU didalam borang tersebut.. pastinya akan ada bantahan dari pihak lawan yang mungkin akan menyebabkan pencalonan dibatalkan...

Jadi ... untuk langkah terbaik... bagi calon BERSATU yang akan menggunakan logo PKR... adalah lebih baik dalam watikah dan surat kebenaran parti PKR perlu diletak sebagai calon dari BEBAS... dan dalam borang penamaan calon juga diletakkan sebagai BEBAS.

Tapi kot macam mana pon... gua pasti akan ada bantahan dari segi teknikal lain yang bersangkutan dengan isu ini yang akan menyebabkan pencalonan ramai calon dari BERSATU akan dibatalkan dan digagalkan...

Aper pon... setiap calon yang disenaraikan itu sila semak semua status kelayakan anda.. takut ader kes kemuflisan, tuntutan undang-undang sivil atau yang lain-lain yang boleh menyebabkan pencalonan anda dibatalkan...

Ader paham ka???

*** sori gua takmo dedahkan lagi cara macam mana BN boleh sabotaj PH pada PRU14 nih....  kalo mau tau kelui la gua... hahaha

No comments:

Post a Comment

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BERSIH

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1

Panduan Mengundi

Panduan Mengundi
Hanya sesuai bagi kes satu lawan satu sahaja