Pengikut


Custom Search

IKLAN TEKS (Serendah RM0.35 Sehari)

PERINGATAN !!!

Bhai/DeeDee Sekalian.

Sila baca slow-slow dan fahamkan betul-betul artikel dan komentar gua dalam blog nih...... Tolong jangan baca skali lalu... Sebab kat sini gua banyak menulis secara indirect.... gua banyak berkias... gua banyak bermetafora... ayat gua bukan ayat skema SPM ker STPM ker... jadi tolong guna kapla... jangan membaca guna kapla lutut aaa..

Dan kalu lu bengap sangat tak paham aper yang gua citerkan... sila bertanya ... jangan main terjah sembrono jer... hahaha... karang tak pasai-pasai lu gak yang malu... hahaha .. Tolong jangan jadi bodoh... cukup la dah ramai pemimpin politik yang bodoh... lu jangan menambahkan korum... hahaha

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang.... ader paham ka???

Lagi satu... kat sini gua takder menghasut atau memfitnah serta mendajai sesiapa... jadi kalu lu orang terhasut ker, terfitnah ker, terdajai ker mender... itu masalah lu orang... hahaha... bukan masalah gua...... Hahaha... Untuk geng-geng Cawangan Khas... tak payah la buang masa baca blog gua... baik lu folo jer Anwar Ibrahim tue... hahaha... ader gak pekdah...

20 April 2018

UMNO Sudah Tidak Boleh Bertanding PRU14

Bhai/DeeDee semua...

Locus Standi bermaksud mempunyai hak dari segi undang-undang untuk membuat usul pemula @ tuntutan di Mahkamah.

Oleh itu mana-mana ahli UMNO yang masih sah keahliannya dalam parti boleh membuat satu tuntutan semakan kehakiman bagi menentukan keabsahan Parti UMNO dalam isu perlembagaan parti yang menunjukkan bahawa tiada lanjutan masa dua kali boleh dibuat selepas lanjutan pertama tamat pada 19 April 2018.

Mengikut peruntukan undang-undang dibawah Akta Pertubuhan dan Fasal 9.3 serta Fasal 10 Perlembagaan Parti UMNO, UMNO kini adalah sebuah parti yang tidak sah (batal).

Ianya kekal terbatal dengan sendirinya melainkan keputusan sebaliknya dibuat oleh Mahkamah.

Oleh itu satu tindakan boleh diambil dengan mencabar keabsahan status UMNO di mana-mana Mahkamah secara terus walaupun bukan dari kalangan ahli UMNO itu sendiri. Mana-mana pihak yang berminat boleh menyaman SPR di Mahkamah bagi tujuan untuk menyekat UMNO daripada bertanding dan menghalang gabungan BARISAN NASIONAL daripada menggunakan Logo Dacing atas alasan salah satu parti dalam gabungan diragui keabsahan pendaftarannya dibawah Akta Pertubuhan.

Satu persoalan akan rimbul adalah siapa yang akan mengambil tindakan ini dan Hakim mana yang akan bicarakan kes ini...

Huhuhu...

UMNO kini boleh dikatakan Pertubuhan Haram Jadah setelah ianya pernah diharamkan sebelum ini pada 1988...

UPDATE : Akhirnya ada yang amik tindakan

2 comments:

  1. UMNO merancang kehancuran parti lain, namun Yang Maha Kuasa jauh lebih hebat perancangannya. Ya, Allah, tunjukkalah kekuasaan-Mu kepada parti yang berkuasa dan parti yang berlagak suci, yang sangat suka menganiayai parti lain.

    ReplyDelete
  2. bhai.. UMNO memang x prnah bertanding PRU bhai.. yang bertanding BN bhai..

    Labu

    ReplyDelete

Nak komen kat sini kena ader telor skit la bhai ... Kena letak nama identiti.. Kalu guna anonymous jer... maap cakap la... gua tak layan.. sori aa...

Err... gua takder masalah nak lepaskan komen lu orang kat sini... tapi gua tak bertanggung jawab atas komen lu orang... so sendiri mau ingat lar..... ader paham ka???

Carta Rasuah

Carta Rasuah
Malaysia Nombor 1